Laminaria

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Kegunaan

Apakah kegunaan Laminaria?

Laminaria digunakan untuk menurunkan berat badan, tekanan darah tinggi, sebagai julap untuk sembelit, dan untuk merawat penyakit radiasi. Ia juga digunakan untuk mencegah kanser.

Kadang kala pengendali kesihatan menggunakan Laminaria untuk mengembangkan serviks, mulut rahim, sebelum prosedur perubatan dibuat. Mereka meletakkan lapisan Laminaria terus di dalam serviks iaitu di “leher” rahim. Lapisan Laminaria ini kadang-kadang disebut sebagai “khemah.” Tujuan khemah ini  adalah untuk membesarkan serviks sebelum “D & C,” yang juga dikenali sebagai prosedur pengembangan dan curettage (mengikis rahim); penyingkiran alat peranti perubatan yang ada di rahim; prosedur diagnostik; penempatan radium untuk rawatan kanser; dan prosedur ginekologi yang lain. “Khemah” Laminaria ini  juga digunakan pada wanita hamil untuk mengembangkan serviks bagi memudahkan proses bersalin, dan juga digunakan bagi proses pengguguran semasa tiga bulan pertama kehamilan.

Bagaimana ia berfungsi?

Laminaria ini dapat membentuk gel yang tebal, melekit apabila bersentuhan dengan air. Ini membolehkan Laminaria berfungsi sebagai julap. Ia juga membolehkan “khemah” Laminaria yang diletakkan di dalam serviks bagi mengembangkan serviks untuk prosedur atau untuk “mengoyakkan” serviks dan mempercepat proses bersalin. “Khemah” Laminaria ini menyerap air, secara beransur-ansur akan mengembang sebanyak 1/2 inci diameter dari 4-6 jam. Pengembangan ini akan menyebabkan serviks berkembang, dan ini akan membolehkan proses bersalin berlaku. Walau bagaimanapun, tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana fungsi Laminaria. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Laminaria?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusu bayi. Ini kerana, semasa anda ingin bersalin atau memberi makan kepada bayi, anda perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat-ubatan yang lain. Ini termasuk ubat-ubatan yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan ubat dari bahan Laminaria atau ubat atau herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau masalah kesihatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan yang lain, seperti kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Prosedur penggunaan Laminaria tidaklah seketat prosedur penggunaan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Kebaikan mengambil suplemen herba ini mestilah mengambil kira risiko sebelum digunakan. Berunding dengan pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Laminaria selamat digunakan?

Laminaria mungkin tidak selamat apabila diambil melalui mulut. Ia mengandungi iodine dalam jumlah yang cukup tinggi untuk merosakkan tiroid, iaitu kelenjar yang menggunakan iodine untuk menghasilkan hormon. Purata suplemen berasaskan Laminaria mungkin mengandungi sebanyak 1000 mcg ioidine. Pengambilan yang melebihi daripada 150 mcg iodiue setiap hari boleh menyebabkan tiroid normal menjadi terlalu aktif atau kurang aktif, atau membuat tiroid terlalu aktif menajdi teruk. Sesetengah produk Laminaria juga mengandungi sejumlah besar bahan arsenik, unsur kimia yang beracun.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan: Penggunaan Laminaria secara langsung pada serviks semasa mengandung atau bersalin adalah tidak selamat. Penggunaannya boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius kepada ibu dan anak, termasuk jangkitan, servik pecah, dan kematian bayi. Mengambil Laminaria melalui mulut semasa hamil juga tidak selamat kerana Laminaria boleh menjejaskan hormon. Mengambil Laminaria melalui mulut semasa menyusu bayi mungkin tidak selamat kerana Laminaria mungkin mengandungi beberapa bahan kimia beracun. Sekiranya anda hamil atau menyusu, sebaiknya elak dari menggunakan Laminaria.

Masalah buah pinggang: Laminaria mungkin menyebabkan paras kalium dan iodine menjadi tinggi. Jangan mengambil Laminaria jika anda mengalami masalah buah pinggang.

Masalah tiroid: Laminaria mengandungi sejumlah besar iodine, yang mungkin boleh membuatkan masalah tiroid menjadi lebih buruk.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Laminaria?

Terdapat risiko di mana Laminaria mungkin terperangkap dan pecah.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Laminaria?

Laminaria mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Digoxin

Laminaria mengandungi sejumlah besar kalium. Jumlah potassium yang tinggi dapat meningkatkan kesan dan kesan sampingan kepada digoxin. Jangan mengambil Laminaria jika anda mengambil digoxin.

Ubat  Darah tinggi (ACE inhibitors)

Laminaria mengandungi sejumlah besar kalium. Sesetengah ubat darah tinggi boleh meningkatkan kadar kalium di dalam darah. Pengambilan Laminaria dengan beberapa ubat darah tinggi boleh menyebabkan terlalu banyak kalium dalam darah.

Makanan tambahan kalium

Laminaria mengandungi sejumlah besar kalium. Mengambil suplemen kalium bersama-sama dengan Laminaria boleh menyebabkan terlalu banyak kalium di dalam badan. Jangan mengambil Laminaria jika anda mengambil suplemen kalium.

Hormon tiroid

Tubuh secara semulajadi menghasilkan hormon tiroid. Laminaria boleh meningkatkan hormon tiroid yang dihasilkan oleh badan. Mengambil Laminaria bersama-sama dengan pil hormon tiroid boleh meningkatkan kesan dan kesan sampingan hormon tiroid.

Pil air (diuretik kalium-sparring)

Laminaria mengandungi sejumlah besar kalium. Sesetengah “pil air” juga boleh meningkatkan kadar kalium dalam badan. Mengambil beberapa “pil air” bersama-sama dengan Laminaria boleh menyebabkan terlalu banyak kalium dalam badan.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Laminaria yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Makanan tambahan herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor anda untuk mendapatkan dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Laminaria?

Suplemen Laminaria boleh didapati dalam bentuk:

  • Ekstrak Laminaria.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut