backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Buah Pinang

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Buah Pinang?

Buah pinang adalah adalah kekacang dari pokok pinang. Ia boleh digunakan sebagai ubat. Buah pinang boleh dikunyah begitu sahaja atau diambil dalam bentuk sugi (quids), campuran  tembakau, serbuk atau potongan buah pinang, dan kapur mati dibalut di dalam daun sirih.

Buah pinang digunakan untuk merawat skizofrenia dan glaukoma; sebagai perangsang yang  sederhana; dan membantu penghadaman.

Sesetengah orang menggunakan buah pinang sebagai ubat rekreasi kerana ia mempercepatkan sistem saraf tunjang.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana buah pinang bertindak. Sila berunding dengan pakar herba dan doktor anda untuk maklumat lanjut. Namun ada yang mengatakan bahawa buah pinang menjejaskan bahan kimia di dalam otak dan bahagian-bahagian lain dalam sistem saraf tunjang.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Buah Pinang?

Sila berunding dengan doktor dan ahli farmasi anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusukan anak kerana wanita yang mengandung dan menyusu badan hanya boleh mengambil ubat-ubatan yang dicadangkan oleh doktor
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain termasuklah ubat yang boleh diambil tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan kepada mana-mana bahan betaina hidroklorida, ubat-ubatan atau bahan herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan kepada sebarang makanan, pewarna, bahan pengawet dan haiwan.  
  • Kawalan untuk herba tidaklah seketat kawalan dadah yang digunakan sebagai ubat. Lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk memastikan ia selamat digunakan. Manfaat yang diberikan oleh herba ini hendaklah mengatasi risiko penggunaanya. Sila berunding dengan doktor dan ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

    Adakah Buah Pinang selamat digunakan?

    Masih banyak yang tidak diketahui mengenai keselamatan pengambilan buah pinang melalui mulut dalam jangka masa pendek. Namun, pengambilan buah pinang melalui mulut dalam jangka masa panjang atau mengambilnya dengan dos yang tinggi adalah tidak selamat. Beberapa bahan kimia di dalam buah pinang terkait dengan kanser, dan sebahagiannya beracun.

    Langkah penjagaan khusus

    Kehamilan dan menyusu badan; mengambil buah pinang melalui mulut adalah tidak selamat untuk sesiapa pun, kerana kaitannya dengan kanser dan ketoksikannya. Inikan pula wanita mengandung dan menyusu badan. Mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi. Buah pinang boleh menjejaskan sistem saraf tunjang dan ini boleh membahayakan  kandungan. Bahan kimia didalamnya pula boleh meresap masuk ke dalam susu badan dan membahayakan bayi yang disusui. Berhati-hatilah dan elakkan penggunaan buah pinang sekiranya anda mengandung dan menyusukan bayi.

    Asma: Buah pinang boleh membuatkan asma semakin teruk

    Memperlahankan kadar denyutan jantung (bradikardia); Buah pinang boleh memperlahankan degupan jantung . Ini bolehmenjadi satu masalah bagi orang yang sememangnya suda ada degupan jantung yang perlahan.

    Saluran gastrousus tersumbat;  buah pinang menyebabkan kesesakan dalam usus. Ini akan mendatangkan masalah kepada orang yang sememangya mempunyai usus tersumbat.

    Ulser: Buah pinang boleh meningkatkan rembesan dalam perut dan usus. Hal ini dibimbangi boleh menerukkan lagi ulser.

    Keadaan paru-paru; Buah pinang boleh meningkatkan rembesan cecair di dalam paru-paru. Dibimbangi hal ini akan membuatkan lagi keadaan paru-paru yang lebih teruk seperti asma dan emfisema.

    Sawan; Ia berkemungkinan meningkatkan risiko sawan.

    Saluran kencing tersumbat; Buah pinang boleh meningkatkan rembesan di dalam saluran kencing. Dibimbangi, hal ini akan membuatkan saluran tersumbat.

    Kesan Sampingan

    Apakah kesan sampingan pengambilan Buah Pinang?

    Memakan 8-30 gram buah pinang boleh menyebabkan kematian. Mengunyah buah pinang boleh membuatkan mulut , bibir dan najis anda bertukar menjadi warna merah. Ia boleh memberi kesan rangsangan sama seperti penggunaan kafein dan tembakau. Ia juga boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk termasuklah muntah, cirit birit, masalah gusi, air liur bertambah, sakit dada, degupan jantung yang luar biasa, tekanan darah rendah, kesesakan nafas dan pernafasan laju , serangan jantung, koma dan kematian.

    Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

    Tindak balas

    Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Buah Pinang?

    Produk yang boleh memberi tindak balas kepada buahpinang termasuklah:

    • Dadah antikolinergik

    Buah pinang mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan otak dan jantung. Sebahagian ubat pengeringan (antikolinergik) juga boleh menjejaskan otak dan jantung, tetapi buah pinang bertindak dengan cara yang berlainan daripada antikolinergik. Buah pinang boleh mengurangkan kesan pengeringan ubat kolinergik.

    Sebahagian ubat pengeringan ini termasuklah atropine, scopolamine dan sebahagian ubat yang digunakan untuk alahan (antihistamin) dan kemurungan (antidepressant)

    • Procyclidine

    Proclydine boleh menjejaskan bahan kimia di dalam tubuh. Buah pinang juga turut sama menjejaskan bahan kimia di dalam tubuh tetapi buah pinang mempunyai kesan yang bertentangan dengan procyclidine. Mengambil buah pinang bersama dengan procyclidine boleh mengurangkan keberkesanan procyclidine.

    • Dadah kolinergik

    Buah pinang boleh menjejaskan bahan kimia di dalam tubuh. Bahan kimia ini serupa dengan sebahagian ubat yang digunakan untuk glaukoma, penyakit Alzheimer, dan kondisi lain. Mengambil buah pinang dengan ubat-ubatan ini meningkatkan lagi risiko kesan sampingan.

    Antara ubat yang digunakan untuk glaukoma, penyakit Alzheimer, dan kondisi lain termasuklah pilocarpine (Pilocar dan lain-lain), donepezil (Aricept), tacrine (Cognex) dan lain-lain

    Buah Pinang mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

    Penggunaan /Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

    Apakah dos Buah Pinang yang biasa digunakan?

    Dos buah pinang yang diambil berlainan untuk setiap pesakit. Ia bergantung kepada umur, kesihatan,  dan beberapa kondisi lain. Herba tidak selalunya selamat digunakan. Silalah berunding dengan doktor dan ahli herba anda untuk mendapatkan dos yang sesuai.

    Apakah bentuk penyediaan Buah Pinang?

    Buah pinang boleh didapati dalam bentuk yang berikut

    • Buah pinang segar dan kering
    • Kapsul ekstrak buah pinang
    • Tinktur buah pinang

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan