Kupang Berbibir Hijau New Zealand

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan

Kegunaan

Apakah kegunaan kupang berbibir hijau New Zealand?

Kupang berbibir hijau New Zealand adalah kerang. Orang menggunakannya untuk dijadikan ubat bagi merawat artritis reumatoid, osteoartritis dan asma.

Kupang berbibir hijau New Zealand boleh diberikan untuk kegunaan lain; tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kupang berbibir hijau New Zealand berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa ekstraknya mengandungi asid lemak omega-3, asid amino, mineral dan karbohidrat. Kajian makmal dan haiwan telah menunjukkan bahawa asid lemak omega-3 mempunyai ciri-ciri anti-radang dan penting bagi mengekalkan struktur dan fungsi sel sendi.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil kupang berbibir hijau New Zealand ?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam kupang berbibir hijau New Zealand atau ubatan lain atau herba lain
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet atau haiwan

Pengawalan bagi suatu herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat digunakan?

Mengandung dan menyusu badan:  Kupang berbibir hijau New Zealand mungkin tidak selamat diambil melalui mulut semasa mengandung. Terdapat beberapa bukti yang ia memperlahan perkembangan anak yang belum lahir dan juga mungkin menangguhkan kelahiran.

Tidak cukup maklumat yang boleh dipercayai tentang keselamatan mengambil kupang berbibir hijau New Zealand jika anda sedang menyusu badan. Ambillah pendapat yang selamat dan elakkan penggunaannya.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan kupang berbibir hijau New Zealand?

Kupang berbibir hijau New Zealand boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti cirit birit, loya dan gas usus. Dalam kes yang jarang berlaku, ia mungkin mengakibatkan masalah hati.

Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Terdapat beberapa kesan sampingan lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor atau ahli herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan kupang berbibir hijau New Zealand?

Herba tambahan ini mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda sebelum guna.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubatan ini.

Apakah dos yang biasa digunakan bagi kupang berbibir hijau New Zealand?

Kapsul, ekstrak:

Dos yang disyorkan adalah ekstrak 300-350 mg tiga kali sehari bagi RA; 900-1200 mg setiap hari bagi OA.

Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk dos yang sesuai.

Ketersediaan ubat

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Serbuk
  • Kering-beku
  • Bentuk kapsul

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Terlalu Penat Kerja Boleh Sebabkan Berdengkur Pada Waktu Malam?

    Adakah salah satu punca berdengkur datang dari penat bekerja? Jom ikuti artikel kami untuk tahu punca sebenar yang boleh sebabkan dengkuran.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 14/07/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Ketulan Tiba-Tiba Muncul Pada Leher! Adakah Ini Tanda Kanser?

    Benarkah jika anda mempunyai ketulan ataupun benjolan di bahagian leher, itu petanda kanser? Jangan salah anggap semua bengkak di leher itu tanda kanser ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 14/07/2020 . 3 minit bacaan

    Rasa Lesu Ketika Bangun Tidur? Lakukan Senaman Regangan Ini Untuk Kekal Segar, 10 Minit Saja!

    Pagi-pagi ketika bangun tidur kita pasti kadangkala akan berasa lesu seperti tidak puas tidur. Namun pernahkah anda melakukan senaman regangan pagi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 14/07/2020 . 3 minit bacaan

    Senaman Ringan Dapat Bantu Murid Lebih Cepat Belajar & Sentiasa Fokus Dalam Kelas!

    Tak sangka rupa-rupanya senaman ringan memberi banyak manfaat kepada kanak-kanak terutama dapat membuatkan mereka lebih fokus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 14/07/2020 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara menambah air mani

    Anda Percaya Makan Bawang Boleh Tambah Air Mani Lelaki? Ada 7 Cara Lain Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan
    risiko seks oral

    Siapa Kata Seks Oral Tidak Perlu Guna Kondom? Fikirkan Semula Lepas Baca Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan
    ibu hamil

    Jangan Tertipu, Ibu Hamil! 7 Makanan Yang Disangka Sihat Ini Tinggi Kandungan Gula, Ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan
    anak sakit

    Tunda Vaksinasi Si Kecil Semasa COVID-19 Bukan Idea Yang Bijak! Ikut Panduan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan