backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Biji Jarak (Castor Bean)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 12/09/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Biji Jarak (Castor Bean)?

Biji Jarak biasanya digunakan untuk kawalan kelahiran, sembelit, kusta, dan sifilis.

Pes Biji Jarak lazim digunakan pada kulit sebagai bahan tuam untuk beberapa keadaan perubatan, antaranya:

  • Gangguan keradangan kulit, bisul, atau pekung.
  • Gelembung jangkitan (abses).
  • Keradangan telinga tengah, dan sakit kepala migrain.

Minyak Jarak digunakan untuk tujuan berikut:

  • Merawat sembelit.
  • Memulakan kelahiran (bersalin) semasa hamil, dan menggalakkan aliran susu ibu.
  • Melembutkan kulit, bunion dan kematu; dan menghancurkan sista (cyst), ketumbuhan, dan ketuat.
  • Disapu pada kulit untuk osteoartritis.
  • Memasukkan minyak ke dalam faraj untuk kawalan kelahiran atau menyebabkan pengguguran.
  • Melegakan membran yang rengsa oleh habuk atau bahan lain.

Biji jarak boleh juga digunakan untuk kegunaan lain; sila rujuk doktor, ahli farmasi, atau pakar herba anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Biji Jarak (Castor Bean)?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan. Ini kerana jika anda sedang hamil atau ingin menyusukan bayi, anda hanya boleh ambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok / Biji Jarak atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi pemgambilan suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Biji Jarak (Castor Bean) selamat digunakan?

Kehamilan dan Penyusuan Bayi:

Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa biji jarak adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan tanpa nasihat daripada doktor atau pakar herba anda.

Kanak-kanak (di bawah 18 tahun):

Sila rujuk doktor sebelum memberikan minyak jarak kepada anak-anak. Penggunaan sekali-sekala pada kanak-kanak untuk sembelit secara umumnya adalah dielakkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Biji Jarak (Castor Bean)?

Menggunakan minyakJarak melalui mulut boleh menyebabkan kesan sampingan berikut:

  • Kekejangan abdomen.
  • Denyutan jantung yang tidak normal.
  • Alkalosis.
  • Mengantuk.
  • Anoreksia.
  • Sendawa.
  • Kerengsaan kolon.
  • Sembelit.
  • Cirit-birit.
  • Pening.
  • Pengsan.
  • Ketidakseimbangan cecair atau elektrolit.
  • Perut berangin.
  • Sakit kepala.
  • Pertambahan kesakitan akibat kekejangan haid.
  • Insomnia.
  • Kurang koordinasi.
  • Kebocoran cecair amnion ke dalam saluran darah bagi wanita hamil.
  • Tahap kalium rendah.
  • Kekejangan otot
  • Loya
  • Kerosakan saraf yang kekal.
  • Muntah-muntah.
  • Kelemahan.

Menggunakan minyak Jarak pada kulit pula boleh menyebabkan kesan sampingan berikut:

  • Kerengsaan kulit.
  • Rasa menyengat.
  • Ruam kulit.
  • Gatal-gatal
  • Bintat urtikaria.
  • Bengkak muka, bibir, atau lidah.
  • Pendarahan atau kemerahan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Biji Jarak (Castor Bean)?

Biji Jarak (Castor Bean) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Sesetengah produk yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini termasuk:

  • Ubat-ubatan, herba dan suplemen yang menjejaskan tekanan darah.
  • Ubat-ubatan, herba dan suplemen yang memberi kesan kepada sistem imun atau mengawal aktiviti p-glycoprotein.
  • Lain-lain ubat termasuk ubat anti-radang, ubat kawalan kelahiran, digoxin, diuretik (agen yang mengawal paras elektrolit), droperidol, julap, levomethadyl, ubat penahan sakit, dan silver sulfadiazin.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Biji Jarak (Castor Bean) yang biasa digunakan?

Dewasa (18 tahun ke atas):

Laluan Oral:

  • Dalam banyak keadaan: dos minyak jarak.15-60 mL.
  • Untuk pembersihan usus: satu dos sebanyak 30-80 mL, minyak jarak dengan air..
  • Untuk kolonoskopi: 60 mL minyak jarak telah diambil pada malam sebelum prosedur.
  • Untuk kawalan kelahiran: satu dos 2.3-2.5g biji jarak, dengan air, selepas 4-5 hari haid.
  • Mencetuskan kelahiran: satu dos 60 mL minyak jarak..

Laluan Topikal:

  • Untuk mengurangkan keradangan folikel bulu mata: letakkan minyak jarak di atas bulu mata dan kelopak mata, sekurang-kurangnya 3-4 kali setiap hari selama satu minggu.

Kanak-kanak (di bawah 18 tahun)

Laluan Oral:

  • Bagi kanak-kanak <2 tahun, dos 1.25-7.5mL minyak jarak.
  • Bagi kanak-kanak berumur 2-11 tahun, dos minyak jarak 5-15 mL
  • Bagi kanak-kanak> berusia 11 tahun, dos minyak jarak 15-60 mL

Laluan Topikal:

  • Untuk perut kembung pada bayi: urut minyak jarak panas pada perut.

Dos untuk produk herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Biji Jarak (Castor Bean)?

Produk herba ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Minyak jarak.
  • Biji Jarak/ Kacang Kastor.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 12/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan