Irvingia Gabonensis

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Irvingia Gabonensis?

Irvingia Gabonensis adalah sejenis pohon, yang berasal dari Afrika Barat. Buahnya mirip dengan mangga dan boleh dimakan. Biji-bijinya biasa digunakan untuk membuat ubat.

Ada yang mendakwa menggunakan suplemen yang mengandungi Irvingia Gabonensis boleh menurunkan berat badan, menurunkan tahap kolesterol, dan meningkatkan kawalan diabetes.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana Irvingia Gabonensis berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa  benih Irvingia Gabonensis mungkin menurunkan kadar kolesterol kerana kandungan seratnya yang tinggi. Serat meningkatkan penyingkiran kolesterol dari badan.

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa benih Irvingia Gabonensis juga boleh memberi kesan kepada sel-sel lemak, iaitu dapat mengurangkan pertumbuhan sel lemak dan meningkatkan proses pecahan lemak.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Irvingia Gabonensis?

Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan Irvingia Gabonensis atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Kebaikan mengambil suplemen ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuklah dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah Irvingia Gabonensis selamat digunakan?

Irvingia Gabonensis mungkin selamat untuk orang dewasa apabila ekstrak biji mentah diambil sehingga empat minggu, atau apabila ekstrak benih spesifik yang dipanggil IGOB131 digunakan selama 10 minggu.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Kehamilan dan penyusuan susu: Tidak ada maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan pengambilan Irvingia Gabonensis jika anda sedang hamil atau menyusu. Sila berhati-hati dan elakkan penggunaannya jika anda sedang hamil atau menyusu.

Diabetes: Irvingia Gabonensis dapat menurunkan kadar gula dalam darah pada orang yang menghidap diabetes. Perhatikan tanda-tanda gula dalam darah yang telah menjadi terlalu rendah (hypoglycemia). Pantau gula dalam darah anda dengan teliti jika anda menghidap diabetes dan sedang menggunakan Irvingia Gabonensis.

Pembedahan: Irvingia Gabonensis boleh menjejaskan gula dalam darah dan mungkin mengganggu kawalan gula dalam darah semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambil Irvingia Gabonensis sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Irvingia Gabonensis?

Antara kesan sampingan yang dilaporkan adalah:

  • Perut kembung.
  • Sakit kepala.
  • Masalah tidur.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Irvingia Gabonensis?

Irvingia Gabonensis mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Irvingia Gabonensis yang biasa digunakan?

Dos untuk Irvingia Gabonensis mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Tambahanpula, suplemen tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Irvingia Gabonensis?

Irvingia Gabonensis boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Ekstrak cecair.
  • Serbuk.
  • Tinktur.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.