Blue Cohosh

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan

Kegunaan

Apakah kegunaan blue cohosh?

Blue cohosh adalah sejenis tumbuhan. Akarnya digunakan sebagai ubat.

Blue cohosh digunakan untuk:

  • Proses beranak dan haid
  • Sembelit
  • Kejang perut
  • Sakit tekak
  • Sedu
  • Sawan

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana blue cohosh berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, blue cohosh mungkin mempunyai kesan yang sama dengan hormon estrogen. Ia juga boleh mengecilkan saluran yang membawa darah ke jantung yang dapat mengurangkan oksigen di dalam jantung.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil blue cohosh?

Sebelum mengambil blue cohosh, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap blue cohosh atau ubat atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap herba adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat daripada pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah blue cohosh selamat?

Blue cohosh mungkin tidak selamat untuk orang dewasa apabila diambil secara oral.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Hamil dan menyusu badan. Ia mungkin tidak selamat untuk mengambil blue cohosh secara oral ketika hamil. Sesetengah bahan kimia dalam blue cohosh boleh menyebabkan kecacatan kelahiran. Apabila diambil oleh ibu lewat kehamilan, blue cohosh boleh menyebabkan masalah jantung yang teruk pada bayi yang baru dilahirkan, dan juga boleh menjadi toksik kepada ibu.

Ramai bidan masih menggunakan blue cohosh  untuk membuat memudahkan proses kelahiran, kerana blue cohosh menyebabkan rahim meregang. Tetapi ini adalah amalan yang berbahaya, dan ia harus dielakkan.

Keadaan jantung: Terdapat kebimbangan bahawa blue cohosh mungkin membuat keadaan jantung tertentu seperti sakit dada (angina) dan tekanan darah tinggi yang lebih buruk. Terdapat bukti bahawa blue cohosh boleh menyebabkan saluran darah di dalam jantung menjadi lebih kecil dan mengurangkan aliran oksigen ke jantung. Ia juga boleh meningkatkan tekanan darah. Jangan gunakan blue cohosh jika anda mempunyai masalah jantung.

Kencing manis: Terdapat kebimbangan bahawa blue cohosh mungkin membuat kencing manis menjadi lebih teruk. Ia boleh meningkatkan kadar gula dalam darah bagi sesetengah individu yang menghidap kencing manis.

Cirit-birit: Blue cohosh mungkin membuat simptom cirit-birit semakin teruk.

Keadaan sensitif-hormon seperti kanser payudara, kanser rahim, kanser ovari, endometriosis, atau fibroid rahim: Blue cohosh mungkin bertindak seperti estrogen. Jika anda mempunyai keadaan yang mungkin menjadi lebih buruk dengan pendedahan kepada estrogen,elakkan penggunaannya.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan blue cohosh?

Blue cohosh boleh menyebabkan cirit-birit, kekejangan perut, sakit dada, peningkatan tekanan darah, peningkatan gula dalam darah, dan kesan sampingan lain yang teruk.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan blue cohosh?

Blue cohosh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau pakar herba sebelum mengambilnya.

Produk yang boleh bertindak balas dengan blue cohosh termasuklah:

  • Ubat kencing manis (ubat antidiabetes)

Blue cohosh mungkin meningkatkan gula darah. Ubat diabetes digunakan untuk menurunkan gula dalam darah. Dengan meningkatkan gula darah, blue cohosh mungkin mengurangkan keberkesanan ubat kencing manis. Pantau gula dalam darah dengan teliti. Dos ubat kencing manis anda mungkin perlu berubah.

Beberapa ubat yang digunakan untuk kencing manis termasuklah glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase), dan lain-lain.

  • Ubat untuk tekanan darah tinggi (ubat antihipertensi)

Blue cohosh nampaknya meningkatkan tekanan darah. Dengan meningkatkan tekanan darah, Blue cohosh mungkin mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan untuk tekanan darah tinggi.

Beberapa ubat untuk tekanan darah tinggi termasuklah captopril (Capoten), enalapril (Vasotec), losartan (Cozaar), valsartan (Diovan), diltiazem (Cardizem), amlodipine (Norvasc), hydrochlorothiazide (HydroDiuril), furosemide (Lasix), dan lain-lain.

  • Nikotin

Blue cohosh mengandungi bahan kimia yang berfungsi sama dengan nikotin. Pengambilan blue cohosh dengan nikotin boleh meningkatkan kesan dan kesan sampingan nikotin.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang biasa bagi blue cohosh?

Dos untuk blue cohosh mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan blue cohosh?

Blue cohosh boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Kapsul
  • Ekstrak akar kering

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    “Saya Positif Hepatitis B, Bolehkah Berkahwin?” Sebelum Teruskan, Baca Ini Dulu!

    Umum sudah tahu bahawa hepatitis b adalah penyakit yang berbahaya. Persoalannya, bolehkah penderita berkahwin? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Nampak Sama Tapi Sebenarnya Lain! Ini Perbezaan Antara Limfoma Dan Leukemia!

    Leukemia dan limfoma kedua-duanya merupakan sejenis kanser darah. Namun, penyebab dan faktor risiko leukemia dan limfoma amat berbeza.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Periksa Kanser Testis Di Rumah? Kaum Adam Boleh Check Guna Kit Ujian Kehamilan, Tapi…

    Mungkin ramai tak tahu bahawa lelaki boleh mendapat keputusan positif ujian kehamilan jika ada kanser testis (telur zakar). Namun, adakah ia tepat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Darah Haid Banyak Lepas Guna Suntikan Elak Hamil? Ini 15 Kesan Sampingan Jika Suntik Depo

    Suntikan depo provera lazim digunakan bagi mengelakkan kehamilan daripada berlaku. Seperti ubat lain, ia turut mempunyai kesan sampingan seperti...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    prosedur pap smear

    Ujian Pap Smear Untuk Kesan Kanser Serviks, Tapi Boleh Juga Ke Wanita Nak Check Kanser Ovari?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan
    cara menghilangkan sawan

    Bimbang Anak Tiba-Tiba Kena Sawan Demam, Ketahui Tindakan Yang Boleh Anda Buat

    Ditulis oleh Dr. Wazir Aiman
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    ujian sperma

    Cik Abang Ada Masalah Sperma? Teknik Pembedahan Ini Mungkin Solusi Yang Anda Cari!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit endometriosis

    Risau Kakak Masih Belum Hamil Sebab Endometriosis, Ibu Pun Pernah Alaminya, Ini Penyakit KETURUNAN?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan