Gelsemium

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Kegunaan

Apakah kegunaan Gelsemium?

Gelsemium adalah sejenis tumbuhan. Ia juga disebut “Woodbine.”

Walaupun terdapat kebimbangan keselamatan yang serius, akar dan batang gelsemium dari bawah tanah (rizom) digunakan untuk membuat ubat.

Gelsemium digunakan sebagai ubat penahan sakit untuk sakit kepala migrain dan untuk kesakitan muka (Neuralgia Trigeminal) yang disebabkan oleh saraf muka tertentu. Ia juga digunakan untuk asma dan masalah pernafasan yang lain.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana gelsemium berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa gelsemium mengandungi bahan yang mungkin bertindak di dalam otak untuk mengurangkan kesakitan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Gelsemium?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam gelsemium atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Gelsemium selamat digunakan?

Gelsemium tidak selamat digunakan. Semua bahagian tumbuhan ini sangat beracun.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Adalah tidak selamat untuk sesiapa sahaja menggunakan gelsemium, tetapi sesetengah orang mempunyai alasan yang lebih kuat untuk tidak menggunakannya, iaitu:

Kanak-kanak: Jangan berikan gelsemium kepada kanak-kanak. Ia boleh meracuni mereka, walaupun dalam jumlah yang sangat kecil.

Kehamilan dan menyusukan bayi:  Adalah tidak selamat untuk menggunakan gelsemium. Ia sangat beracun.

Penyakit jantung dan lemah: Gelsemium amat berbahaya jika anda mempunyai masalah jantung.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Gelsemium?

Walaupun hanya dalam jumlah yang kecil, gelsemium boleh menyebabkan ketoksikan serius, termasuk kematian. Gejala keracunan termasuk sakit kepala, masalah penglihatan, kesukaran menelan, pening, masalah otot, kejang, masalah pernafasan, memperlahankan jantung, dan lain-lain.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Gelsemium?

Gelsemium mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Gelsemium yang biasa digunakan?

Dos untuk gelsemium mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Gelsemium?

Gelsemium boleh didapati dalam bentuk  produk ubat homeopati:

  • Gelsemium cecair 30cc.
  • Tablet Gelsemium.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Artikel yang Sama
Inai
Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z
Inai