Mucuna Pruriens

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 1 minit bacaan

Kegunaan

Apakah kegunaan Mucuna Pruriens?

Mucuna Pruriens adalah tumbuhan kekacang. Kacang, biji benih dan bebulu lenggainya boleh digunakan sebagai ubat.

Ia telah digunakan untuk:

  •         Merawat penyakit Parkinson.
  •         Merawat keresahan, artritis, jangkitan  parasit, dan hiperprolaktinemia.
  •         Melegakan kesakitan dan demam.
  •         Mengurangkan muntah.
  •         Merawat patukan  ular.
  •         Mengurangkan kesakitan pada sendi dan otot (apabila disapu terus pada kulit).
  •         Merangsang aliran darah permukaan dalam keadaan yang melibatkan paralisis.
  •         Merawat sengatan kala jengking.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian masih kurang  tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.  Namun ianya diketahui mengandungi levodopa (L-dopa), yang digunakan untuk merawat penyakit Parkinson.

Simptom-simptom penyakit Parkinson berlaku apabila pesakit mempunyai paras dopamine yang rendah di dalam otak.  L-dopa (bahan kimia yang terdapat di dalam Mucuna Pruriens) akan bertukar kepada dopamine didalam otak untuk meningkatkan paras dopamine, malangnya, kebanyakan L-dopa diuraikan  oleh tubuh sebelum sempat sampai ke otak melainkan jika ia digunakan bersama dengan bahan kimia khas akan tetapi, bahan kimia khas tersebut tidak terdapat di dalam Mucuna Pruriens.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Mucuna Pruriens?

Sebelum mengambil Mucuna Pruriens, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap sebarang bahan Mucuna Pruriens atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap pengambilan suplemen herba adalah kurang ketat berbanding dengan kawalan pengambilan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Mucuna Pruriens selamat digunakan?

Penyediaan biji benih Mucuna Pruriens dalam bentuk serbuk, yang dipanggil HP-200, adalah selamat digunakan untuk kebanyakan orang jika diambil melalui mulut sehingga 20 minggu.

Bebulu lenggai Mucuna Pruriens barangkali tidak selamat digunakan apabila diambil melalui mulut atau disapu terus pada kulit.

Langkah berjaga-jaga khas dan amaran

Wanita hamil dan menyusukan bayi

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan herba ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Ambil jalan selamat dan elakkan dari penggunaannya.

Penyakit jantung dan pembuluh darah  (penyakit kardiovaskular)

Disebabkan kandungan L-dopa di dalam Mucuna Pruriens,ia patut dielakkan atau digunakan dengan berhati-hati bagi mereka yang mempunyai masalah kardiovaskular.

Diabetes

Terdapat beberapa bukti menunjukkan  Mucuna Pruriens boleh menurunkan paras gula dalam darah dan mungkin sehingga ke paras yang terlalu rendah. Jika anda menghidap diabetes dan menggunakan  herba ini, pastikan paras gula anda diperiksa dengan teliti. Dos ubat diabetes anda juga mungkin perlu diubahsuai.

Hipoglisemia (rendah paras gula dalam darah):

Terdapat bukti bahawa Mucuna Pruriens boleh menurunkan  paras gula dalam darah dan mungkin sehingga ke tahap yang berbahaya.

Penyakit hati:

Mucuna Pruriens mengandungi levodopa (L-dopa). L-dopa pula boleh meningkatkan bahan kimia yang menjadi petanda kepada penyakit hati.Ini mungkin bermaksud herba ini menjadikan penyakit hati bertambah teruk. Oleh itu,jika anda menghidapi sebarang penyakit hati, elakkan penggunaannya.

Melanoma (kanser kulit)

Tubuh badan kita boleh menggunakan L-dopa yang terkandung di dalam Mucuna Pruriens untuk menghasilkan pigmen kulit (melanin). Terdapat kebimbangan melanin yang berlebihan ini boleh mengakibatkan melanoma bertambah teruk. Elakkan dari penggunaan herba ini jika anda pernah menghidapi melanoma atau terdapat sebarang perubahan yang meragukan pada kulit.

Ulser perut dan usus (ulser peptik):

Terdapat laporan mengatakan bahawa L-dopa boleh menyebabkan pendarahan saluran gastrousus bagi mereka yang ada ulser. Memandangkan salah satu kandungan Mucuna Pruriens adalah L-dopa, dibimbangi pengambilan Mucuna Pruriens boleh menyebabkan pendarahan saluran gastrousus bagi golongan tersebut, walaupun masih tiada laporan berkenaan masalah itu dengan penggunaan Mucuna Pruriens.

Penyakit Mental:

Disebabkan  kandungan L-dopa di dalam Mucuna Pruriens, dikhuatiri ia boleh menyebabkan penyakit mental bertambah teruk.

Pembedahan

Memandangkan herba ini boleh menjejaskan paras gula dalam darah, dibimbangi ia boleh mengganggu kawalan gula semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Mucuna Pruriens?

  • Kesan sampingan yang paling lazim berlaku ialah:Loya.
  • Kembung perut.
  • Kesan sampingan yang kurang lazim berlaku ialah:Muntah.
  • Pergerakan abnormal tubuh badan.
  • Insomnia.
  • Kesan sampingan lain termasuklah:Sakit kepala.
  • Jantung berdegup dengan kuat.
  • Simptom-simptom psikosis termasuklah kekeliruan, kejengkelan, halusinasi dan delusi.

