Goldenseal

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 3 mins read

Kegunaan

Apakah kegunaan goldenseal?

Goldenseal digunakan untuk keadaan berikut, terutamanya:

  • Selesema
  • Jangkitan saluran pernafasan atas
  • Hidung tersumbat
  • Demam hay
  • Gangguan pencernaan termasuk sakit perut dan pembengkakan (gastritis)
  • Ulser perut
  • Kolitis
  • Cirit-birit
  • Sembelit
  • Buasir
  • Gas dalam usus
  • Jangkitan saluran kencing (UTIS)
  • Pendarahan dalaman
  • Pendarahan selepas bersalin
  • Penyakit hati
  • Kanser
  • Sindrom keletihan kronik (CFS)
  • Jaundis
  • Gonorrhea
  • Demam
  • Pneumonia
  • Malaria
  • Batuk kokol
  • Gangguan pemakanan yang diipanggil anorexia
  • Kesakitan faraj
  • Bengkak
  • Masalah haid
  • Ruam
  • Ulser
  • Jangkitan luka
  • Gatal-gatal
  • Ekzema
  • Jerawat
  • Kelemumur
  • Cacing ringworm
  • Bisul Herpes
  • Cold sores
  • Sakit gusi dan mulut
  • Keradangan mata dan jangkitan mata yang dipanggil konjuktivitis
  • Sakit telinga
  • Pekak

Goldenseal boleh ditetapkan untuk kegunaan lain; tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Goldenseal mengandungi berberine kimia, yang mungkin mempunyai kesan terhadap bakteria dan kulat. Sebagai contoh, ia boleh menghalang bakteria Escherichia coli (E. coli) daripada berpaut pada dinding saluran kencing. Berberine juga mempunyai sifat dapat menurunkan tekanan darah dan membetulkan degupan jantung yang tidak teratur.

Di samping itu, kajian awal menunjukkan bahawa berberine dapat menurunkan kandungan gula dalam darah dan kolesterol buruk (LDL).

Banyak bahan kimia penting dalam goldenseal tidak diserap dengan baik apabila diambil melalui mulut dan mungkin tidak mencapai kepekatan yang diperlukan untuk memberi kesan yang ketara kepada manusia. Jadi, tidak diketahui sama ada goldenseal mempunyai faedah yang sama seperti berberine.

Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil goldenseal?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusukan bayi. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi,  anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain. Ini termasuk sebarang ubat yang anda ambil tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan terhadap sebarang bahan dalam goldenseal atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain, seperti tekanan darah tinggi, penyakit hati, penyakit jantung, diabetes, glaukoma, atau strok.
  • Anda mempunyai sebarang alahan lain, seperti makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan untuk suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risiko sebelum digunakan. Bincang dengan pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah goldenseal selamat digunakan?

Kanak-kanak 

Goldenseal tidak disyorkan untuk kanak-kanak melainkan jika doktor anda mengatakan demikian. Jangan sekali-kali memberikan goldenseal kepada bayi.

Ibu hamil dan menyusu

Wanita hamil atau menyusukan tidak boleh menggunakan goldenseal.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan goldenseal?

Goldenseal boleh menyebabkan:

  • Loya
  • Kebimbangan
  • Kemurungan
  • Sawan
  • Lumpuh
  • Merengsa kulit, mulut, tekak, dan faraj
  • Menjadi sensitif kepada cahaya matahari

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindak balas yang mungkin saya alami dengan goldenseal?

Goldenseal boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan atau keadaan perubatan semasa anda. Dapatkan nasihat ahli herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Ubat-ubatan yang mungkin bertindak balas dengan goldenseal termasuklah:

Cyclosporine:

Goldenseal boleh menyebabkan tahap cyclosporine dalam badan menjadi terlalu tinggi.

Digoxin:

Goldenseal boleh meningkatkan tahap darah digoxin, ubat yang digunakan untuk merawat keadaan jantung. Ini boleh meningkatkan risiko kesan sampingan.

Tetracycline:

Satu kajian melaporkan bahawa berberine boleh menyebabkan antibiotik tetracycline tidak berfungsi.

Antikoagulan (penipis darah):

Goldenseal dan berberine boleh meningkatkan risiko pendarahan, terutama jika anda mengambil ubat penipis darah  termasuklah Warfarin (Coumadin), Plavix (Clopidogrel), Aspirin.

Ubat-ubatan lain:

Beberapa ubat kemoterapi atau beberapa ubat untuk merawat HIV termasuk Amitriptyline (Elavil), Cimetidine (Tagamet), Cisapride (Lovastatin (Mevacor), Metoprolol (Lopressor, Toprol XL), Olanzapine (Zyprexa), Ranitidine (Zantac), Sildenafil (Viagra) Tramadol (Ultram), Trazodone (Desyrel), Triazolam (Halcion).

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos biasa untuk goldenseal?

Dos yang disyorkan berbeza-beza dengan ketara:

Dos yang disyorkan adalah 250 mg hingga 1 g, 3 kali setiap hari; sesetengah pelabelan produk mencadangkan dos sebanyak 3,420 mg / hari.

Untuk akar dan rhizome goldenseal serbuk:

4-6g sehari dalam bentuk tablet atau kapsul kadangkala disyorkan.

Untuk ekstrak herba cecair:

Dos yang disyorkan ialah 2 mililiter (40 titis) dalam 2 auns air atau jus, 3-5 kali sehari.

Untuk goldenseal kegunaan luaran:

Tidak ada dos standard yang disyorkan, tetapi baca label produk goldenseal topikal untuk arahan.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Makanan tambahan herba tidak semestinya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan goldenseal?

Goldenseal boleh didapati dalam bentuk penyediaan berikut:

  • Goldenseal boleh didapati dalam tablet dan kapsul (mengandungi serbuk akar), ekstrak cecair, dan gliserit (ekstrak rendah alkohol).
  • Goldenseal sering digabungkan dengan echinacea.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Trombofilia: Pembekuan Darah yang Lebih Mudah daripada Biasa

    Tubuh mempunyai proses pembekuan semula jadi dalam darah (trombofilia) yang membantu menghentikan pendarahan jika anda mengalami kecederaan seperti luka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 08/07/2020 . 2 mins read

    Zakar Bengkok Boleh Kembali Lurus? Nak Tahu Mustahil Atau Tidak, Baca Ini!

    Anda mempunyai zakar bengkok dan berhasrat meluruskan ia semula? Jangan buat dulu, jom klik artikel ini untuk tahu ia boleh atau mustahil!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 08/07/2020 . 3 mins read

    Nak Bermesra Dengan Pasangan Tapi Takut Hamil? Ini 5 Aktiviti Seks Takkan Buat Wanita Mengandung

    Kepada wanita di luar sana yang mungkin keliru adakah anda boleh hamil dengan melakukan aktiviti hubungan seks yang tertentu, artikel ini akan bantu anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/07/2020 . 3 mins read

    Nak Jaga Miss V, Bukan Hanya Kena Cuci, Tapi Ini Ada 8 Tip Pastikan Faraj Sihat & Tak Berbau!

    Adakah anda pasti selama ini cara menjaga Miss V anda adalah betul? Sebenarnya, ada sains di sebalik cara anda cuci kemaluan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/07/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    anak mandi kolam

    Si Kecil Gemar Terjun Dalam Kolam Renang Mini? Awasinya, Ada 5 Bahaya Yang Menanti!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
    kencing kotor

    Anak Dapat Kencing Kotor Jika Berendam Dalam Buih Sabun, Betul Ke? Ada Lagi 8 Punca UTI Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
    penyakit hawar

    Terbaru! Lagi Wabak Hawar Bubonik Muncul Dari China, Punca Akibat Makan Daging Haiwan Marmot!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
    hidrosefalus

    Hidrosefalus: Kepala Besar Akibat Lebihan Cecair dalam Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 2 mins read