Cat’s Foot

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Cat’s Foot?

Cat’s Foot adalah sejenis tumbuhan. Bunganya sama ada yang segar ataupun kering digunakan untuk membuat ubat.

Orang biasanya mengambil bahan tumbuhan ini untuk merawat penyakit usus dan penahanan air.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa Cat’s Foot mungkin melegakan kekejangan usus dan meningkatkan aliran hempedu.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Cat’s Foot?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok Cat’s Foot atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Cat’s Foot selamat digunakan?

Tidak ada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui jika bahan tumbuhan ini adalah betul-betul selamat untuk digunakan.

Peringatan dan amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan bayi: Belum cukup maklumat diketahui tentang penggunaan Cat’s Foot   semasa hamil dan menyusukan bayi. Ambillah jalan selamat dan elakkan dari penggunaannya.

Alergi terhadap ragweed, bunga Daisi, dan tumbuhan yang berkaitan: Cat’s Foot boleh menyebabkan reaksi alahan pada orang yang sensitif terhadap keluarga spesis tumbuhan Asteraceae / Compositae. Antaranya termasuklah ragweed, bunga kekwa, bunga marigold, bunga daisi, dan banyak lagi. Jika anda mempunyai alergi, pastikan anda menyemak dengan penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil bahan Cat’s Foot.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Cat’s Foot?

Semua ubat boleh menyebabkan kesan sampingan, namun banyak orang tidak mempunyai, atau kesan sampingan yang kecil. Sila rujuk dengan doktor anda jika mana-mana kesan sampingan yang paling biasa ini berterusan atau mengganggu kualiti hidup anda:

  • Cirit-birit.
  • Pening.
  • Keletihan.
  • Kelemahan

Dapatkan segera rawatan perubatan jika terdapat kesan sampingan yang teruk:

  • Reaksi alergi yang teruk (ruam, bintat urtikaria, gatal-gatal, kesukaran bernafas, kesempitan di dada, bengkak pada mulut, muka, bibir, atau lidah)
  • Pendarahan gusi
  • Darah dalam air kencing atau najis

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Cat’s Foot?

Cat’s Foot mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Cat’s Foot yang biasa digunakan?

Dos untuk produk herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Cat’s Foot?

Produk herba ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Kapsul ekstrak Cat’s Foot.
  • Teh Cat’s Foot.
  • Cecair ekstrak Cat’s Foot.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.