Bebulu lenggai Mucuna Pruriens boleh menyebabkan kerengsaan, menjadikan kulit gatal-gatal, rasa terbakar dan bengkak.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Mucuna Pruriens?

Mucuna Pruriens mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan herba ini termasuklah:

  • Ubat untuk kemurungan (MAOIs)

Mucuna Pruriens mengandungi bahan kimia yang boleh merangsang tubuh badan. Pengambilan ubat yang digunakan untuk merawat kemurungan (MAOI) pula boleh meningkatkan bahan kimia tersebut. Dibimbangi, pengambilan Mucuna Pruriens bersama dengan ubat tersebut menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti jantung berdegup pantas, tekanan darah yang tinggi, sawan, kegelisahan dan lain-lain.

Antara ubat yang digunakan untuk merawat kemurungan ialah phenelzine (Nardil), tranylcypromine (Parnate), dan lain-lain.

  • Methyldopa (aldomet)

Mucuna Pruriens boleh merendahkan tekanan darah. Methyldopa juga berfungsi sama. Dibimbangi pengambilan herba ini bersama dengan methyldopa menyebabkan penurunan tekanan darah yang melampau.

Antara ubat yang digunakan ialah amitriptyline (Elavil), imipramine (Tofranil), dan lain-lain.

  • Guanethidine (ismelin)

Mucuna Pruriens boleh merendahkan tekanan darah. Guanethidine (ismelin) juga sama fungsinya. Dibimbangi, pengambilan herba ini bersama dengan Guanethidine (ismelin) menyebabkan penurunan tekanan darah yang melampau.

  • Ubat untuk diabetes (antidiabetik)

Mucuna Pruriens boleh merendahkan paras gula dalam darah. Ubat antidiabetik juga berfungsi sama. Dibimbangi, pengambilan herba  ini bersama dengan ubat antidiabetik menyebabkan penurunan paras gula dalam darah yang melampau.Periksa gula dalam darah anda dengan  teliti. Dos ubat antidiabetik anda juga mungkin perlu diubah.

  • Ubat untuk masalah mental (antipsikotik)

Mucuna Pruriens boleh meningkatkan bahan kimia (dopamine) di dalam otak.  Manakala, ubat antipsikotik pula mengurangkan bahan kimia tersebut. Dibimbangi, pengambilan Mucuna Pruriens bersama dengan ubat antipsikotik mengurangkan  keberkesanan ubat tersebut untuk mengawal simptom-simptom masalah mental.

Antara ubat yang digunakan untuk masalah mental ialah chlorpromazine (Thorazine), clozapine (Clozaril), fluphenazine (Prolixin), haloperidol (Haldol), olanzapine (Zyprexa), perphenazine (Trilafon), prochlorperazine (Compazine), quetiapine (Seroquel), risperidone (Risperdal), thioridazine (Mellaril), thiothixene (Navane), dan lain-lain.

  • Ubat yang digunakan semasa pembedahan (anestesia)

Mucuna Pruriens mengandungi  L-dopa. Mengambil L-dopa bersama dengan ubat anestetik / pelali boleh mendatangkan masalah jantung. Pastikan anda memberitahu doktor anda mengenai sebarang produk semula jadi yang digunakan sebelum menjalani pembedahan. Anda sepatutnya berhenti mengambil Mucuna Pruriens sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan  dijadualkan.

  • Ubat untuk kemurungan (antikemurungan tricyclic)

Sesetengah ubat yang digunakan untuk merawat kemurungan boleh memperlahankan pergerakan usus dan perut. Ini boleh mengakibatkan penyerapan Mucuna Pruriens berkurang dan merendahkan keberkesanannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Mucuna Pruriens yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Mucuna Pruriens?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Suplemen pemakanan (kapsul).
  • Serbuk asli Mucuna Pruriens.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    5 Senaman Melegakan Sakit Sendi

    Senaman rutin biasanya boleh membantu melegakan sakit sendi dan simptom rheumatoid arthritis (RA) lain, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). Adakah mengurangkan pergerakan boleh mengurangkan kesakitan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 13/06/2018 . 2 minit bacaan

    5 Makanan Terbaik Untuk Sendi

    Menurut Runner’s World, sendi pada dasarnya adalah poket yang dipenuhi dengan cecair yang dikenali sebagai cecair sinovial, yang mana “kusyen dan menyihatkan tulang rawan anda”, yang membolehkan tulang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 05/06/2018 . 2 minit bacaan

    Shepherd’s purse

    KegunaanApakah kegunaan Shepherd’s purse? Shepherd’s purse adalah sejenis tumbuhan. Bahagian-bahagian tumbuhan ini yang tumbuh di atas tanah biasa digunakan untuk membuat ubat. Shepherd’s purse digunakan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 28/05/2018 . 1 minit bacaan

    Cowslip

    KegunaanApakah kegunaan Cowslip? Cowslip adalah  sejenis tumbuhan. Bunga dan akar digunakan untuk membuat ubat. Bunga cowslip digunakan untuk: Saluran hidung meradang atau sinusitis. Penyelidikan membangun mencadangkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Bashirouh
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 28/05/2018 . 1 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    psoriasis

    Petisyen Muzikal Buat Pesakit Psoriasis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 4 minit bacaan
    sakit sendi

    Adakah Berat Badan Saya Menyebabkan Sakit Sendi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 29/03/2019 . 2 minit bacaan

    Jus Ceri Mengurangkan Risiko Gout

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 27/08/2018 . 2 minit bacaan

    Senaman Tangan untuk Artritis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 21/08/2018 . 2 minit bacaan