Inositol Nicotate

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Inositol Nicotate?

Inositol Nicotinate adalah sebatian yang diperbuat daripada niacin (vitamin B3) dan inositol.
Inositol Nicotinate digunakan untuk:

  • Masalah peredaran darah, termasuk kesakitan ketika berjalan akibat peredaran yang lemah di kaki (klaudikasi berselang-seli).
  • Perubahan kulit yang disebabkan oleh pengumpulan darah di kaki (stasis dermatitis) apabila salur darah tidak berkesan dalam mengembalikan darah ke jantung.
  • Pengecilan saluran darah yang membawa kepada jari dan jari kaki yang sejuk (penyakit Raynaud).
  • Masalah pengaliran darah dalam otak (penyakit pembuluh darah otak).
  • Meningkatkan gejala peredaran darah yang lemah.
  • Kolesterol tinggi.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Masalah tidur (insomnia).
  • Migrain yang berkaitan dengan atherosclerosis.
  • Masalah kulit, termasuk scleroderma, jerawat, dermatitis, psoriasis, dan lain-lain; keradangan lidah ( exfoliative glossitis).
  • Restless leg syndrome.
  • Schizophrenia dan penyakit mental yang lain.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana Inositol Nicotinate berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa Inositol Nicotinate melepaskan bahan niasin ketika diproses oleh tubuh. Niacin dapat melebarkan saluran darah, menurunkan paras lemak dalam darah seperti kolesterol, dan menghasilkan protein yang diperlukan untuk pembekuan darah.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Inositol Nicotate?

Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan Inositol Nicotinate atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan  bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Kebaikan mengambil suplemen ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuklah dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah Inositol Nicotate selamat digunakan?

Inositol Nicotinate mungkin selamat untuk kebanyakan orang apabila diambil melalui mulut.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tidak terdapat maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan mengambil Inositol Nicotinate jika anda hamil atau menyusu. Sila berhati-hati dan elakkan dari penggunaannya jika anda sedang hamil atau menyusu.

Alahan: Niacin, bahan kimia yang dikeluarkan apabila Inositol Nicotinate dihadam dalam badan, mungkin akan menyebabkan alergi menjadi lebih teruk kerana ia melepaskan histamina. Ini adalah bahan kimia yang mencetuskan gejala alahan.

Gangguan pendarahan: Inositol Nicotinate mungkin melambatkan pembekuan darah. Secara teorinya,  Inositol Nicotinate mungkin meningkatkan risiko pendarahan dan menyebabkan gangguan pendarahan menjadi lebih teruk.

Penyakit jantung / kesakitan dada yang berkaitan dengan jantung (angina tidak stabil): Jumlah  niacin yang besar, iaitu bahan kimia yang dikeluarkan apabila Inositol Nicotinate diproses di dalam badan, boleh meningkatkan risiko degupan jantung tidak teratur. Sekiranya anda mempunyai penyakit jantung, rujuk kepada pegawai penjagaan kesihatan anda sebelum menggunakan Inositol Nicotinate.

Kencing manis (Diabetes): Niacin, bahan kimia yang dikeluarkan apabila  Inositol Nicotinate diproses di dalam badan, boleh mengganggu kawalan gula dalam darah. Ini mungkin memerlukan penyelarasan dalam dos ubat yang diperlukan untuk mengawal diabetes. Peningkatan pemantauan gula dalam darah mungkin perlu, terutamanya pada peringkat awal rawatan. Jika anda menghidap diabetes, sila buat pemeriksaan berkaitan diabetes anda dengan pegawai penjagaan kesihatan anda sebelum menggunakan  Inositol Nicotinate.

Penyakit pundi hempedu: Niacin, bahan kimia yang dikeluarkan apabila  Inositol Nicotinate diproses di dalam badan, mungkin menyebabkan masalah pundi hempedu menjadi lebih teruk. Gunakan dengan berhati-hati.

Gout: Jumlah  niacin yang banyak, iaitu bahan kimia yang dikeluarkan apabila Inositol Nicotinate  diproses di dalam badan, mungkin boleh mencetuskan gout. Gunakan dengan berhati-hati.

Tekanan darah rendah: Niacin, bahan kimia yang dikeluarkan apabila  Inositol Nicotinate rosak di dalam badan, boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Gunakan dengan berhati-hati.

