Kamomil Jerman

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Kamomil Jerman?

Kamomil Jerman ialah sejenis herba. Masyarakat menggunakan putik bunganya untuk dijadikan ubat.

Kamomil Jerman digunakan untuk:

  • Gemuruh
  • Perut memulas
  • Cirit-birit
  • Sakit perut
  • Bengkak mulut (oral mucositis)
  • Kulit gatal (dermatitis)
  • Gingivitis
  • Insomnia
  • Demam biasa
  • Kulit gatal atau radang (ekzema)
  • Buasir
  • Kulit merekah sekitar alat kolostomi
  • Jangkitan faraj (vaginitis)
  • Merawat luka
  • Angin dalam perut
  • Mabuk kenderaan
  • Bengkak hidung (radang)
  • Rinitis alergi
  • Gelisah
  • Attention Deficit-Hyperactivity disorder (ADHD)
  • Fibromyalgia
  • Penyakit perut dan usus
  • Senggugut

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian masih lagi tidak mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walaupun begitu, ia diketahui bahawa:

  • Kamomil Jerman mengandungi bahan kimia yang mungkin boleh menggalakkan bengkak (radang) surut dan berkurangan
  • Kamomil Jerman mungkin  mengurangkan bengkak dengan memperlahankan penghasilan bahan kimia yang dikenali sebagai prostaglandins, leukotrienes, dan histamines. Bahan kimia ini biasanya dihasilkan untuk membentuk tindak balas bengkak dalam badan
  • Para pengkaji masih belum pasti apakah bahan di dalam kamomil Jerman yang menyebabkan pengenduran

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Kamomil Jerman?

Sebelum mengambil, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap ekstrak adrenal atau ubat atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat?

Kamomil Jerman adalah selamat jika diambil dalam jumlah yang terdapat di dalam makanan. Bahkan, ia mempunyai status “Generally Recognized as Safe (GRAS)” di Amerika Syarikat. Kamomil Jerman adalah selamat kepada orang dewasa dan kanak-kanak jika diambil melalui mulut bagi jangka masa pendek sebagai ubat. Kamomil Jerman juga digunakan dengan menyapu pada kulit bagi jangka masa pendek. Keselamatan kamomil Jerman jika digunakan untuk jangka masa panjang tidak diketahui.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Kehamilan dan menyusukan anak: Masih tiada maklumat yang sahih tentang keselamatan untuk mengambil kamomil Jerman jika anda mengandung atau menyusu. Ambil langkah berjaga-jaga dan elakkan menggunakannya.

Alahan kepada ragweed atau pokok yang berkaitan: kamomil Jerman mungkin menyebabkan tindak balas alahan kepada golongan yang sensitif kepada pokok daripada keluarga Asteraceae / Compositae. Ahli keluarga pokok ini termasuklah ragweed, chrysanthemums, marigold, daisies, dan herba yang lain.

Penyakit yang berkaitan dengan hormon seperti kanser payu dara, kanser rahim, kanser ovari, endometriosis, atau fibroid rahim; kamomil Jerman mungkin bertindak seperti estrogen di dalam badan. Jika anda mempunyai penyakit yang boleh menjadi teruk sekiranya terdedah kepada estrogen, jangan gunakan kamomil Jerman.

Pembedahan: kamomin Jerman mungkin bertindak balas dengan ubat bius pembedahan dan seharusnya tidak digunakan 2 minggu sebelum pembedahan.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Kamomil Jerman?

Kamomil Jerman boleh menyebabkan tindak balas alahan pada sesetengah orang. Ia adalah daripada keluarga yang sama dengan ragweed, marigold, daisies, dan herba yang berkaitan.

Apabila dikenakan pada kulit, kamomil Jerman boleh menyebabkan tindak balas alahan. Apabila dikenakan berdekatan dengan mata, kamomil Jerman boleh menyebabkan kegatalan mata.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan. Mungkin terdapat kesan sampingan yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang kesan sampingan, sila hubungi ahli herba atau doktor anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Kamomil Jerman?

Kamomil Jerman mungkin bertindak balas dengan ubat yang anda sedang guna atau penyakit yang sedia ada. Sila berbincang dengan penjual herba atau doktor sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh bertindak balas dengan kamomil Jerman termasuklah:

  • Pil perancang (ubat pencegah kehamilan)

Sesetengah pil perancang mengandungi estrogen. Kamomil Jerman mungkin mempunyai kesan yang sama dengan estrogen. Tetapi kamomil Jerman tidak mempunyai kekuatan seperti estrogen di dalam pil perancang. Mengambil kamomil Jerman bersama-sama pil perancang mungkin mengurangkan keberkesanan pil perancang. Jika mengambil pil perancang dengan kamomil Jerman, gunakan kaedah pencegah kehamilan yang lain seperti kondom.

Sesetengah pil perancang mengandungi ethinyl estradiol dan levonorgestrel (triphasil), ethinyl estradiol dan norethindrone (Ortho-novum 1/35, Ortho-Novum 7/7/7), dan lain-lain.

  • Pil estrogen

Kamomil Jerman dalam kuantiti yang besar mungkin mempunyai kesan yang sama dengan estrogen. Tetapi kuantiti yang besar ini tidak sekuat pil estrogen. Mengambil kamomil Jerman dengan pil estrogen mungkin mengurangkan keberkesanan pil estrogen.

Sesetengah pil estrogen mengandungi gabungan equine estrogens (Premarin), ethinyl estradiol, estradiol dan lain-lain.

  • Ubat yang diproses di hati (Cytochrome p450 (3A4) substrate)

Sesetengah ubat diproses dan diurai di dalam hati.

Kamomil Jerman mungkin memperlahankan proses hati menguraikan sesetengah ubat. Mengambil kamomil Jerman bersama-sama ubat yang diurai dalam hati boleh meningkatkan kesan dan kesan sampingan sesetengah ubat ini. Sebelum mengambil kamomil Jerman, sila berhubung doktor anda jika anda mengambil ubat yang diproses dalam hati.

Di antara ubat yang diproses dalam hati termasuklah lovastatin (Mevacor), ketoconazole (Nizoral), itraconazole (Sporanox), fexofenadine (Allegra), triazolam (Halcion), dan lain-lain.

  • Ubat sedatif (benzodiazepines)

Kamomil Jerman mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan menjadi lembab. Ubat yang boleh menyebabkan mengantuk dan lembap dipanggil sedatif. Mengambil kamomil Jerman bersama-sama sedatif mungkin menyebabkan mengantuk yang melampau.

Di antara ubat-ubat sedatif termasuklah alprazolam (Xanax), clonazepam (Klonopin), diazepam (Valium), lorazepam (Ativan), midazolam (Versed), temazepam (Restoril), triazolam (Halcion), dan lain-lain.

  • Ubat sedatif (CNS depressan)

Kamomil Jerman mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan menjadi lembab. Ubat yang boleh menyebabkan mengantuk dan lembap dipanggil sedatif. Mengambil kamomil Jerman bersama-sama sedatif mungkin menyebabkan mengantuk yang melampau.

Di antara ubat-ubat sedatif termasuklah pentobarbital (Nembutal), phenobarbital (Luminal), secobarbital (Seconal), fentanyl (Duragesic, Sublimaze), morphine, zolpidem (Ambien), dan lain-lain.

  • Warfarin (Coumadin)

Warfarin (Coumadin) digunakan untuk memperlahankan pembekuan darah. Kamomil Jerman mungkin meningkatkan kesan Warfarin (Coumadin). Mengambil kamomil Jerman dengan Warfarin (Coumadin) mungkin memperlahankan pembekuan darah terlalu perlahan sehingga menyebakan lebam dan pendarahan. Pastikan untuk memeriksa darah anda selalu. Dos Warfarin (Coumadin) mungkin perlu diubah.

  • Ubat yang diproses di hati (Cytochrome p450 1A2 (CYP1A2) substrate)

Sesetengah ubat diproses dan diurai di dalam hati.

Kamomil Jerman mungkin memperlahankan proses hati menguraikan sesetengah ubat. Mengambil kamomil Jerman bersama-sama ubat yang diurai dalam hati boleh meningkatkan kesan dan kesan sampingan sesetengah ubat ini. Sebelum mengambil kamomil Jerman, sila berhubung doktor anda jika anda mengambil ubat yang diproses dalam hati.

Di antara ubat yang diproses dalam hati termasuklah amitriptyline (Elavil), haloperidol (Haldol), ondansetron (Zofran), propranolol (Inderal), theophylline (Theo-Dur, lain-lain), verapamil (Calan, Isoptin, lain-lain) dan lain-lain.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos kamomil Jerman yang biasa?

Berikut merupakan dos yang dikaji di dalam kajian saintifik:

Menggunakan mulut:

  • Untuk perut memulas: produk kombinasi khas mengandungi kamomil Jerman (Iberogast, Medical Futures, Inc) dan beberapa herba lain yang digunakan pada dos 1ml tiga kali setiap hari
  • Untuk mulut yang rosak dan sakit akibat rawatan kemoterapi dan radiasi: basuh mulut menggunakan 10-15 titisan cecair ekstrak kamomil Jerman yang dilarutkan dalam 100ml air tiga kali setiap hari
  • Untuk sakit perut: produk mengandungi pelbagai bahan khas 164mg fennel, 97mg bam lemon, dan 178mg kamomil Jerman (ColiMil, Milte Italia SPA) dua kali setiap hari selama seminggu

Disapu pada kulit:

  • Untuk kulit yang merekah sekitar alat kolostomi, cecair kamomil Jerman disapukan dan diberikan tekanan selama 1 jam, dua kali setap hari. Cecair ini disediakan dengan merendam 6 gm putik bunga kamomil Jerman kering di dalam 150ml air mendidih selama 10 minit

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan Kamomil Jerman?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Kapsul bunga kamomil Jerman, 450 mg
  • Minyak kamomil Jerman

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut