backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Limau

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 12/09/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Limau?

Jus limau digunakan untuk cirit-birit yang teruk (disenteri). Sesetengah orang menggunakan minyak pati limau secara langsung ke kulit untuk membunuh kuman, merawat mual, dan sebagai perangsang. Dalam kosmetik, minyak pati limau digunakan sebagai komponen wangi-wangian dan sebagai “bahan penetap”.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana limau ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Limau?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok limau atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Limau selamat digunakan?

Limau mungkin selamat untuk kebanyakan orang dewasa apabila digunakan dalam jumlah yang terdapat dalam makanan. Hirisan kulit limau mungkin selamat apabila dimakan dalam kuantiti ubatan. Melumurkan minyak pati limau secara langsung ke kulit mungkin tidak selamat.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa bahan limau adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan limau dalam jumlah yang lebih besar daripada apa yang biasa ditemui dalam makanan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Limau?

Sesetengah orang sensitif terhadap minyak pati limau apabila digunakan terus ke kulit. Minyak ini boleh menyebabkan kulit menjadi sangat sensitif terhadap cahaya matahari. Pakai losyen pelindung matahari dan pakaian bertutup di luar, terutamanya jika anda berkulit gelap.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Limau?

Limau mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Ubat-ubatan yang diubahsuai oleh hati (substrat Cytochrome P450 3A4 – CYP3A4) boleh berinteraksi dengan limau: jus limau boleh mengurangkan peranan hati dalam metabolisme beberapa ubat. Meminum jus limau semasa mengambil ubat yang diuraikan oleh hati boleh meningkatkan fungsi dan kesan sampingan ubat-ubatan ini. Sebelum mengambil limau, sila berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda jika anda ada mengambil apa-apa ubat yang diuraikan oleh hati.

Sesetengah ubat yang diceraikan oleh hati termasuk lovastatin (Mevacor), ketoconazole (Nizoral), itraconazole (Sporanox), fexofenadine (Allegra), triazolam (Halcion), dan banyak lagi.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Limau yang biasa digunakan?

Dos untuk produk limau ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Limau?

Produk limau ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut: Minyak Pati Limau Vitality.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 12/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan