Octacosanol

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan

Kegunaan

Apakah kegunaan octacosanol?

Octacosanol merupakan bahan kimia yang ditemui dalam pelbagai tumbuhan, termasuk tebu dan minyak germa gandum. Bahan kimianya sama dengan vitamin E. Orang menggunakannya untuk merawat atau memperbaiki:

  • Prestasi senaman termasuk kekuatan, stamina dan masa reaksi
  • Jangkitan Herpes
  • Penyakit kulit
  • Penyakit Parkinson
  • Amyotrophic lateral sclerosis
  • Sclerosis lateral amiotrofik
  • Kolesterol
  • Pengerasan arteri (aterosklerosis)

Octacosanol mungkin diberikan untuk kegunaan lain; rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah octacosanol berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian menunjukkan octacosanol mungkin memperbaiki tubuh badan anda menggunakan oksigen.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil octacosanol?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam octacosanol atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet atau haiwan

Pengawalan bagi suatu herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Adakah octacosanol selamat digunakan?

Mengandung dan menyusu badan:  Tidak cukup maklumat yang boleh dipercayai tentang keselamatan mengambil octacosanol jika anda mengandung atau menyusu badan. Ambillah pendapat yang lebih selamat dan elakkan penggunaannya.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan octacosanol?

Octacosanol mungkin menyebabkan kesan-kesan sampingan ini, seperti:

  • Pening
  • Ketegangan saraf ringan meningkat
  • Memburukkan keadaan diskinesia berkaitan dengan carbidopa /l evodopa

Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor atau ahli herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan octacosanol?

Herba tambahan ini mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda sebelum guna.

Terutama jika anda mengambil Levodopa / carbidopa (Sinemet) untuk penyakit Parkinson. Oleh kerana menggunakan octacosanol bersama dengan Levodopa / carbidopa (Sinemet) mungkin menyebabkan simptom penyakit Parkinson bertambah teruk. Jangan mengambil octacosanol sekiranya anda mengambil Levodopa / carbidopa (Sinemet).

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubatan ini.

Apakah dos kebiasaan bagi octacosanol?

Octacosanol telah dikaji pada dos daripada 10 hingga 20 mg sehari dalam penurunan kolesterol dan penyakit jantung.

Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk dos yang sesuai.

Ketersediaan ubat

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk berikut:

  • Kapsul Softgel dan cecair

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selalu Buang Angin & Sakit Perut? Haaa… Itu Tanda Banyak Bakteria Dalam Usus

    SIBO adalah pertumbuhan bakteria usus kecil yang boleh menyebabkan masalah kesihatan jika berlaku ketidakseimbangan. Jom ketahui lebih lanjut mengenainya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 13/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ladies, Ini Perkara Yang Perlu Anda Elak Jika Mengalami Kencing Kotor- Nombor 3 Paling Penting!

    Jangkitan saluran kencing (UTI) atau turut dikenali sebagai masalah kencing kotor ialah perkara serius yang harus dirawat dengan segera.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 13/08/2020 . 3 minit bacaan

    Pilih Bersalin Czer Sebab Tak Nak Sakit? Nanti Dulu, Ibu! Dengarnya Ada Risiko Anak Dapat Asma

    Kajian terbaru menunjukkan terdapat kaitan antara kaedah pembedahan czer dengan kebarangkalian untuk anak mendapat penyakit asma.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi, Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye, Mama!

    Mungkin ramai yang sudah faham maksud flos gigi namun tidak melakukannya. Kalian perlu tahu bahawa ia penting untuk anda dan juga si kecil. Jom klik ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    wang simpanan

    Penangan COVID-19, Rakyat Malaysia Makin Cakna, Simpan Duit Untuk Situasi Kecemasan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
    kolesterol hdl

    Jangan Takut Dengan Kolesterol, Bukan Semuanya Jahat! Ambil 10 Makanan Ini, Ada Kolesterol Baik HDL

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
    cuaca panas

    Negara Dilanda Cuaca Panas Melampau, Ikut 10 Tip Ini Untuk Elak Jatuh Sakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
    braces gigi

    Trend Pemakaian Braces Terhad Untuk Orang Muda Saja Ke? Tak Sesuai Untuk Golongan Berusia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan