Lemon verbena telah digunakan sebagai tumbuhan ubatan sejak berabad dahulu, dijual untuk kegunaan seperti anti-kejang, anti-piretik (pengurang demam), karminatif, sedatif, stomakik, dan antimikrob.
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Lemon verbena telah digunakan sebagai tumbuhan ubatan sejak berabad dahulu, dijual untuk kegunaan seperti anti-kejang, anti-piretik (pengurang demam), karminatif, sedatif, stomakik, dan antimikrob.
Lemon verbena digunakan untuk gangguan pencernaan termasuk ketidakhadaman, angin, kolik, cirit-birit, dan sembelit. Ia juga digunakan untuk agitasi,sakit sendi, masalah tidur (insomnia), asma, selsema, demam, buasir, vena varikos, keadaan kulit, dan menggigil.
Dalam makanan dan sektor pembuatan, daun ini digunakan sebagai bahan dalam teh herba, sebagai pewangi dalam minyak wangi, dan sebagai bahan dalam minuman beralkohol.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Rawatan Tradisional & Herba, sila dapatkannya di sini.
Tidak ada kajian yang mencukupi tentang bagaimana lemon verbena ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan daun ini mengandungi bahan yang mungkin membunuh hama dan bakteria.
Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:
Kawalan (regulasi) bagi daun herba ini kurang ketat berbanding kawalan bagi ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya.
Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Daun herba ini selamat oleh kebanyakan orang apabila digunakan dalam kuantiti yang terdapat dalam minuman beralkohol. Ia juga kelihatan selamat apabila diambil dalam jumlah yang sesuai sebagai ubat.
Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi diketahui tentang penggunaan lemon verbena semasa hamil dan menyusukan anak. Sebagai langkah keselamatan, elakkan penggunaannya.
Penyakit buah pinggang: Pengambilan verbena lemon dalam kuantiti yang besar boleh menyebabkan kerengsaan pada buah pinggang dan menyebabkan penyakit buah pinggang bertambah teruk.
Elakkan pengambilan dalam kuantiti yang banyak jika anda mempunyai masalah buah pinggang.
Ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit (dermatitis) pada sesetengah orang.
Bukan semua orang yang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk ahli herba atau doktor anda.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan pakar herba anda atau doktor sebelum menggunakan ubat ini.
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain.
Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Ia boleh didapati dalam bentuk dos berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen