Pewarna Inai ada banyak kegunaan dan manfaatnya. Akan tetapi banyak aspek yang anda perlu tahu sebelum anda menggunakannya. Jom ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Pewarna Inai ada banyak kegunaan dan manfaatnya. Akan tetapi banyak aspek yang anda perlu tahu sebelum anda menggunakannya. Jom ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!
Ingin tahu lebih lanjut tentang produk berasaskan herba? Sila klik di sini.
Berdasarkan sejarah, ia telah digunakan untuk cirit-birit teruk yang disebabkan oleh parasit (disenteri ameba), kanser, limpa membesar, sakit kepala, jaundis, dan keadaan kulit. Pada masa kini, orang menggunakannya untuk ulser perut dan usus.
Kadang kala ia disapukan terus pada kawasan yang terlibat dengan kelemumur, ekzema, skabies, jangkitan fungi, dan luka.
Bagi bidang pembuatan, ia digunakan dalam kosmetik, pewarna rambut, dan produk rambut; dan sebagai pewarna untuk kuku, tangan, dan pakaian.
Orang juga menggunakannya pada kulit sebagai “tatu” sementara.
Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana ia berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat kajian menunjukkannya mengandungi bahan yang mungkin membantu melawan jangkitan tertentu.
Terdapat juga beberapa informasi yang mana ia boleh mengurangkan pembesaran tumor, menghalang dan mengurangkan kekejangan, mengurangkan keradangan, dan melegakan kesakitan.
Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:
Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan.
Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.
Ia dilihat selamat digunakan bagi kebanyakan orang dewasa apabila digunakan pada kulit atau rambut dan apabila diambil melalui mulut.
Kanak-kanak: Ia dikira tidak selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak, terutamanya bayi. Terdapat kes kesan sampingan serius apabila disapu pada kulit bayi.
Bayi dengan keadaan yang dipanggil kekurangan glukosa 6-fosfate dehidrogenase (G6PD) berisiko tinggi apabila bersentuhan dengannya.
Kehamilan atau menyusu badan: Tidak selamat untuk mengambilnya melalui mulut jika anda sedang hamil dan menyusu badan.
Alahan: Jika anda alah kepadanya, elakkan sentuhan.
Beberapa kesan sampingan seperti radang kulit (dermatitis) termasuk merah-merah, terbakar, bengkak, berkeruping, kulit luka, lepuh, dan kulit berparut. Jarang sekali, berlakunya reaksi alahan seperti geligata, hidung berair, berdehit, dan asma.
Tertelan tanpa sengaja boleh menyebabkan perut tidak selesa dan kesan sampingan lain yang memerlukan perhatian perubatan yang segera.
Meletakkannya pada kulit bayi yang mempunyai kekurangan glukosa 6-fosfate dehidrogenase (G6PD) boleh menyebabkan sel darah merah mereka pecah.
Wanita yang hamil jika mengambilnya melalui mulut mungkin akan berhadapan dengan risiko keguguran.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli herba anda.
Inai boleh bertindakbalas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.
Litium boleh bertindak balas dengannya.
Ia mungkin mempunyai kesan seperti pil air atau “diuretik.” Pengambilannya mungkin akan mengurangkan kebolehan badan untuk membuang litium.
Ini boleh meningkatkan jumlah litium di dalam badan dan mengakibatkan kesan sampingan yang serius. Berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda sebelum menggunakan produk ini jika anda sedang mengambil litium. Dos litium anda mungkin perlu diubah.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.
Ia boleh didapati dalam bentuk dos ajen pewarna inai dalam pewarna dan perapi rambut.
Ada isu keibupaan yang buat anda risau, boleh sertai Komuniti Keibubapaan untuk mendapat maklumat dan petua berguna tentang cara membesarkan anak yang sihat, aktif dan bahagia di sini.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen