backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Pokok Berangan Amerika

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 12/09/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Pokok Berangan Amerika?

Pokok berangan Amerika adalah sejenis tumbuhan. Daun dan kulit kayunya digunakan dalam pembuatan ubatan herba. Orang biasa mengambilnya untuk:

  • Batuk-batuk
  • Masalah pernafasan
  • Kesakitan seperti artritis (reumatisme)
  • Bengkak-bengkak
  • Sebagai pelali
  • Sakit tekak

Dalam makanan, ekstrak pokok berangan Amerika biasa digunakan dalam minuman.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahan pokok berangan Amerika mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai tannin dalam jumlah yang besar. Tannin berupaya menyerap bahan-bahan di dalam perut dan usus.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Pokok Berangan Amerika?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok berangan Amerika atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Pokok Berangan Amerika selamat digunakan?

Bahan pokok berangan Amerika dikira selamat bagi kebanyakan orang, mengambil kira amaun yang didapati dalam makanan dan minuman yang ada. Adalah tidak diketahui jika ia adalah selamat dalam jumlah yang besar yang selalunya digunakan pada ubatan herba.

Kehamilan dan Penyusuan bayi::

Belum cukup maklumat diketahui tentang penggunaan bahan pokok berangan Amerika semasa mengandung dan menyusu. Ambillah jalan yang lebih selamat dan elakkan penggunaan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Pokok Berangan Amerika?

Bahan pokok berangan Amerika boleh menghasilkan kesan sampingan seperti berikut:

  • Masalah perut dan usus
  • Kerosakan buah pinggang dan hati
  • Beberapa jenis kanser

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Pokok Berangan Amerika?

Pokok Berangan Amerika mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Terutama jika anda mengambil ubat lain melalui mulut, kerana ia dapat mengurangkan berapa banyak amaun ubat yang diserap oleh badan anda, dan mengurangkan keberkesanan ubat itu. Untuk mengelakkan interaksi ini, ambil bahan pokok berangan Amerika sekurang-kurangnya 1 jam selepas mengambil ubatan lain melalui mulut.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Pokok Berangan Amerika yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Pokok Berangan Amerika?

Suplemen herba ini boleh tersedia dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Ekstrak cecair
  • Serbuk
  • Tinktur

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 12/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan