backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Asid Fulvik

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 27/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Asid Fulvik?

Asid Fulvik ditemui dalam bahan semula jadi seperti shilajit, tanah, gambut, arang batu, dan kumpulan air seperti sungai atau tasik.

Asid Fulvik biasanya diambil untuk merawat:

  • Gangguan otak seperti penyakit Alzheimer.
  • Jangkitan saluran pernafasan.
  • Kanser.
  • Kelesuan.
  • Ketoksikan logam berat.
  • Keadaan di mana tisu badan tidak mendapat oksigen yang cukup (hipoksia).

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa Asid Fulvik mungkin menghalang tindak balas dalam badan yang menyebabkan gejala alahan. Ia juga boleh mengganggu langkah-langkah yang terlibat dalam kemerosotan gangguan otak seperti demensia. Selain itu, Asid Fulvik dapat mengurangkan keradangan dan mencegah atau melambatkan pertumbuhan kanser. Asid Fulvik dilihat mempunyai kesan perangsang-imun dan kesan antioksidan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Asid Fulvik?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam Asid Fulvik atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Asid Fulvik selamat digunakan?

Tiada maklumat mencukupi yang boleh dipercayai tentang keselamatan Asid Fulvik.

Kehamilan dan penyusuan bayi:

Tiada maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan mengambil Asid Fulvik jika anda hamil atau menyusukan bayi. Sebagai langkah keselamatan, elakkan dari penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Asid Fulvik?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Asid Fulvik?

Asid Fulvik mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Keadaan kesihatan ini boleh bertindak balas dengan herba ini, seperti:

  • Penyakit autoimun: Asid Fulvik mungkin meningkatkan aktiviti sistem imun. Secara teorinya, Asid Fulvik mungkin memburukkan beberapa penyakit autoimun, seperti sklerosis berbilang, lupus eritematosus sistemik (SLE), dan reumatoid artritis (RA). Orang yang mempunyai keadaan ini harus berhati-hati atau mengelakkan Asid Fulvik sama sekali.
  • Penyakit Kashin-Beck: Terdapat kebimbangan bahawa Asid Fulvik dalam air minum mungkin meningkatkan risiko mengalami penyakit Kashin-Beck. Adalah dianggap bahawa risiko terbesar adalah di kawasan yang mana penduduknya tidak menerima selenium yang mencukupi.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Asid Fulvik yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk mengetahui dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Asid Fulvik?

Suplemen ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Mineral Asid Fulvik X200 (2 auns).

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan