Calamus

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 mins read

Kegunaan

Apakah kegunaan Calamus?

Calamus adalah sejenis tumbuhan. Akarnya (rizom) digunakan untuk membuat ubat. Walaupun terdapat kebimbangan keselamatan, calamus digunakan untuk merawat:

  • Ulser
  • Keradangan lapisan perut (gastritis)
  • Gas usus (perut kembung)
  • Sakit perut
  • Kehilangan selera makan (anoreksia)
  • Berpeluh
  • Artritis reumatoid
  • Strok

Sesetengah orang mengunyah calamus untuk menghilangkan bau tembakau, sebagai perangsang, untuk meningkatkan rasa kesejahteraan mereka, dan sebagai halusinogen.

Sesetengah orang menyapu calamus terus pada kulit untuk merawat penyakit kulit tertentu.

Dalam makanan, calamus digunakan sebagai rempah ratus.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa bahan kimia dalam calamus menyebabkan relaksasi (pengenduran) otot dan sedasi.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Calamus?

Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam calamus atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Kawalan (regulasi) bagi suplemen herba kurang ketat daripada kawalan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Calamus selamat digunakan?

Kehamilan dan menyusu:

Calamus mungkin tidak selamat apabila diambil mulut semasa hamil atau menyusu. Elakkan penggunaan.

Pembedahan:

Calamus boleh menjejaskan sistem saraf pusat. Ia mungkin menyebabkan terlalu rasa terlalu mengantuk apabila digabungkan dengan ubat-ubatan yang digunakan semasa dan selepas pembedahan. Jika anda menggunakan calamus walaupun adanya kebimbangan keselamatan, hentikan penggunaannya sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum jadual pembedahan anda.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Calamus?

Calamus mungkin tidak selamat apabila diambil secara oral. Ia boleh menyebabkan kerosakan ginjal, menggigil dan sawan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Calamus?

Keadaan kesihatan ini boleh bertindak balas dengan herba ini, seperti:

  • Keadaan jantung. Calamus mungkin menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung. Secara teorinya, pengambilan calamus dalam kuantiti yang besar mungkin memburukkan lagi masalah jantung pada sesetengah orang yang mempunyai masalah jantung.
  • Tekanan darah rendah. Calamus mungkin menurunkan tekanan darah. Secara teorinya, mengambil calamus mungkin membuat tekanan darah menjadi terlalu rendah pada orang dengan masalah tekanan darah rendah.

Produk-produk yang boleh bertindak balas dengan herba ini, termasuk:

  • Ubat-ubatan untuk kemurungan (MAOIs). Calamus mengandungi bahan kimia yang menjejaskan tubuh. Bahan kimia ini mungkin meningkatkan kesan sampingan beberapa ubat yang digunakan untuk kemurungan. Ubat-ubatan ini termasuk phenelzine (Nardil), tranylcypromine (Parnate), dan lain-lain.
  • Ubat-ubatan sedatif (depresan CNS). Calamus mungkin menyebabkan rasa mengantuk. Ubat-ubatan yang menyebabkan rasa mengantuk dipanggil sedatif. Mengambil calamus bersama-sama dengan ubat penenang mungkin menyebabkan anda terlalu mengantuk. Beberapa ubat penenang termasuk clonazepam (Klonopin), lorazepam (Ativan), phenobarbital (Donnatal), zolpidem (Ambien), dan lain-lain.
  • Antasid digunakan untuk mengurangkan asid perut. Calamus boleh meningkatkan asid perut. Dengan meningkatkan asid perut, calamus dapat mengurangkan keberkesanan antasid. Sesetengah antasid termasuk kalsium karbonat (Tums, yang lain), dihydroxyaluminum natrium karbonat (Rolaids, yang lain), magaldrate (Riopan), magnesium sulfat (Bilagog), aluminium hidroksida (Amphojel), dan lain-lain.
  • Ubat-ubatan yang mengurangkan asid perut (H2-Blockers). Calamus mungkin meningkatkan asid perut. Dengan meningkatkan asid perut, calamus dapat mengurangkan keberkesanan beberapa ubat yang mengurangkan asid perut, dipanggil H2-Blockers. Beberapa ubat yang mengurangkan asid perut termasuklah cimetidine (Tagamet), ranitidine (Zantac), nizatidine (Axid), dan famotidine (Pepcid).
  • Ubat yang mengurangkan asid perut (perencat pam Proton). Calamus mungkin meningkatkan asid perut. Dengan meningkatkan asid perut, calamus mungkin mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan yang digunakan untuk mengurangkan asid perut, dipanggil perencat pam proton. Beberapa ubat yang mengurangkan asid perut termasuk omeprazole (Prilosec), lansoprazole (Prevacid), rabeprazole (Aciphex), pantoprazole (Protonix), dan esomeprazole (Nexium)

Calamus mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Calamus yang biasa digunakan?

Dos untuk calamus mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Calamus?

Suplemen herba ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Ekstrak cecair
  • Serbuk
  • Tinktur (ubat yang dilarutkan dalam alkohol)
  • Gula Gula Getah

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Daun Sirih: Bermanfaat atau Tidak kepada Anda?

    Daun sirih pernah menjadi sebagai satu makanan wajib yang perlu ada di rumah-rumah masyarakat Malaysia terutamanya bagi orang-orang Melayu dan India

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 07/08/2019 . 8 mins read

    Herba: Kawalan Kelahiran Yang Menakjubkan

    Walaupun sesetengah herba menggalakkan kesuburan, yang lain mungkin mempunyai kesan yang menghalangnya yang mana sesetengahnya menyebabkan kemandulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Ubat-ubatan yang Perlu Dielakkan Jika Anda Mempunyai Kanser Hati

    Salah satu fungsi utama hati adalah memecahkan bahan-bahan yang di ambil secara oral, termasuk ubat-ubatan, herba, dan makanan tambahan. Walau bagaimanapun, apabila hati rosak disebabkan oleh beberapa penyakit atau ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 08/04/2019 . 2 mins read

    Herba yang Boleh Meningkatkan Tekanan Darah

    Tekanan darah adalah tekanan darah terhadap dinding arteri. Hipertensi adalah keadaan apabila tekanan darah kekal tinggi untuk tempoh masa tertentu, yang memaksa jantung bekerja lebih keras dan lebih cenderung mengalami ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Artikel lain untuk anda

    teh bunga raya

    Pernah Dengar Teh Bunga Raya? Jika Belum, Ini Manfaat Yang Perlu Anda Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 13/11/2019 . 2 mins read
    Halba dan Keistimewaannya yang Besar Terhadap Kesihatan

    Halba dan Keistimewaannya yang Besar Terhadap Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/08/2019 . 3 mins read
    jintan manis

    Jintan Manis dan Fungsinya yang Bukan Sekadar Rempah Dapur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/08/2019 . 8 mins read
    manfaat ketumbar

    9 Manfaat Ketumbar Terhadap Kesihatan Yang Terbukti Secara Saintifik! #6 Mengejutkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/08/2019 . 3 mins read