Penyakit buah pinggang: Niacin, bahan kimia yang dikeluarkan apabila  Inositol Nicotinate rosak di dalam badan, mungkin akan terkumpul dalam badan mereka yang menghidap penyakit buah pinggang dan menjadikan keadaan mereka lebih teruk. Jangan gunakan Inositol Nicotinate jika anda mengalami masalah buah pinggang.

Penyakit hati: Niacin, bahan kimia yang dikeluarkan apabila  Inositol Nicotinate rosak di dalam badan, boleh menyebabkan kerosakan hati. Jangan gunakan Inositol Nicotinate jika anda mempunyai penyakit hati.

Sensitiviti kepada niacin: Niacin dibebaskan apabila  Inositol Nicotinate diproses oleh badan. Jika anda sensitif terhadap niacin, jangan gunakan ubat ini.

Ulser di dalam perut atau usus (penyakit ulser peptik): Jumlah niacin yang besar, iaitu bahan kimia yang dikeluarkan apabila  Inositol Nicotinate rosak di dalam badan, mungkin menyebabkan penyakit ulser peptik menjadi lebih buruk. Jangan gunakan Inositol Nicotinate jika anda mempunyai ulser.

Pembedahan: Inositol Nicotinate mungkin melambatkan pembekuan darah. Terdapat kebimbangan bahawa ia mungkin meningkatkan risiko pendarahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambil Inositol Nicotinate sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Inositol Nicotate?

Inositol Nicotinate boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti sakit perut, sakit kepala, mual, sendawa, dan sedu. Bagi sesetengah orang, ia juga boleh menyebabkan kerosakan hati sepertimana produk niacin yang lain.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Inositol Nicotate?

Inositol Nicotinate boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan anda atau keadaan perubatan anda. Sila rujuk doktor anda sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh bertindak balas dengan Inositol Nicotinate termasuk:

  • Ubat kencing manis (diabetes).

Penggunaan kronik Inositol Nicotinate mungkin meningkatkan paras gula dalam darah. Ubat diabetes digunakan untuk menurunkan gula darah. Dengan meningkatkan paras gula dalam darah,  Inositol Nicotinate mungkin mengurangkan keberkesanan ubat diabetes. Pantau paras gula dalam darah anda dengan teliti. Dos ubat diabetes anda mungkin perlu diubah.

Antara ubat diabetes termasuklah glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase), dan lain-lain.

  • Ubat antikoagulan / Antiplatelet

Inositol Nicotinate mungkin melambatkan pembekuan darah. Pengambilan Inositol Nicotinate bersama dengan ubat-ubatan yang juga memperlahankan pembekuan darah mungkin meningkatkan lagi peluang lebam dan pendarahan. Contoh ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah termasuk aspirin, dan yang lain), naproxen (Anaprox, Naprosyn, , heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

  • Ubat untuk menurunkan kadar kolesterol

Inositol Nicotinate diubah dalam badan kepada niacin. Niacin boleh menjejaskan otot. Sesetengah ubat yang digunakan untuk menurunkan kolesterol juga boleh menjejaskan otot. Pengambilan niacin bersama-sama dengan beberapa ubat yang digunakan untuk menurunkan kolesterol tinggi mungkin akan meningkatkan risiko masalah otot.

Contoh ubat yang digunakan untuk kolesterol tinggi termasuk cerivastatin (Baycol), atorvastatin (Lipitor), lovastatin (Mevacor), pravastatin (Pravachol), simvastatin (Zocor), dan lain-lain.

  • Tampalan Nikotin

Inositol Nicotinate dipecahkan dalam badan kepada niacin. Kadangkala niacin boleh menyebabkan kepanasan dan rasa pening. Tampalan nikotin juga boleh menyebabkan gejala tersebut. Mengambil Inositol Nicotinate dan menggunakan tampalan nikotin boleh meningkatkan kemungkinan menjadi panas dan rasa pening.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Inositol Nicotate yang biasa digunakan?

Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

Melalui mulut:

Untuk masalah peredaran darah di betis, kaki dan lengan: Julat dos biasa ialah 1500-4000 mg Inositol Nicotinate setiap hari yang dibahagikan dalam 2-4 dos

Dos untuk  Inositol Nicotinate mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Tambahan pula, suplemen tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Inositol Nicotate?

Inositol Nicotinate boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Inositol Nicotinate kapsul 1000 mg.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut