Krisin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 3 mins read

Kegunaan

Apakah kegunaan Krisin?

Krisin tergolong dalam kelas bahan kimia yang dipanggil flavonoid. Ia berlaku secara semula jadi dalam tumbuhan seperti passionflower, silver linden, dan beberapa spesies geranium; dan dalam madu dan propolis lebah (glu).

Krisin digunakan untuk:

  • Bina badan.
  • Merawat kegelisahan, keradangan, gout, HIV / AIDS, disfungsi erektil (ED) dan botak.
  • Mencegah kanser.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana Krisin berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, kajian makmal mencadangkan bahawa Krisin dapat meningkatkan hormon lelaki yang disebut testosteron dan meningkatkan hasil bina badan. Namun begitu, penyelidikan kepada manusia tidak menemui sebarang kesan pada tahap testosteron. Jumlah Krisin yang diserap daripada usus mungkin sangat kecil, yang membuatkan rawatan berkemungkinan tidak berkesan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Krisin?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam Krisin atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna atau haiwan.

Pengawalan bagi pengabilan makanan tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan bagi pengambilan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Krisin selamat digunakan?

Krisin berkemungkinan selamat bagi kebanyakan orang dewasa apabila diambil melalui mulut selama lapan minggu. Tiada kesan buruk telah dilaporkan.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Mengandung dan menyusu badan: Tiada maklumat yang boleh dipercayai tentang keselamatan pengambilan Krisin jika anda mengandung atau menyusu badan. Ambillah pendapat yang lebih selamat dan elakkan dari penggunaannya.

Gangguan pendarahan: Krisin mungkin meningkatkan pendarahan. Terdapat beberapa kebimbangan bahawa ia mungkin meningkatkan risiko lebam dan pendarahan bagi orang yang mengalami gangguan pendarahan.

Pembedahan: Krisin mungkin memperlahankan pembekuan darah. Terdapat kebimbangan bahawa ia mungkin meningkatkan risiko pendarahan tambahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambil Krisin sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Krisin?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Krisin?

Krisin mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor anda sebelum guna.

Produk yang mungkin bertindak balas dengan Krisin termasuk:

  • Perencat aromatase

Sesetengah jenis kanser dipengaruhi oleh hormon dalam badan. Kanser sensitif estrogen adalah kanser yang dipengaruhi oleh tahap estrogen dalam badan. Ubatan untuk kanser sensitif estrogen membantu mengurangkan estrogen dalam badan. Krisin juga mungkin mengurangkan estrogen dalam badan. Mengambil Krisin bersama dengan ubatan untuk kanser sensitif estrogen mungkin akan mengurangkan estrogen dalam badan terlalu banyak.

Beberapa ubatan untuk kanser sensitif estrogen termasuk aminoglutethimide (Cytadren), anastrozole (Arimidex), exemestane (Aromasin), letrozole (Femara) dan lain-lain.

  • Ubat yang diubah oleh hati (Sitokrom P450 1A2 (CYP1A2) substrat)

Sesetengah ubat berubah dan dihancurkan oleh hati.

Krisin mungkin mengurangkan tempoh hati menghancurkan beberapa ubatan. Mengambil Krisin bersama beberapa ubatan yang diubah oleh hati, boleh meningkatkan kesan dan kesan sampingan beberapa ubatan. Sebelum mengambil Krisin, maklumkan kepada doktor sekiranya anda ada mengambil apa-apa ubat yang diubah oleh hati.

Antara ubatan yang diubah oleh hati termasuk clozapine (Clozaril), cyclobenzaprine (Flexeril), fluvoxamine (Luvox), haloperidol (Haldol), imipramine (Tofranil), mexiletine (Mexitil), olanzapine (Zyprexa), pentazocine (Talwin), propranolol (Inderal), tacrine (Cognex), theophylline, zileuton (Zyflo), zolmitriptan (Zomig) dan lain-lain.

Ubatan yang diubah oleh hati (Ubat Glucuronidated) bertindakbalas dengan Krisin.

Tubuh badan menghancurkan beberapa ubatan untuk menyingkirkannya. Hati membantu menghancurkan ubatan ini. Krisin mungkin meningkatkan tempoh beberapa ubatan yang diubah oleh hati. Hal ini dapat mengurangkan keberkesanan beberapa ubat ini.

Antara ubatan yang diubah oleh hati termasuklah acetaminophen, atorvastatin (Lipitor), diazepam (Valium), digoxin, entacapone (Comtan), estrogen, irinotecan (Camptosar), lamotrigine (Lamictal), lorazepam (Ativan), lovastatin (Mevacor), meprobamate, morfin, oxazepam (Serax) dan lain-lain.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Krisin yang biasa digunakan?

Dos bagi Krisin mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Makanan tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Krisin?

Krisin boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Ekstrak passion flower Krisin berkapsul.
  • Serbuk Krisin.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Fakta Mengenai Tuberkulosis

    Tuberkulosis (tibi) ialah penyakit berjangkit paling berbahaya di dunia. Mari ikuti fakta penting mengenai penyakit ini. 1. Setiap satu jam, 3 individu mati disebabkan tuberkulosis Penyakit tibi telah dikenal ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Pusat Kesihatan 12/12/2018 . 2 mins read

    Afrodisiak Punca Mati Pucuk

    Afrodisiak (aphrodisiacs) adalah agen (makanan atau ubat) yang membangkitkan keinginan seksual. Biasanya, orang percaya bahawa lelaki dengan masalah di bilik tidur boleh membeli agen-agen ini, dan dengan serta ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Melihat Kembali Perkembangan HIV: Sejauh Mana Telah Kita Capai?

    Sempena Hari AIDS Dunia 2018 yang jatuh pada 1 Disember, mari kita melihat kembali perkembangan jangkitan HIV/AIDS sejak ia mula menyerang dunia dan sejauh mana pencapaian dunia dalam memerangi penyakit ini. Sehingga ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Berita, Berita Antarabangsa 30/11/2018 . 2 mins read

    Hari AIDS Dunia: Ketahui Status Anda

    Jika anda tahu rakan anda menghidap jangkitan HIV, adakah anda masih ingin berkawan dengan beliau seperti biasa? Atau anda akan berasa sangsi dan jijik? Kalau anda jijik, anda masih gagal dalam membantu membanteras ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Berita, Berita Antarabangsa 30/11/2018 . 2 mins read

    Artikel lain untuk anda

    HIV/AIDS

    6 Salah Faham Mengenai HIV / AIDS

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 06/05/2019 . 2 mins read
    rogol

    Perkosaan: Kesan Terhadap Fizikal dan Psikologi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 30/04/2019 . 2 mins read
    Tentang HIV: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

    Tentang HIV: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/04/2019 . 3 mins read
    seks

    Seks Secara Selamat dan HIV

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/01/2019 . 3 mins read