Magnolia

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Magnolia?

Magnolia adalah sejenis tumbuhan. Orang ramai biasa menggunakan kulit kayu dan kudup bunganya untuk membuat ubat.

Magnolia biasa digunakan untuk:

  • Pengurangan berat badan
  • Masalah pencernaan
  • Sembelit
  • Keradangan
  • Kebimbangan
  • Tekanan
  • Kemurungan
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Strok
  • Asma

Kudup bunga Magnolia pula biasa digunakan untuk:

  • Hidung tersumbat
  • Hidung berair
  • Selesema
  • Kesakitan sinus
  • Demam alergi
  • Sakit kepala
  • Wajah gelap muka
  • Sakit gigi (apabila digunakan terus kepada gusi)

Dalam produk krim sapuan penjagaan kulit, ekstrak putik bunga magnolia digunakan sebagai pemutih kulit dan untuk meminimumkan atau mengatasi kerengsaan kulit yang disebabkan oleh bahan-bahan lain.

Dalam perubatan tradisional Cina dan Jepun (Kampo), kulit kayu magnolia adalah ramuan dalam Hange-koboku-to, yang terdiri daripada 5 ekstrak tumbuhan, dan dalam Saiboku-to, yang terdiri daripada 10 ekstrak tumbuhan. Ekstrak ini digunakan untuk mengurangkan keresahan dan ketegangan saraf dan untuk membantu tidur. Sesetengah penyelidik percaya bahawa honokiol, sejenis bahan kimia dalam kulit kayu magnolia adalah bahan yang membuat ubat-ubatan ini berfungsi.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana magnolia ini berfungsi. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa magnolia didapati mempunyai kesan mengurangkan keresahan pada haiwan. Ia juga boleh meningkatkan pengeluaran steroid oleh badan untuk merawat asma. Semua kajian terdahulu mengenai magnolia telah dilaksanakan dalam makmal. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Magnolia?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok magnolia atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Magnolia selamat digunakan?

Magnolia mungkin selamat untuk kebanyakan orang apabila digunakan dalam jangka masa yang pendek. Keselamatan penggunaan magnolia melebihi tempoh 6 minggu adalah tidak diketahui.

Masih belum cukup maklumat diketahui untuk menilai tahap keselamatan magnolia apabila digunakan pada kulit.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan menyusu: Pengambilan kudup bunga magnolia melalui mulut adalah tidak selamat semasa kehamilan. Terdapat laporan bahawa magnolia boleh menyebabkan rahim mengecut dan yang mungkin menyebabkan keguguran.

Masih belum cukup maklumat diketahui tentang tahap keselamatan menggunakan magnolia semasa menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.

Pembedahan: Magnolia boleh melambatkan reaksi sistem saraf pusat. Terdapat kebimbangan bahawa ia mungkin melambatkan reaksi sistem saraf terlalu banyak apabila digabungkan dengan anestesia dan ubat-ubatan lain yang digunakan semasa dan selepas pembedahan. Magnolia juga boleh memperlahankan pembekuan darah dan menyebabkan pendarahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti menggunakan magnolia sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum sebarang pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Magnolia?

Dalam satu kajian, seorang pengguna didapati mengalami masalah pedih ulu hati, tangan terketar-ketar, masalah seksual, dan masalah tiroid. Seorang lagi pengguna lain pula mengalami keletihan yang melampau dan sakit kepala. Tetapi masih tidak diketahui jika kesan sampingan ini adalah disebabkan oleh magnolia atau faktor lain.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Magnolia?

Produk magnolia ini boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan kesihatan semasa anda. Dapatkan nasihat pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Antara produk yang boleh berinteraksi dengan bahan magnolia termasuklah:

  • Alkohol

Alkohol boleh menyebabkan rasa lena dan mengantuk. Kulit kayu magnolia juga boleh menyebabkan rasa lena dan mengantuk. Mengambil sejumlah besar kulit kayu magnolia bersama-sama dengan alkohol mungkin menyebabkan terlalu banyak rasa mengantuk.

  • Ubat sedatif

Kulit kayu magnolia mungkin menyebabkan rasa lena dan mengantuk. Ubat-ubatan yang menyebabkan rasa mengantuk dipanggil ubat penenang (sedatif). Mengambil kayu magnolia bersama-sama dengan ubat penenang mungkin menyebabkan terlalu banyak mengantuk.

Beberapa jenis ubat penenang termasuk amobarbital (Amytal), butabarbital (Butisol), mephobarbital (Mebaral), pentobarbital (Nembutal), phenobarbital (Luminal), secobarbital (Seconal), clonazepam (Klonopin), diazepam (Valium), lorazepam (Ativan), zolpidem (Ambien), dan lain-lain.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Magnolia yang biasa digunakan?

Dos untuk produk magnolia ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Magnolia?

Produk magnolia ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Kapsul ekstrak kulit kayu magnolia
  • Ekstrak cecair magnolia
  • Serbuk kulit kayu magnolia

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut