backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Arsenik

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 28/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Arsenik?

Arsenik merupakan unsur surih. Ia dijumpa dalam beberapa makanan termasuk makanan laut, makanan darat, gandum (terutamanya nasi), roti, produk bijian, cendawan dan produk tenusu. Beberapa bentuk arsenik digunakan sebagai ubat.

Arsenik digunakan untuk:

Leukemia promielositik akut. Satu ubat preskripsi khusus melalui intravena digunakan untuk tujuan ini.

  • Keracunan makanan
  • Insomnia
  • Alergi
  • Kebimbangan
  • Kemurungan
  • Kecelaruan obsesif kompulsif (OCD)
  • Psoriasis
  • Sifilis
  • Asma
  • Reumatisme
  • Buasir
  • Batuk
  • Kegatalan kulit
  • Kanser

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana arsenik berfungsi. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, arsenik dikenal sebagai unsur surih yang terjadi secara semulajadi dalam jumlah yang kecil dalam diet. Fungsi sebenarnya masih tidak diketahui. Anggaran pengambilannya dari kebiasaan diet bagi orang dewasa ialah 12-50 mcg. Keperluan diet 12-25 mcg / hari telah dicadangkan.

Dalam leukemia, arsenik trioksida meningkatkan kematian sel kanser.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Arsenik?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam Arsenik atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna atau haiwan.

Pengawalan bagi makanan tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan dadah. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil makanan tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Arsenik selamat digunakan?

Arsenik berkemungkinan selamat apabila dimakan dalam jumlah makanan yang normal. Bentuk Arsenik yang terbentuk secara semulajadi dalam makanan (organik arsenik) tidak kelihatan yang akan menyebabkan sebarang bahaya. Pada paras 50 mcg/L, ia dikaitkan dapat mengurangkan skor ujian ujian kecerdasan bagi kanak-kanak.

Selain itu, arsenik trioksida (Trisenox) mungkin selamat apabila diberi melalui intravena (dengan IV) kepada orang dewasa oleh pembekal penjagaan kesihatan. Ia merupakan ubat preskripsi yang telah diluluskan FDA.

Bentuk lain arsenik (arsenik bukan organik) berkemungkinan tidak selamat jika diambil melalui mulut. Bentuk-bentuk ini boleh menjadi racun walaupun dalam dos yang sedikit.

Jangan mengambil makanan tambahan arsenik. Mengambilnya 10 mcg/kg/hari dalam beberapa masa boleh menyebabkan simptom keracunan arsenik. Ambil arsenik sebanyak 5 mg atau kadang kalanya kurang boleh mengakibatkan simptom saluran penghadaman. Dos yang tinggi boleh menyebabkan keracunan teruk dan kematian. Arsenik bukan organik ini dikategorikan sebagai agen penyebab kanser manusia.

Undang-undang telah digubal bagi mengawal jumlah arsenik yang dibenarkan dalam bekalan air. Paras maksima arsenik yang dibenarkan dalam air minuman adalah 10 mcg/L. Terdedah terlalu lama kepada arsenik dalam air minuman pada paras 50 mcg/L telah dikaitkan dapat mengurangkan skor pada ujian kecerdasan bagi kanak-kanak.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kanak-kanak: arsenik selamat apabila dimakan oleh kanak-kanak dalam jumlah makanan yang normal. Bentuk arsenik yang secara semula jadinya terdapat dalam makanan (organik arsenik) dilihat tidak mengakibatkan sebarang bahaya. Bentuk lain arsenik (arsenik bukan organik) berkemungkinan tidak selamat bagi kanak-kanak apabila diambil dengan mulut. Terdedah terlalu lama Terdedah terlalu lama kepada arsenik dalam air minuman pada paras 50 mcg/L telah dikaitkan dapat mengurangkan skor pada ujian kecerdasan bagi kanak-kanak.

Mengandung atau menyusu badan: Arsenik mungkin selamat apabila diambil dalam jumlah makanan yang normal oleh wanita hamil atau menyusu badan. Walau bagaimanapun, bentuk lain arsenik (arsenik bukan organik) tidak selamat jika diambil dengan mulut oleh wanita hamil atau menyusu badan. Arsenik dikaitkan dengan kecacatan kelahiran atau bahaya lain yang serius kepada haiwan. Jangan mengambil makanan tambahan Arsenik sekiranya anda mengandung atau menyusu badan.

Paras asid folik yang rendah (kekurangan asid folik): Terdapat beberapa bukti yang mengatakan kekurangan asid folik mengubah cara badan memproses dan menyingkirkan arsenik. Hal ini boleh menyumbang kepada peningkatan paras arsenik.

Masalah jantung: Bentuk preskripsi arsenik (arsenik trioksida, Trisenox) boleh menjejaskan ritma jantung beberapa orang pesakit.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Arsenik?

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Arsenik?

Arsenik mungkin bertindakbalas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh bertindakbalas dengan Arsenik termasuk:

  • Jarak waktu QT- melanjutkan dadah

Beberapa bentuk Arsenik boleh menyebabkan degupan jantung menjadi tidak normal. Pengambilan Arsenik bersama ubatan lain yang boleh mengakibatkan degupan jantung tidak teratur akan menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuklah aritmia jantung.

Beberapa ubatan yang boleh menyebabkan degupan jantung tidak teratur adalah amiodarone (Cordarone), disopyramide (Norpace), dofetilide (Tikosyn), ibutilide (Corvert), procainamide (Pronestyl), quinidine, sotalol (Betapace), thioridazine (Mellaril) dan banyak lagi.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Arsenik yang biasa digunakan?

Dos yang berikut telah dikaji dalam kajian saintifik:

INTRAVENA:

Bagi merawat jenis tertentu leukemia (leukemia megakarioblastik akut): Penyediaan penjagaan kesihatan memberi arsenik yang dipreskripsi sahaja melalui intravena (dengan IV).

Dos untuk arsenik mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor anda untuk dos yang bersesuaian.

Apakah bentuk penyediaan Arsenik?

Arsenik boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Tidak ada.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan