Kamomil Roman

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 mins read

Kegunaan

Apakah kegunaan Kamomil Roman?

Kamomil Roman adalah sejenis tumbuhan. Kepala bunga digunakan untuk dijadikan ubat.

Kamomil Roman biasanya digunakan untuk:

  • Ketakhadaman.
  • Mual.
  • Muntah.
  • Haid yang sakit.
  • Sakit kerongkong.
  • Sinusitis.
  • Ekzema.
  • Luka.
  • Kudis pada puting payudara dan gusi.
  • Masalah hati dan pundi hempedu.
  • Luka beku.
  • Ruam lampin.
  • Hemoroid

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana Kamomil Roman ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa Kamomil Roman boleh digunakan untuk mengurangkan angin (flatulens), menenangkan otot, dan menyebabkan sedasi.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Kamomil Roman?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam Kamomil Roman atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Kamomil Roman selamat digunakan?

Kamomil Roman dilihat selamat bagi kebanyakan orang apabila diambil melalui mulut seperti ubat dan dalam makanan. Minyak esensial Kamomil Roman juga dilihat selamat untuk dihidu atau disapu pada kulit.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kehamilan dan menyusu badan: Kamomil Roman dilihat tidak selamat apabila diambil melalui mulut dalam kuantiti ubat semasa hamil. Kamomil Roman dipercayai boleh menyebabkan keguguran. Tiada kajian lengkap mengenai keselamatan menyapu Kamomil Roman pada kulit semasa hamil. Elakkan menggunakan Kamomil Roman jika anda sedang hamil.

Selain itu, lebih baik anda mengelakkan daripada mengambil Kamomil Roman, jika anda sedang menyusu badan. Tiada maklumat lengkap mengenai bagaimana Kamomil Roman boleh memberi kesan terhadap bayi yang disusukan. Ahli dalam kumpulan tumbuhan ini termasuk ragweed, kekwa, marigol, daisi dan banyak lagi. Jika anda mempunyai alahan, pastikan anda rujuk dengan pembekal penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil Kamomil Roman.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Kamomil Roman?

Dalam kuantiti yang besar, Kamomil Roman boleh menyebabkan muntah. Ia juga boleh menyebabkan reaksi alahan bagi individu yang sensitif terhadap ragwed, marigol, daisi, atau herba yang sama. Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Kamomil Roman?

Kamomil Roman mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Kamomil Roman yang biasa digunakan?

Dos bagi Kamomil Roman ini berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Kamomil Roman?

Kamomil Roman ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Gel lembut 450 mg.
  • Ekstrak cecair asli.
  • Teh.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Teruk Sangat Ke Migrain Sampai Kena Ambil MC?

    Teruk sangat ke migrain sampai mereka yang merasainya terdorong untuk mengambil cuti sakit? Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 17/10/2019 . 2 mins read

    Adakah Anda Berbadan Dua? Kenal Pasti Tanda-Tanda Mengandung Ini

    Bagaimana untuk mengetahui sama ada anda berbadan dua atau tidak? Berikut dikongsikan 12 tanda tanda mengandung untuk anda semak. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 30/06/2019 . 3 mins read

    Tanda Awal Mengandung: Adakah Anda Sedang Hamil?

    Anda mungkin akan mengesyaki bahawa anda sedang berbadan dua apabila anda mula menyedari tanda awal mengandung pada diri anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 29/05/2019 . 8 mins read

    Rasa Anda Mungkin Mengandung? Ini Tanda Yang Boleh Dikenalpasti

    Selain tanda tanda hamil seperti loya dan muntah, apakah lagi tanda pasti hamil yang boleh dikenal pasti? Artikel ini akan mengupas isu berkaitan kehamilan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 29/05/2019 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    Hiperemesis gravidarum

    Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 mins read

    Apa Beza Sakit Tekak Biasa Atau Disebabkan COVID-19? Ini Cara Kenal Pasti Simptom Jangkitan!

    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/06/2020 . 3 mins read
    elakkan-5-perkara-cara-merawat-keracunan-makanan

    Alami Keracunan Makanan Bulan Puasa Ini? Ada 12 Benda Anda Perlu Ambil & Elak, Biar Cepat Sembuh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020 . 3 mins read

    Excited Nak Tahu Hamil Ke Belum? Ini 10 Tanda Anda Hamil 1 Minggu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/02/2020 . 4 mins read