backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Minyak Nilam

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 12/09/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Minyak Nilam?

Minyak nilam diambil daripada daun kering, daun muda dan pucuk tumbuhan Pogostemon cablin. Ia digunakan untuk membuat ubat.

Orang mengambil minyak nilam untuk:

Ia juga digunakan bagi merawat nafas berbau, terutamanya nafas berbau yang disebabkan daripada meminum alkohol.

Dalam makanan dan minuman, minyak nilam digunakan sebagai perasa.

Dalam pembuatan, minyak nilam digunakan dalam minyak wangi dan kosmetik.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa minyak nilam ini mungkin membantu melawan jangkitan bakteria dan fungus tertentu.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Minyak Nilam?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam minyak nilam atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet atau haiwan.

Pengawalan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan bagi ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Minyak Nilam selamat digunakan?

Minyak nilam selamat digunakan dalam jumlah makanan. Tetapi tiada maklumat yang cukup bagi mengetahui jika ia selamat digunakan dalam jumlah ubat yang lebih besar.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Mengandung dan menyusu badan: Tidak banyak yang diketahui tentang penggunaan minyak nilam semasa mengandung dan menyusu badan. Ambillah pendapat yang selamat dan elakkan penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Minyak Nilam?

Minyak nilam boleh menyebabkan reaksi alergi. Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Terdapat beberapa kesan sampingan lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor atau ahli herba anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Minyak Nilam?

Minyak Nilam mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Minyak Nilam yang biasa digunakan?

Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Minyak Nilam?

Minyak nilam boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Pati minyak nilam.
  • Produk termasuk losyen, gel, lilin, setanggi dan sebagainya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 12/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan