Higenamine

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 mins read

Kegunaan

Apakah kegunaan Higenamine?

Higenamine adalah bahan kimia yang dijumpai di dalam beberapa spesis tumbuhan termasuk aconite, Annona squamosa, Nandina domestica (buluh suci), dan lain-lain.

Higenamine digunakan untuk:

  • Menurunkan berat badan.
  • Perlakuan atlet.
  • Batuk.
  • Asma.
  • Gangguan pernafasan.
  • Kegagalan jantung.
  • Disfungsi erektil.
  • Keadaan lain.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana higenamine berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, ia diketahui berfungsi sebagai perangsang. Bagi sesetengah bahagian badan, ia boleh menyebabkan tisu mengendur. Bagi bahagian badan yang lain, seperti jantung, ia boleh menyebabkan tisu untuk kontrak. Ia dilihat dapat meningkatkan kontraksi jantung dan meninggikan kelajuan degupan jantung.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Higenamine?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam higenamine atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Higenamine selamat digunakan?

Higenamine mungkin tidak selamat untuk diambil melalui mulut.  Bahan kimia tulen atau ekstrak higenamine tidak pernah dikaji penggunaannya terhadap manusia. Oleh itu, keselamatan herba ini masih tidak jelas.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kehamilan dan menyusu badan: Tiada maklumat lengkap bagi mengetahui sama ada higenamine selamat digunakan ketika hamil dan menyusu badan. Ambil langkah selamat dan elakkan penggunaannya.

Dengupan jantung tidak sekata (aritma jantung): Higenamine mungkin menyebabkan degupan jantung laju. Oleh itu, ia boleh memburukkan lagi degupan jantung yang tidak sekata. Jika anda mempunyai degupan jantung yang tidak sekata, jangan ambil higenamine.

Pembedahan: Higenamine bertindak seperti perangsang, jadi ia mungkin akan menganggu pembedahan dengan meningkatkan kadar degupan jantung. Berhenti mengambil higenamine sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Higenamine?

Aconite di dalam higenamine telah menunjukkan ia boleh menyebabkan kesan sampingan berkaitan jantung yang serius termasuk aritma  bahkan kematian. Kesan sampingan daripada pengambilan aconite mungkin, sebahagiannya, disebabkan oleh bahan kimia higenamine.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Higenamine?

Higenamine mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Higenamine yang biasa digunakan?

Dos bagi  higenamine berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Higenamine?

Higenamine boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Kapsul Higenamine
  • Serbuk Higenamine

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Cendawan Ulat / Kulat Beluncas Cina (Caterpillar Fungus)

    KegunaanApakah kegunaan Cendawan Ulat / Kulat Beluncas Cina (Caterpillar Fungus)? Cendawan Ulat, Kulat Beluncas Cina atau Kulat Ulat Beluncas adalah sejenis kulat yang hidup di atas ulat-ulat tertentu di kawasan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 25/05/2018 . 3 mins read

    Apnea Tidur Obstruktif

    Kenali apa itu Apnea Tidur Obstruktif . Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/05/2018 . 3 mins read

    Sesak Nafas

    Kenali apa itu Sesak Nafas . Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 23/05/2018 . 4 mins read

    Quebracho

    KegunaanApakah kegunaan Quebracho? Quebracho adalah sejenis tumbuhan. Kulit kayunya digunakan sebagai ubat. Orang mengambil Quebracho untuk penyakit asma dan gangguan keadaan saluran pernafasan bahagian bawah ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 18/05/2018 . 2 mins read

    Artikel lain untuk anda

    know-asthma-complication

    Komplikasi Asma, Apa yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 01/03/2019 . 2 mins read

    Asma: Memahami Perbezaan Setiap Tahap Mengikut Peringkat Umur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 14/01/2019 . 1 min read
    COPD Symptom: Breathlessness (Dyspnea)

    Senaman Pernafasan Membantu Pesakit COPD

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 08/11/2018 . 2 mins read

    Penyakit Tidak Berjangkit (NCD): Pembunuh Senyap

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 09/07/2018 . 2 mins read