backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Minyak Cajeput (Minyak Kayu Putih)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 27/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Minyak Cajeput (Minyak Kayu Putih)?

Minyak cajeput dihasilkan oleh penyulingan wap daun segar dan ranting pokok kayu putih (Melaleuca leucadendra) dan pokok paperbark (Melaleuca quinquenervia).

Minyak Cajeput digunakan untuk merawat:

  • Selesema
  • Sakit kepala
  • Sakit gigi
  • Tumor
  • Kahak
  • Sebagai tonik

Sesetengah orang menyapu minyak cajeput kepada kulit untuk merawat hama (kudis buta) dan jangkitan kulat kulit (tinea versicolor).

Minyak Cajeput juga digunakan sama ada secara berasingan atau digabungkan dengan bahan-bahan lain dalam losyen antiseptik yang tersedia secara komersil untuk merawat sakit sendi (reumatisme) dan sakit yang lain.

Dalam rawatan pergigian, minyak cajeput digunakan untuk melegakan kesakitan gusi selepas gigi dicabut atau tercabut.

Dalam makanan dan minuman, minyak cajeput digunakan sebagai perasa dalam kuantiti yang sangat kecil.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tentang bagaimana minyak cajeput berfungsi masih belum mencukupi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa minyak cajeput mengandungi bahan kimia yang dipanggil cineole. Apabila digunakan pada kulit, cineole boleh menyebabkan kehangatan dan kerengsaan permukaan, yang melegakan kesakitan di bawah kulit.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Minyak Cajeput (Minyak Kayu Putih)?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam minyak cajeput atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Kawalan (regulasi) bagi suplemen herba kurang ketat daripada kawalan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Minyak Cajeput (Minyak Kayu Putih) selamat digunakan?

Kehamilan dan menyusu:

Tidak cukup maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan mengambil minyak cajeput jika anda sedang hamil atau menyusukan anak. Sebagai langkah keselamatan, elakkan pengambilannya.

Kanak-kanak:

Minyak Cajeput mungkin tidak selamat apabila disedut atau digunakan pada wajah kanak-kanak. Ia boleh menyebabkan masalah pernafasan yang serius.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Minyak Cajeput (Minyak Kayu Putih)?

Minyak Cajeput mungkin selamat untuk kebanyakan orang apabila digunakan dalam kadar perubatan untuk kulit yang tidak pecah, tetapi boleh menyebabkan reaksi alahan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Minyak Cajeput (Minyak Kayu Putih)?

Keadaan kesihatan ini boleh bertindak balas dengan herba ini, seperti:

  • Asma: Menyedut minyak cajeput mungkin menyebabkan serangan asma.

Produk boleh bertindak balas dengan herba ini, termasuk:

  • Amitriptyline (Elavil)
  • Clozapine (Clozaril)
  • Codeine
  • Desipramine (Norpramin)
  • Donepezil (Aricept)
  • Fentanyl (Duragesic)
  • Flecainide (Tambocor)
  • Fluoxetine (Prozac)
  • Meperidine (Demerol)
  • Methadone (Dolophine)
  • Metoprolol (Lopressor, Toprol XL)
  • Olanzapine (Zyprexa)
  • Ondansetron (Zofran)
  • Tramadol (Ultram)
  • Trazodone (Desyrel)

Minyak Cajeput (Minyak Kayu Putih) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Minyak Cajeput (Minyak Kayu Putih) yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor bagi mengenalpasti dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Minyak Cajeput (Minyak Kayu Putih)?

Suplemen herba ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Minyak

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan