Ashwagandha

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/11/2019 . 3 mins read

Kegunaan

Apakah kegunaan Ashwagandha?

Ashwagandha adalah sejenis tumbuhan di mana akar dan beri digunakan untuk membuat ubat. Ia biasanya digunakan untuk merawat:

  • Artritis
  • Kerisauan
  • Masalah tidur (insomia)
  • Ketumbuhan
  • Tuberkulosis
  • Asma
  • Keadaan kulit
  • Bronkitis
  • Sakit belakang
  • Fibromialgia
  • Masalah haid
  • Sedu
  • Penyakit hati kronik
  • Masalah kesuburan pada lelaki dan perempuan
  • Nafsu seksual

Sesetengah individu menggunakannya untuk meningkatkan kebolehan berfikir, mengurangkan kesakitan dan bengkak (radang) dan mengelakkan kesan penuaan.

Ashwagandha juga digunakan sebagai “adaptogen” untuk membantu badan mengatasi stress harian dan tonik am.

Ashwagandha disapu pada kulit untuk merawat luka, sakit belakang, dan lumpuh sebelah badan (hemiplegia)

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan:

  • Ashwagandha boleh mengurangkan paras gula dalam darah melalui kesannya terhadap rembesan serta sensitiviti insulin.
  • Ashwagandha menggalakkan sel ketumbuhan mati dan berkesan melawan beberapa jenis kanser.
  • Makanan tambahan ashwagandha boleh membantu merendahkan paras kortisol dalam individu yang mengalami stress kronik.
  • Ashwaganda mampu mengurangkan stress dan kerisauan menurut kajian terhadap haiwan dan manusia.
  • Kajian terhad yang ada menyatakan bahawa ashwaganda boleh mengurangkan depresi yang teruk.
  • Ashwagandha membantu meningkatkan paras testosteron dan merangsang kualiti sperma dan kesuburan lelaki.
  • Herba ini juga telah dilihat dapat meningkatkan ketebalan otot, mengurangkan lemak badan dan meningkatkan kekuatan lelaki.
  • Ashwagandha mampu meningkatkan aktiviti sel pembunuh semulajadi dan mengurangkan penanda radang.
  • Ashwagandha membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung dengan mengurangkan paras kolesterol dan trigliserida.
  • Makanan tambahan ashwagandha boleh meningkatkan fungsi otak, memori, masa reaksi dan kebolehan untuk melaksanakan tugasan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Ashwagandha?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam ashwagandha atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan

Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatan. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Ashwagandha selamat digunakan?

Ashwagandha dilihat sebagai makanan tambahan yang selamat bagi kebanyakan orang.

Kehamilan dan menyusu badan:

Tiada maklumat lengkap mengenai penggunaan ashwagandha ketika hamil dan menyusu badan. Ambil langkah selamat dengan mengelakkan penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Ashwagandha?

Ashwagandha dalam dos yang besar boleh menyebabkan sakit perut, cirit birit dan muntah.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Ashwagandha?

Herba tambahan ini boleh bertindakbalas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Keadaan kesihatan tersebut termasuklah:

  • Artritis reumatoid
  • Lupus
  • Tirioditis Hashimoto
  • Diabetes jenis 1

Ubat-ubatan yang boleh bertindakbalas dengan herba anda, termasuklah:

  • Ashwagandha dilihat dapat meningkatkan sistem imun. Pengambilan ashwagandha bersama ubat yang melemahkan sistem imun akan mengurangkan keberkesanan ubat ini. Ubat-ubatan tersebut termasuk azathioprine (Imuran), basiliximab (Simulect), cyclosporine (Neoral, Sandimmune), daclizumab (Zenapax), muromonab-CD3 (OKT3, Orthoclone OKT3), mycophenolate (CellCept), tacrolimus (FK506, Prograf), sirolimus (Rapamune), prednisone (Deltasone, Orasone), kortikosteroid (glucocorticoids), dan lain-lain.
  • Ubat sedatif (Benzodiazepines): Ashwagandha boleh menyebabkan mengantuk. Ubat sedatif ini termasuk clonazepam (Klonopin), diazepam (Valium), lorazepam (Ativan), dan lain-lain.
  • Ubat sedatif (CNS depressants): Ashwagandha boleh menyebabkan mengantuk. Ubat sedatif ini termasuk clonazepam (Klonopin), lorazepam (Ativan), phenobarbital (Donnatal), zolpidem (Ambien), dan lain-lain.
  • Ubat tiroid
  • Ubat bagi mengawal gula dalam darah dan tekanan darah.

Ashwagandha mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Ashwagandha yang biasa digunakan?

Walaupun ashwagandha selamat bagi kebanyakan orang, sesetengah individu perlukan kebenaran doktor untuk mengambilnya.

Dos yang dicadangkan ialah 450 – 500mg sekali atau dua kali sehari.

Apakah bentuk penyediaan Ashwagandha?

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Kapsule

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kerap Peluh Pada Waktu Malam? Ini Mungkin Penyebabnya

    Peluh pada waktu malam sekali-sekala adalah normal terutamanya jika kipas rosak dan anda memakai pakaian serta selimut tebal.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Sihat Bergaya 28/11/2018 . 2 minit bacaan

    Tuberkulosis: Siapakah yang Berisiko?

    Semua orang boleh dijangkiti bakteria Mycobacterium tuberculosis dan menghidap penyakit tuberkulosis atau tibi. Namun, terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko jangkitan. Apakah risiko tersebut? Ikuti ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 12/10/2018 . 2 minit bacaan

    Tuberkulosis: Apakah Rawatannya?

    Tuberkulosis (tibi) masih lagi menjadi punca kematian utama di banyak negara. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada angka kes yang terus tinggi. Walau bagaimanapun, tuberkolusis boleh dirawat sehingga ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 12/10/2018 . 2 minit bacaan

    Tuberkulosis: Vaksin BCG Sebagai Langkah Pencegahan

    Vaksin ialah langkah pencegahan terbaik bagi banyak penyakit. Sejak akhir abad ke-18 lagi, manusia sudah mula menemui vaksin. Kemudian, lahir pelbagai jenis vaksin untuk mencegah banyak penyakit. Antara vaksin paling ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 12/10/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Nota Pengarang: Inilah Masanya Hentikan TB!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
    Diterbitkan pada 21/03/2019 . 5 minit bacaan
    TB

    Ujian Baru TB Boleh Menyelamatkan Beratus Ribu Kanak-kanak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 14/03/2019 . 2 minit bacaan
    perbelanjaan

    Laporan WHO Berkaitan Perbelanjaan Kesihatan Global: Kenapa Rakyat Masih Berbelanja Tinggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 22/02/2019 . 2 minit bacaan
    opd: symptoms and stages

    Fakta Mengenai Tuberkulosis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 12/12/2018 . 2 minit bacaan