Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Asid Laurik adalah sejenis lemak tepu. Ia terdapat dalam banyak lemak sayuran, terutamanya dalam minyak kelapa dan minyak kelapa sawit. Asid Laurik biasanya digunakan sebagai ubat.
Asid Laurik digunakan untuk merawat jangkitan virus termasuk:
Ia juga digunakan untuk mencegah jangkitan HIV daripada ibu kepada anak-anak.
Asid Laurik turut digunakan untuk rawatan bronkitis, gonorea, jangkitan yis, klamidia, jangkitan usus yang disebabkan oleh parasit yang dipanggil Giardia lamblia, dan cirit-birit.
Tidak banyak kajian tentang bagaimana Asid Laurik berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, sesetengah kajian mencadangkan Asid Laurik mungkin lemak yang lebih selamat daripada trans-lemak dalam persediaan makanan.
Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:
Kawalan (regulasi) bagi suplemen herba kurang ketat berbanding kawalan bagi ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Asid Laurik selamat digunakan dalam kuantiti yang terdapat dalam makanan. Tetapi tidak ada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui sama ada ia lebih selamat apabila digunakan sebagai ubat.
Kehamilan dan penyusuan bayi: Asid Laurik adalah selamat untuk wanita hamil dan menyusukan bayi dalam kuantiti yang terdapat di dalam makanan. Tetapi, pengambilan dalam jumlah ubat yang lebih besar harus dielakkan sehingga terdapat maklumat yang mencukupi mengenainya. Terdapat beberapa kebimbangan mengenai penggunaan asid laurik semasa menyusu kerana asid laurik meresap ke dalam susu ibu. Sebagai langkah keselamatan, gunakan dalam kuantiti yang terdapat di dalam makanan sahaja sekiranya anda hamil atau menyusukan anak.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan suplemen ini, sila rujuk ahli herba atau doktor anda.
Asid Laurik boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa anda atau keadaan perubatan. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan pakar herba anda atau doktor sebelum menggunakan ubat ini.
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Asid Laurik boleh didapati dalam bentuk dos berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen