Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Polypodium leucotomos adalah sejenis paku-pakis dari Amerika Tengah. “Batang rayap’ tumbuhan ini di bawah tanah (rizom) digunakan untuk ubat.
Polypodium leucotomos digunakan untuk mencegah beberapa masalah kulit tertentu termasuklah:
Ia juga digunakan untuk beberapa jenis kanser lain dan penyakit Alzheimer.
Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana Polypodium leucotomos ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa Polypodium leucotomos mungkin mempunyai kesan antioksidan. Antioksidan berupaya menghalang kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan.
Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:
Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Polypodium leucotomos mungkin selamat apabila diambil melalui mulut atau digunakan pada kulit, buat jangka masa yang pendek. Sejenis ekstrak Polypodium leucotomos (Fernblock, Cantabria Farmaceutica) didapati telah digunakan dengan selamat selama 2 hari. Ekstrak lain (Anapsos, ASAC Pharma) pula didapati telah digunakan dengan selamat sehingga 5 bulan. Tahap keselamatan bagi penggunaan jangka masa yang panjang adalah tidak diketahui.
Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa bahan Polypodium leucotomos adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.
Tidak banyak maklumat yang ada mengenai kemungkinan kesan sampingan bagi Polypodium leucotomos. Ia mungkin boleh menyebabkan sakit perut pada sesetengah orang.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Polypodium Leucotomos mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos untuk produk Polypodium leucotomos ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Produk Polypodium leucotomos ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen