Bacopa

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Kegunaan

Apakah kegunaan Bacopa?

Bacopa, juga dikenali sebagai brahmi, tumbuhan yang telah digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat India. Brahmi adalah tonik otak yang popular. Ia digunakan bagi menggalakkan kesihatan mental secara keseluruhan ketika  mengoptimumkan fungsi otak. Brahmi dipercayai untuk menyediakan faedah kesihatan berikut.

  • Penyakit Alzheimer
  • Memperbaiki memori
  • Keresahan
  • Gangguan defisit perhatian-hiperaktiviti (ADHD)
  • Keadaan alergik
  • Sindrom iritasi usus
  • Sebagai tonik am untuk melawan stress
  • Kognisi mental
  • Tumpuan
  • Penawar gila
  • Rawatan konvulsi
  • Rawatan kenyanyukan
  • Serangan epilepsi
  • Kesan sedatif (tidak melemahkan deria)

Ada juga mengambil brahmi untuk merawat sakit belakang, suara garau, penyakit mental, epilepsi, sakit sendi, dan masalah hubungan seksual bagi kedua-dua lelaki dan wanita.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan:

  • Brahmi boleh meningkatkan bahan kimia otak tertentu yang terlibat dalam proses berfikir, belajar, dan memori.
  • Beberapa kajian menyatakan bahawa ia boleh juga melindungi sel otak daripada bahan kimia yang terlibat dalam penyakit Alzheimer.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Bacopa?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam bacopa atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatan. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada ahli herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Bacopa selamat digunakan?

Bacopa adalah selamat digunakan secara keseluruhannya. Bacopa dikira selamat bagi kebanyakan orang dewasa jika diambil dengan dos yang dicadangkan dan untuk masa yang terhad (tidak lebih daripada 12 bulan).

Kanak-kanak:

Bacopa tidak disyorkan kepada kanak-kanak bawah usia 5 tahun.

Kehamilan dan menyusu badan:

Tiada kajian lengkap dibuat bagi menentukan sama ada ubat herba bacopa selamat digunakan ketika hamil dan menyusu badan. Lebih baik mengelak daripada menggunakannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Bacopa?

Kesan sampingan yang biasa berlaku apabila menggunakan bacopa ialah:

  • Pergerakan usus
  • Kekejangan perut
  • Mual
  • Mulut kering
  • Keletihan
  • Cirit birit

Ia boleh menyebabkan reaksi alahan apabila terkena kulit.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Bacopa?

Herba tambahan ini boleh bertindak balas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Terutamanya jika anda mempunyai keadaan kesihatan, seperti:

  • Penyakit jantung: Brahmi boleh memperlahankan degupan jantung. Ini boleh menjadi masalah kepada individu yang sudah mempunyai  kadar denyut jantung yang perlahan.
  • Keadaan paru-paru: Bacopa boleh meningkatkan rembesan cecair di dalam paru-paru. Hal ini akan memburukkan lagi masalah paru-paru seperti asma dan emfisema.
  • Gangguan tiroid: Brahmi boleh meningkatkan paras hormon tiroid T3 dan T4. Brahmi harus digunakan dengan berhati-hati jika anda mengalami masalah tiroid.

Bacopa mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Bacopa yang biasa digunakan?

Secara oral – Untuk meningkatkan memori dan fikiran:

Dos yang disyorkan adalah 300 mg esktrak brahmi sehari untuk 12 minggu.

Apakah bentuk penyediaan Bacopa?

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Tablet

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.