backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kemunting Cina

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 12/09/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Kemunting Cina?

Kemunting cina (Madagascar periwinkle) adalah sejenis tumbuhan. Bahagian-bahagian yang tumbuh di atas tanah biasa digunakan untuk membuat ubat.

Walaupun terdapat kebimbangan keselamatan yang serius, kemunting cina biasa digunakan untuk:

  • Diabetes
  • Kanser
  • Sakit tekak

Ia juga digunakan sebagai ubat batuk, untuk mengurangkan kesesakan paru-paru, dan untuk mengurangkan pengekalan cecair dengan meningkatkan pengeluaran air kencing (sebagai diuretik).

Sesetengah orang menggunakan kemunting cina terus ke kulit untuk:

  • Menghentikan pendarahan
  • Menghilangkan gigitan serangga, sengatan tebuan, dan kerengsaan mata
  • Merawat jangkitan dan pembengkakan (keradangan)

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana kemunting cina ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa:

Kemunting cina mungkin boleh mengubah sistem imun, meningkatkan pengeluaran air kencing (diuretik), dan menurunkan paras gula dalam darah.

Vinblastine dan vincristine, sesetengah bahan kimia yang boleh diekstrak daripada kemunting cina, telah diluluskan oleh Badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) untuk digunakan dalam kemoterapi. Bahan kimia ini digunakan terhadap beberapa jenis kanser seperti penyakit Hodgkin, leukemia, Kaposi’s sarcoma, limfoma malignan, mycosis fungoides, neuroblastoma, dan tumor Wilm.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Kemunting Cina?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok kemunting cina atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Kemunting Cina selamat digunakan?

Kemunting cina adalah tidak selamat apabila diambil melalui mulut disebabkan oleh kewujudan bahan kimia beracun yang dikenali sebagai alkaloid vinca.

Tiada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui sama ada ia selamat sepenuhnya untuk digunakan pada kulit.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: adalah tidak selamat untuk menggunakan kemunting cina jika anda hamil. Ia boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan kelahiran.

Penggunaan kemunting cina juga adalah tidak selamat jika anda sedang menyusu, kerana bahan kimia beracun yang terkandung di dalamnya.

Diabetes: Kemunting cina didapati boleh menurunkan paras gula darah. Terdapat beberapa kebimbangan bahawa ia mungkin menurunkan gula darah dengan terlalu banyak pada orang yang menghidap diabetes yang menggunakan ubat antidiabetes. Dos ubat mungkin perlu diubah.

Pembedahan: Kemunting cina seolah-olah dapat mengurangkan paras gula darah. Sesetengah doktor bimbang bahawa kemunting cina mungkin boleh mengganggu kawalan gula darah semasa dan selepas pembedahan. Berhenti menggunakan kemunting cina sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Kemunting Cina?

Kemunting cina boleh menyebabkan kesan sampingan seperti mual, muntah, kehilangan rambut, kehilangan pendengaran, pening, pendarahan, masalah saraf, kejang, kerosakan hati, gula darah rendah, dan juga kematian.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Kemunting Cina?

Produk kemunting cina ini boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan kesihatan semasa anda. Dapatkan nasihat pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh berinteraksi dengan kemunting cina termasuklah:

  • Lithium

Kemunting cina mungkin mempunyai kesan seperti pil air atau “diuretik.’ Mengambil kemunting cina mungkin mengganggu proses penyingkiran litium dari badan. Ini boleh meningkatkan jumlah litium dalam badan dan mengakibatkan kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum menggunakan produk ini jika anda mengambil litium. Dos litium anda mungkin perlu diubah.

  • Ubat antidiabetes

Kemunting cina mungkin boleh mengurangkan paras gula darah. Ubat diabetes juga digunakan untuk menurunkan gula darah. Mengambil kemunting cina bersama-sama dengan ubat diabetes boleh menyebabkan paras gula darah anda menjadi terlalu rendah. Pantau paras gula darah dengan teliti. Dos ubat diabetes anda mungkin perlu diubah.

Sesetengah ubat yang digunakan untuk diabetes termasuk glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase).

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Kemunting Cina yang biasa digunakan?

Dos untuk produk kemunting cina ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Kemunting Cina?

Produk kemunting cina ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Kemunting cina mentah

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 12/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan