Buttercup

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 1 minit bacaan

Kegunaan

Apakah kegunaan Buttercup?

Buttercup adalah sejenis tumbuhan. Bahagian-bahagian tumbuhan ini yang tumbuh di atas tanah dikeringkan dan digunakan sebagai ubat. Buttercup digunakan untuk merawat:

  • Artritis
  • Kesakitan saraf
  • Lepuh
  • Masalah kulit (kronik) yang berterusan
  • Bronkitis

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tentang bagaimana herba ini berfungsi masih belum mencukupi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa buttercup mengandungi toksin, yang sangat merengsakan kulit dan lapisan mulut, perut, dan usus.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Buttercup?

Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam buttercup atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Kawalan (regulasi) bagi suplemen herba kurang ketat daripada kawalan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Buttercup selamat digunakan?

Kehamilan dan menyusu:

Adalah tidak selamat untuk menggunakan buttercup segar, terutamanya jika anda mengandung. Buttercup mungkin menyebabkan rahim mengalami kontraksi dan ini boleh menyebabkan keguguran. Tidak ada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui sama ada herba ini selamat menggunakan buttercup yang telah dikeringkan. Sebagai langkah keselamatan, elakkan pengambilannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Buttercup?

Buttercup segar adalah tidak selamat. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti berikut:

  • Kerengsaan teruk pada saluran pencernaan, dengan kembung dan cirit-birit
  • Kerengsaan pundi kencing
  • Saluran kencing
  • Lepuh dan luka bakar
  • Selaran matahari

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Buttercup?

Keadaan kesihatan ini boleh bertindakbalas dengan herba ini, seperti:

  • Masalah buah pinggang
  • Masalah hati
  • Masalah jantung

Buttercup mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Buttercup yang biasa digunakan?

Cecair untuk kegunaan oral

Dewasa, orang tua dan kanak-kanak berumur 12 tahun mengambil 5 hingga 10 ml 3 hingga 4 kali setiap hari.

Dos yang diambil tidak boleh melebihi daripada 4 dos dalam setiap tempoh 24 jam.

Dos untuk buttercup mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat diambil. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Buttercup?

Buttercup boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Larutan oral
  • Serbuk
  • Sirap

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini 4 Sebab Kenapa Anda WAJIB Ada Sekurang-Kurangnya Satu Indoor Plant Di Rumah!

    Biasa kita melihat tanaman di luar rumah. Namun kini, semakin ramai yang meletakkan tanaman rumah. Adakah ia memberikan fungsi terapi hijau?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 08/10/2019 . 2 minit bacaan

    Jagung : Adakah ‘Popcorn’ Boleh Menyebabkan Kanser?

    Jagung sangat enak untuk dimakan. Pun begitu, ada beberapa risiko yang diperkatakan mengenainya. Sila ikuti artikel ini untuk mengetahuinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/08/2019 . 8 minit bacaan

    Halba dan Keistimewaannya yang Besar Terhadap Kesihatan

    Halba boleh dimakan atau digunakan dengan dijadikan pes yang digunakan keatas permukaan kulit untuk membantu menyembuhkan keradangan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/08/2019 . 8 minit bacaan

    Jintan Manis dan Fungsinya yang Bukan Sekadar Rempah Dapur

    Manfaat daripada kedua-dua bebawang dan biji jintan manis adalah disebabkan oleh antioksidan dan sebatian tumbuhan yang kuat yang dimilikinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 09/08/2019 . 8 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pokok lidah jin

    ALAMAK! Pusat Racun Negara Dedahkan Pokok Lidah Jin @ Lidah Mentua Beracun?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/06/2020 . 3 minit bacaan
    meletakkan-pokok-di-meja-kerja

    Kenapa Anda Perlu Meletakkan Pokok Di Meja Kerja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2020 . 4 minit bacaan
    teh bunga raya

    Pernah Dengar Teh Bunga Raya? Jika Belum, Ini Manfaat Yang Perlu Anda Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 13/11/2019 . 2 minit bacaan
    tanaman hiasan dalam rumah

    Tanaman Dalam Rumah TIDAK TAPIS Udara Seperti Yang Kita Sangka! – Kajian

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 12/11/2019 . 2 minit bacaan