Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Caralluma fimbriata, juga dikenali sebagai caralluma, ialah sejenis pokok berair (kaktus) dari India.
Secara tradisionalnya, suku India mengunyah potongan caralluma fimbriata untuk mengelakkan dari lapar semasa memburu dalam tempoh yang lama. Pada hari ini, larutan yang mengandungi cecair yang diambil dari pokok ini (ekstrak) digunakan untuk mengurangkan selera makan bagi tujuan menurunkan berat badan. Ia juga digunakan untuk menghilangkan rasa dahaga dan meningkatkan ketahanan badan.
Di India, caralluma fimbriata dimasak sebagai sayur-sayuran.
Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Sebelum mengambil , sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:
Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Caralluma fimbriata dilihat selamat bagi kebanyakan orang apabila 500 mg ekstrak tersebut diambil 2 kali sehari selama sehingga 60 hari. Keselamatan jangka masa panjangnya tidak diketahui.
Hamil dan menyusukan bayi: Tiada maklumat mencukupi tentang penggunaan caralluma fimbriata semasa hamil dan menyusukan bayi. Ambil jalan selamat dan elakkan penggunaannya.
Caralluma fimbriata mungkin menyebabkan kesan sampingan ringan seperti parut meragam, gas di dalam usus dan sakit perut. Kesan sampingan ini kebiasaannya hilang selepas seminggu penggunaannya.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Caralluma Fimbriata mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.
Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan: Suplemen diet (Kapsul)
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen