backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Cendawan Shiitake

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Cendawan Shiitake?

Cendawan shiitake adalah sejenis kulat. Ekstrak yang dibuat daripada cendawan ini biasa digunakan sebagai ubat.

Cendawan shiitake biasanya digunakan untuk:

  • Meningkatkan sistem imun
  • Menurunkan tahap kolesterol darah
  • Merawat kanser prostat
  • Sebagai agen anti-penuaan

Cendawan shiitake juga boleh dimakan dalam hidangan makanan biasa.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana cendawan shiitake ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa cendawan shiitake mengandungi bahan kimia yang boleh membantu menurunkan tahap kolesterol. Ia juga mengandungi sejumlah kecil bahan kimia yang seolah-olah menghalang tumor daripada menjadi lebih besar.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Cendawan Shiitake?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada tumbuhan cendawan shiitake atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Cendawan Shiitake selamat digunakan?

Cendawan shiitake didapati mungkin selamat apabila dimakan oleh mulut dalam jumlah makanan, namun mungkin tidak selamat untuk diambil melalui mulut dalam jumlah yang diguna dalam ubatan.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa bahan cendawan shiitake adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.

“Penyakit-penyakit auto-imun’ seperti sklerosis berbilang (MS), lupus (lupus eritematosus sistemik – SLE), artritis reumatoid (RA), atau penyakit lain: cendawan shiitake boleh menyebabkan sistem imun menjadi lebih aktif. Ini akan meningkatkan simptom penyakit auto-imun. Jika anda mempunyai salah satu daripada penyakit-penyakit ini, sebaiknya elakkanlah penggunaan cendawan shiitake.

Eosinofilia: Jangan gunakan cendawan shiitake jika anda mempunyai keadaan ini. Ia mungkin membuatkan eosinofilia bertambah buruk.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Cendawan Shiitake?

Cendawan shiitake didapati boleh menyebabkan:

  • Ketidakselesaan perut
  • Keabnormalan darah
  • Bengkak kulit (keradangan)
  • Peningkatan sensitiviti kepada matahari
  • Reaksi alahan kulit
  • Masalah pernafasan
  • Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

    Tindak balas

    Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Cendawan Shiitake?

    Cendawan Shiitake mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

    Penggunaan /Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

    Apakah dos Cendawan Shiitake yang biasa digunakan?

    Dos untuk produk cendawan shiitake ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

    Apakah bentuk penyediaan Cendawan Shiitake?

    Produk cendawan shiitake ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

    • Kapsul
    • Serbuk
    • Ekstrak Cecair

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan