backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Peptida Kasein (Casein Peptides)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Peptida Kasein (Casein Peptides)?

Kasein adalah protein primer yang terdapat dalam susu. Peptida Kasein boleh dihasilkan dalam makmal secara sintetik dan dipasarkan sebagai makanan tambahan.

Peptida Kasein digunakan untuk rawatan:

  • Tekanan darah tinggi.
  • Kolesterol tinggi.
  • Kebimbangan / keresahan.
  • Keletihan.
  • Epilepsi.
  • Gangguan usus.
  • Pencegahan kanser.
  • Pengurangan tekanan.

Peptida Kasein boleh diberikan untuk kegunaan lain; sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa Peptida Kasein boleh menyebabkan diameter saluran darah membesar dan menurunkan tekanan darah.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Peptida Kasein (Casein Peptides)?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada Peptida Kasein atau ubatan farmasi mahupun suplemen yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Peptida Kasein (Casein Peptides) selamat digunakan?

Kehamilan dan penyusuan bayi:

Belum ada maklumat yang boleh dipercayai mengenai tahap keselamatan untuk mengambil Peptida Kasein jika anda sedang hamil atau menyusu. Ambillah jalan yang selamat dan elakkan dari penggunaannya.

Pembedahan:

Berhenti mengambil Peptida Kasein sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum apa-apa pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Peptida Kasein (Casein Peptides)?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Peptida Kasein (Casein Peptides)?

Bahan Peptida Kasein ini boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan kesihatan semasa anda. Dapatkan nasihat pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Masalah kesihatan berikut boleh berinteraksi dengan suplemen ini, seperti:

  • Orang yang mempunyai alergi susu turut alah kepada protein yang terkandung dalam susu. Mereka juga boleh alah kepada fragmen protein susu, seperti Peptida Kasein. Sekiranya anda mempunyai alergi susu, sebaiknya mengelakkan mengambil Peptida Kasein.

Produk boleh berinteraksi dengan herba ini, termasuk:

Pengambilan Peptida Kasein bersama dengan ubat tekanan darah tinggi mungkin menyebabkan tekanan darah anda menjadi terlalu rendah. Antara ubatan untuk tekanan darah tinggi termasuklah captopril (Capoten), enalapril (Vasotec), losartan (Cozaar), valsartan (Diovan), diltiazem (Cardizem), Amlodipine (Norvasc), hydrochlorothiazide (HydroDiuril), furosemide (Lasix).

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Peptida Kasein (Casein Peptides) yang biasa digunakan?

Dalam percubaan klinikal yang terkawal, Peptida Kasein yang telah dicerna, sebanyak 1.5 gram per hari bagi setiap 2,2 lbs berat badan, boleh membantu lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan mendapatkan kekuatan dan jisim badan yang ramping, dan menghilangkan lemak badan semasa diet penurunan berat badan dan program latihan berat badan.

Dos untuk suplemen Peptida Kasein ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Peptida Kasein (Casein Peptides)?

Suplemen Peptida Kasein ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Serbuk Peptida Kasein.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan