Calotropis

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 3 mins read

Kegunaan

Apakah kegunaan Calotropis?

Calotropis adalah sejenis tumbuhan. Orang menggunakan kulit dan akar kulit kayunya untuk tujuan perubatan. Walaupun boleh membawa kepada masalah yang serius, ia masih digunakan untuk merawat:

  • Cirit-birit
  • Sembelit
  • Ulser perut
  • Sakit gigi
  • Kejang
  • Sakit sendi
  • Elefantiasis
  • Cacing
  • Sifilis
  • Bisul
  • Keradangan (bengkak)
  • Epilepsi
  • Histeria
  • Demam
  • Kekejangan otot
  • Ketuat
  • Kusta
  • Gout
  • Gigitan ular
  • Kanser

Dalam terapi penyedutan, asap dari kulit disedut untuk merawat batuk, asma dan yang membawa berpeluh.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian menunjukkan calotropis yang mengandungi bahan kimia, mungkin membantu menipiskan mukus dan membuatkan lebih mudah untuk batuk.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Calotropis?

Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba, jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini kerana, semasa anda sedang menunggu atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat-ubatan lain. Ini termasuk sebarang ubat-ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada calotropis atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai apa-apa penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai mana-mana jenis alahan, seperti makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen herba adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini harus mengatasi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Calotropis selamat digunakan?

Hamil dan menyusukan bayi:

Ia tidak selamat diambil semasa hamil dan menyusukan bayi.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Calotropis?

Calotropis tidak selamat, terutamanya dalam dos yang tinggi. Ia mengandungi bahan kimia yang boleh mengganggu fungsi jantung, terutamanya pada dos yang tinggi.

Ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuk muntah-muntah, cirit-birit, degupan jantung perlahan, sawan dan kematian.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Calotropis?

Produk yang boleh bertindak balas dengan herba ini, termasuk:

  • Digoxin (Lanoxin). Digoxin (Lanoxin) membantu jantung berdenyut lebih kuat. Calotropis juga seolah-olah memberi kesan kepada jantung. Mengambil calotropis bersama-sama dengan digoxin boleh meningkatkan kesan digoxin dan meningkatkan risiko kesan sampingan. Jangan ambil calotropis jika anda sedang mengambil digoxin (Lanoxin) tanpa berbincang dengan profesional penjagaan kesihatan anda.
  • Calotropis mungkin mempunyai kesan seperti pil air atau “diuretik.” Pengambilan calotropis mungkin mengurangkan kemampuan tubuh menghilangkan litium. Ini boleh meningkatkan litium dalam badan dan menyebabkan kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda sebelum menggunakan produk ini jika anda mengambil litium. Dos lithium anda mungkin perlu diubah.
  • Julap perangsang. Calotropis boleh memberi kesan kepada jantung. Hati menggunakan kalium. Julap yang digelar julap perangsang boleh mengurangkan tahap kalium dalam badan. Tahap kalium yang rendah boleh meningkatkan peluang kesan sampingan daripada calotropis.
  • Beberapa contoh julap perangsang termasuk bisacodyl (Correctol, Dulcolax), Cascara, minyak kastor (Purge), senna (Senokot), dan lain-lain.
  • Pil air (ubat diuretik). Calotropis mungkin memberi kesan kepada jantung. “Pil air” boleh mengurangkan kalium dalam badan. Tahap kalium rendah juga boleh memberi kesan kepada jantung dan meningkatkan risiko kesan sampingan daripada calotropis.
  • Beberapa “pil air” yang boleh mengurangkan kalium termasuk chlorothiazide (Diuril), chlorthalidone (Thalitone), furosemide (Lasix), hydrochlorothiazide (HCTZ, HydroDiuril, Microzide), dan lain-lain.

Calotropis mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Calotropis yang biasa digunakan?

Kulit akar, serbuk: Dos yang disyorkan ialah 0,5-1 g.

Kuasa bunga: Dos yang disyorkan ialah 1-2 g.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Calotropis?

Suplemen herba ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Ekstrak cecair
  • Serbuk
  • Perwarna

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Daun Sirih: Bermanfaat atau Tidak kepada Anda?

    Daun sirih pernah menjadi sebagai satu makanan wajib yang perlu ada di rumah-rumah masyarakat Malaysia terutamanya bagi orang-orang Melayu dan India

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 07/08/2019 . 8 minit bacaan

    Herba: Kawalan Kelahiran Yang Menakjubkan

    Walaupun sesetengah herba menggalakkan kesuburan, yang lain mungkin mempunyai kesan yang menghalangnya yang mana sesetengahnya menyebabkan kemandulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Ubat-ubatan yang Perlu Dielakkan Jika Anda Mempunyai Kanser Hati

    Salah satu fungsi utama hati adalah memecahkan bahan-bahan yang di ambil secara oral, termasuk ubat-ubatan, herba, dan makanan tambahan. Walau bagaimanapun, apabila hati rosak disebabkan oleh beberapa penyakit atau ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 08/04/2019 . 2 minit bacaan

    Herba yang Boleh Meningkatkan Tekanan Darah

    Tekanan darah adalah tekanan darah terhadap dinding arteri. Hipertensi adalah keadaan apabila tekanan darah kekal tinggi untuk tempoh masa tertentu, yang memaksa jantung bekerja lebih keras dan lebih cenderung mengalami ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pusat Kesihatan 22/03/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    teh bunga raya

    Pernah Dengar Teh Bunga Raya? Jika Belum, Ini Manfaat Yang Perlu Anda Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 13/11/2019 . 2 minit bacaan
    halba

    Halba dan Keistimewaannya yang Besar Terhadap Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/08/2019 . 8 minit bacaan
    jintan manis

    Jintan Manis dan Fungsinya yang Bukan Sekadar Rempah Dapur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/08/2019 . 8 minit bacaan
    manfaat ketumbar

    9 Manfaat Ketumbar Terhadap Kesihatan Yang Terbukti Secara Saintifik! #6 Mengejutkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/08/2019 . 3 minit bacaan