Indole-3-carbinol

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 3 mins read

Kegunaan

Apakah kegunaan Indole-3-carbinol?

Indol-3-karbinol adalah bahan yang terdapat dalam sayur-sayuran seperti brokoli, kubis Brussel, kubis bulat, kailan, bunga kubis, kubis daun, sawi, lobak, dan rutabaga ungu. Ia juga boleh dihasilkan di dalam makmal.

Indol-3-karbinol digunakan untuk mencegah kanser payudara, kanser kolon, dan lain-lain jenis kanser.

Indol-3-karbinol juga digunakan untuk fibromyalgia, tumor di dalam kotak suara (laryngeal papillomatosis) yang disebabkan oleh virus, tumor di dalam saluran pernafasan (respiratory papillomatosis) yang disebabkan oleh virus, pertumbuhan sel yang tidak normal di serviks (cervical dysplasia) dan lupus eritematosus sistemik (SLE). Sesetengah orang menggunakan indole-3-carbinol untuk mengimbangi tahap hormon, “detoksifikasi” usus dan hati, dan untuk menyokong sistem imun.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana indol-3-karbinol ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, para pengkaji mengesyaki indol-3-karbinol adalah salah satu daripada beberapa komponen sayuran yang boleh melindungi daripada kanser.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Indole-3-carbinol?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada indol-3-karbinol atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Indole-3-carbinol selamat digunakan?

Indol-3-karbinol mungkin selamat untuk kebanyakan orang apabila digunakan dalam jumlah yang biasanya terdapat dalam makanan. Ia didapati selamat untuk kebanyakan orang apabila digunakan dalam jumlah ubatan di bawah pengawasan perubatan yang baik dan teliti.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Jika anda sedang hamil atau menyusu, teruskan dengan indol-3-karbinol dalam jumlah yang biasanya didapati dalam diet. Masih belum cukup maklumat diketahui tentang tahap keselamatan menggunakan indol-3-karbinol dalam jumlah ubat yang lebih besar.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Indole-3-carbinol?

Indol-3-karbinol boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti ruam kulit dan peningkatan kecil dalam kadar enzim hati.

Dalam dos yang sangat tinggi, indol-3-karbinol boleh menyebabkan masalah keseimbangan, terketar-ketar, dan loya.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Indole-3-carbinol?

Produk indol-3-karbinol ini boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan kesihatan semasa anda. Dapatkan nasihat pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh berinteraksi dengan Indol-3-karbinol termasuklah:

  • Ubat-ubatan yang boleh diubahsuai oleh hati (substrat Cytochrome P450 1A2 (CYP1A2)

Sesetengah ubat boleh diubahsuai dan diuraikan oleh hati.

Indol-3-karbinol mungkin boleh meningkatkan kadar kelajuan hati menguraikan beberapa ubat. Mengambil indol-3-karbinol bersama-sama dengan beberapa ubat yang diubahsuai oleh hati dapat mengurangkan keberkesanan beberapa ubat. Sebelum mengambil indol-3-karbinol, sila maklumkan dengan penyedia penjagaan kesihatan anda jika anda ada mengambil apa-apa ubat yang diubahsuai oleh hati.

Antara ubat-ubatan yang diubahsuai oleh hati termasuklah clozapine (Clozaril), cyclobenzaprine (Flexeril), fluvoxamine (Luvox), haloperidol (Haldol), imipramine (Tofranil), mexiletine (Mexitil), olanzapine (Zyprexa), pentazocine (Talwin) , propranolol (Inderal), tacrine (Cognex), theophylline, zileuton (Zyflo), zolmitriptan (Zomig), dan lain-lain.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Indole-3-carbinol yang biasa digunakan?

Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

MELALUI MULUT:

Untuk merawat sel-sel yang tidak normal pada permukaan rahim (cervical dysplasia): 200-400 mg sehari telah digunakan. Walau bagaimanapun, dos 200 mg didapati sama berkesan seperti dos lain yang lebih tinggi digunakan.

Dos untuk produk indol-3-karbinol ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Indole-3-carbinol?

Produk indol-3-karbinol ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Kapsul Indol-3-karbinol 200 mg, 400mg

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bagaimana Jika Ibu Hamil Ingin Ambil Minyak Ikan? Selamat Atau Tidak?

    Fasa kehamilan mungkin menyebabkan ibu hamil berasa loya untuk makan ikan. Oleh itu, adakah pengambilan minyak ikan untuk ibu hamil dibolehkan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/02/2019 . 2 mins read

    Bolehkah Makanan Tambahan Membantu Kehidupan Seks?

    Terkejut? Ya, bagi mereka yang kurang bersemangat dalam kehidupan seksnya tidak perlu bimbang lagi. Ini kerana terdapat beberapa makanan yang mudah ditemui dan lazat untuk menyelamatkan hari itu. Berikut 5 makanan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Langkah Cepat Tingkatkan Tenaga

    Kita semua pasti pernah mengalaminya situasi di mana kita mempunyai pagi yang sangat produktif, menyiapkan semua pekerjaan dengan segera, menyelesaikan setiap tugasan dan menjelang waktu petang, kita akan keletihan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Benarkah Hepatitis Toksik Tidak Boleh Dicegah?

    Keradangan berkaitan dengan hepatitis toksik boleh mengakibatkan kerosakan hati dan parut (sirosis). Lama kelamaan, sirosis menyebabkan kesukaran hati menjalankan fungsinya. Akhirnya sirosis membawa kepada kegagalan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 19/07/2018 . 2 mins read

    Artikel lain untuk anda

    suplemen-kulit-tidak-diperlukan

    Nak Kulit Cantik, Ambil Suplemen Kulit- Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/02/2020 . 4 mins read
    vitamin yang telah luput

    Boleh Makan Ke Vitamin Yang Telah Luput?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 05/11/2019 . 3 mins read
    serak suara

    Mengapa Anda Perlu Elakkan Makanan Tambahan Tinggi Steroid

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 31/10/2019 . 3 mins read
    insulin

    Dilarang Mengambil Insulin – Remaja Mati Akibat Dakyah Rawatan Herbal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 27/02/2019 . 2 mins read