Bael

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Bael?

Daun bael sangat berkesan untuk melawan jangkitan saluran GI serta gangguan yang berkaitan secara efektif. Bael melegakan dispepsia, sinusitis, selsema, gastritis, ketakcernaan, gangguan inflamatori usus, dan IBS.

Tambahan pula, ia mempunyai potensi untuk merawat kanser kulit dan gangguan berkaitan kulit yang lain.

Bael juga membantu untuk mengawal fungsi jantung, otot kardium dan sistem kardiovaskular dalam badan yang lain. Bael dapat melegakan palpitasi, kegemuruhan dan kerisauan dengan berkesan.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan:

  • Bael membantu melawan sembelit, disenteri, dan cirit birit. Ia juga menyediakan kelegaan daripada jangkitan dan demam disebabkan oleh jangkitan gastro-usus.
  • Bael mempunyai tindakan rangsangan terhadap metabolisma glukosa di dalam darah seseorang individu. Ia meningkatkan kebolehan untuk menggunakan glukosa dari luar dengan merangsang penggunaan glukosa oleh badan.
  • Bael membantu dalam menyahkan najis lama daripada badan dengan efektif.
  • Bael memberikan kesan kelegaan kepada keadaan peptik ulser yang sakit. Ia juga membantu dalam mengurangkan ketidakselesaan.
  • Bael bersifat karminatif dan stomakik. Ia bantu merawat sindrom inflamatori usus.
  • Bael bertindak sebagai pelawas najis dan memberi kelegaan kepada pelbagai keadaan inflamatori.
  • Daunnya kaya dengan tannin di mana ia membantu untuk mengatasi radang yang teruk dan juga membantu untuk menyembuhkan ulser dengan berkesan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Bael?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam bael atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan

Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatan. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Bael selamat digunakan?

Kehamilan dan menyusu badan:

Tiada maklumat lengkap mengenai penggunaan bael ketika hamil dan menyusu badan. Ambil langkah selamat dengan mengelak penggunaannya.

Pembedahan:

Terdapat kebimbangan di mana bael boleh menganggu kawalan gula dalam darah ketika dan selepas pembedahan. Berhenti menggunakan bael sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Bael?

Tiada maklumat lengkap bagi mengetahui sama ada bael selamat digunakan. Kuantiti yang banyak boleh menyebabkan sakit perut dan sembelit.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Bael?

Herba tambahan ini boleh bertindak balas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Bael boleh merendahkan paras gula dalam darah. Jika anda mempunyai diabetes dan mengambil ubat untuk merendahkan gula dalam darah, menambah bael boleh membuatkan gula dalam darah anda turun dengan terlalu rendah. Awasi gula dalam darah anda dengan hati-hati.

Bael mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Bael yang biasa digunakan?

Dos bagi herba tambahan ini berbeza bagi setiap orang. Ia berbeza bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor anda untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Bael?

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Tablet

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Polypodium Leucotomos

    KegunaanApakah kegunaan Polypodium Leucotomos? Polypodium leucotomos adalah sejenis paku-pakis dari Amerika Tengah. “Batang rayap” tumbuhan ini di bawah tanah (rizom) digunakan untuk ubat. Polypodium ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif

    Gajus

    KegunaanApakah kegunaan Gajus? Gajus digunakan untuk keadaan perubatan berikut: Gangguan gastrousus (cirit-birit).. Penyakit jantung koronari. Bahan Gajus boleh digunakan secara langsung pada kulit untuk merawat ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif

    Saccharomyces Boulardii

    KegunaanApakah kegunaan Saccharomyces Boulardii? Saccharomyces Boulardii ialah sejenis yis, yang merupakan jenis kulat. Saccharomyces Boulardii digunakan sebagai ubat. Saccharomyces Boulardii digunakan untuk merawat ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya

    Goutweed

    KegunaanApakah kegunaan Goutweed? Goutweed adalah sejenis tumbuhan. Orang menggunakan bahagian-bahagian yang tumbuh di atas tanah bagi dijadikan ubatan. Goutweed digunakan untuk penyakit reumatik yang merangkumi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela

    Artikel lain untuk anda

    pendarahan gastrousus

    Pendarahan Gastrousus

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/12/2019
    sindrom usus pendek

    Sindrom Usus Pendek, Menjejaskan Penyerapan Nutrien

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 11/03/2019
    Gastroparesis

    Gastroparesis: Gangguan Pencernaan Akibat Komplikasi Diabetis Mellitus

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 10/01/2019
    najis berdarah

    Keadaan Kesihatan Punca Najis Berdarah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 04/09/2018