Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Kemenyan adalah bahan seperti gam yang telah mengeras (resin) yang berasal dari potongan yang dibuat di batang pokok Boswellia Carteri. Ia biasa digunakan untuk membuat ubat.
Kemenyan digunakan untuk kolik dan flatulens usus (kembung). Ia kadangkala disapu pada kulit dalam bentuk krim tangan.
Minyak pati kemenyan digunakan pada kulit dan melalui sedutan sebagai pelega rasa sakit.
Tidak banyak kajian tentang bagaimana herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:
Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.
Kemenyan dilihat selamat untuk digunakan oleh kebanyakan orang dewasa.
Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi mengenai penggunaan kemenyan semasa hamil dan menyusukan anak. Sebagai langkah keselamatan, elakkan dari penggunaannya.
Kemenyan mungkin menyebabkan kerengsaan apabila digunakan pada kulit.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Kemenyan mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos untuk kemenyan mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Kemenyan boleh didapati dalam bentuk berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen