Bloodroot

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 3 minit bacaan

Kegunaan

Apakah kegunaan Bloodroot?

Bloodroot adalah sejenis tumbuhan. Orang biasanya menggunakan bahagian batang pokoknya iaitu di bawah tanah (rizom) untuk membuat ubat.

Bloodroot biasanya digunakan untuk:

  • Menyebabkan muntah.
  • Mengosongkan perut.
  • Mengurangkan kesakitan gigi.
  • Merawat jangkitan krup (croup), kegarauan / keserakan  (laringitis), sakit tekak (faringitis), peredaran darah yang lemah di dalam saluran darah permukaan, polip hidung, sakit sendi dan otot (reumatik), kutil / ketuat, dan demam.
  • Membuang tisu mati dan membantu penyembuhan (apabila digunakan terus ke kawasan kulit sekitar luka).
  • Mengurangkan pembentukan plak pada gigi.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa Bloodroot mengandungi bahan kimia yang mungkin membantu melawan bakteria, keradangan, dan plak.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Bloodroot?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada bloodroot atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Bloodroot selamat digunakan?

Bloodroot mungkin selamat untuk kebanyakan orang apabila diambil melalui mulut, pada jangka masa yang pendek. Penggunaan untuk jangka panjang melalui mulut dalam jumlah yang tinggi mungkin tidak selamat.

Tambahan pula, bloodroot mungkin tidak selamat apabila digunakan sebagai ubat gigi dan ubat kumur. Ia boleh meningkatkan risiko pembentukan tompok putih di bahagian dalam mulut.

Peringatan dan amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan anak: Bloodroot mungkin tidak selamat apabila diambil melalui mulut semasa hamil dan semasa menyusukan anak.

Masalah perut atau usus seperti apa-apa jangkitan, penyakit Crohn, atau keadaan keradangan yang lain: Bloodroot boleh menyebabkan kerengsaan saluran pencernaan. Jangan gunakannya jika anda mempunyai sebarang penyakit ini.

Penyakit mata yang dikenali sebagai glaukoma: Bloodroot mungkin akan menjejaskan rawatan glaukoma. Sekiranya anda mempunyai glaukoma, jangan gunakan ubat herba ini kecuali jika pakar kesihatan mengesyorkannya dan memantau kesihatan mata anda.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Bloodroot?

Kesan sampingan termasuklah:

  • Loya.
  • Muntah.
  • Mengantuk.
  • Rasa terhuyung-hayang.
  • Ruam kulit (jika anda menyentuh pokoknya yang masih segar).
  • Kerengsaan mata (jika ia bersentuhan dengan mata anda).

Pada dos yang tinggi, Bloodroot boleh menyebabkan tekanan darah rendah, kejutan, koma, dan penyakit mata yang dipanggil glaukoma.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Bloodroot?

Bloodroot mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Bloodroot yang biasa digunakan?

Dos untuk produk Bloodroot ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang wajar diambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Bloodroot?

Produk Bloodroot ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Ekstrak cecair.
  • Suplemen makanan (kapsul).
  • Tinktur.
  • Serbuk.
  • Salap.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Adakah Anda Berbadan Dua? Kenal Pasti Tanda-Tanda Mengandung Ini

    Bagaimana untuk mengetahui sama ada anda berbadan dua atau tidak? Berikut dikongsikan 12 tanda tanda mengandung untuk anda semak. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 30/06/2019 . 3 minit bacaan

    Muntah

    Kenali apa itu Muntah. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Fariha Zakaria
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 30/05/2018 . 3 minit bacaan

    Dramamine

    Kenali apa itu Dramamine . Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z 27/05/2018 . 5 minit bacaan

    Dramamine for Kids

    Kenali apa itu Dramamine for Kids . Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z 27/05/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Hiperemesis gravidarum

    Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 minit bacaan
    elakkan-5-perkara-cara-merawat-keracunan-makanan

    Alami Keracunan Makanan Bulan Puasa Ini? Ada 12 Benda Anda Perlu Ambil & Elak, Biar Cepat Sembuh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020 . 3 minit bacaan

    Excited Nak Tahu Hamil Ke Belum? Ini 10 Tanda Anda Hamil 1 Minggu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/02/2020 . 4 minit bacaan
    migrain

    Teruk Sangat Ke Migrain Sampai Kena Ambil MC?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/10/2019 . 2 minit bacaan