Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Butcher’s broom adalah sejenis tumbuhan. Akarnya digunakan untuk menghasilkan ubat.
Butcher’s broom digunakan untuk:
Butcher’s broom juga digunakan sebagai laksatif (julap), sebagai diuretik untuk meningkatkan pengeluaran air kencing, mengurangkan bengkak, dan mempercepatkan penyembuhan tulang yang patah.
Dalam sesetengah budaya, akarnya juga dimakan dengan cara yang sama seperti asparagus.
Kajian tentang bagaimana Butcher’s broom berfungsi masih belum mencukupi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa bahan kimia dalam Butcher’s broom boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit atau mencerut. Butcher’s broom boleh meningkatkan peredaran darah di kaki dengan menghalang darah dari “berkumpul’ di dalam urat.
Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:
Kawalan (regulasi) bagi suplemen herba kurang ketat daripada kawalan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Butcher’s broom mungkin selamat untuk kebanyakan orang apabila diambil secara oral sehingga 3 bulan.
Kehamilan dan penyusuan bayi: Tidak ada maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan pengambilan Butcher’s broom jika anda hamil atau menyusukan anak. Sebagai langkah keselamatan, elakkan pengambilannya.
Butcher’s broom boleh menyebabkan sakit perut dan mual.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Produk yang boleh bertindak balas dengan Butcher’s broom termasuk:
Butcher’s broom boleh mempercepatkan sistem saraf, meningkatkan tekanan darah, dan membuat jantung berdenyut dengan cepat. Dengan meningkatkan tekanan darah, Butcher’s broom dapat mengurangkan keberkesanan beberapa ubat yang digunakan untuk tekanan darah tinggi.
Beberapa ubat yang digunakan untuk tekanan darah tinggi termasuk doxazosin (Cardura), terazosin (Hytrin), dan lain-lain.
Butcher’s broom boleh mempercepatkan sistem saraf, meningkatkan tekanan darah, dan membuat jantung berdenyut dengan cepat. Ubat-ubatan perangsang juga boleh mempercepatkan sistem saraf, meningkatkan tekanan darah, dan membuat jantung berdenyut dengan cepat. Mengambil Butcher’s broom dengan ubat-ubatan perangsang mungkin menyebabkan terlalu banyak rangsangan. Ini mungkin membuat tekanan darah menjadi terlalu tinggi atau denyutan jantung terlalu laju.
Antara ubat-ubat perangsang termasuk pseudoephedrine (Sudafed, yang lain), ephedrine, phenylpropanolamine, dan lain-lain.
Butcher’s Broom mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:
Secara oral
Untuk melegakan simptom peredaran yang lemah (kekurangan vena kronik): 150 mg ekstrak akar butcher’s broom, digabungkan dengan 150 mg hesperidin dan 100 mg asid askorbik dua kali sehari.
Dos untuk butcher’s broom mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat diambil. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Butcher’s broom boleh didapati dalam bentuk dos berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen