Alkanna

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan

Kegunaan

Apakah kegunaan Alkanna?

Alkanna adalah sejenis tumbuhan. Ia biasanya digunakan untuk cirit birit dan ulser perut. Ia juga disapu terus pada kulit untuk menyembuh luka dan merawat penyakit kulit.

Alkanna juga boleh dipreskipsi bagi kegunaan lain; tanyakan doktor anda, ahli farmasi, atau ahli herba untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak ada kajian yang mencukupi tentang bagaimana supplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan ahli herba atau doktor untuk informasi lanjut. Bagaimanapun, ada beberapa kajian menunjukkan yang bahan kimia dalam alkanna mungkin boleh berfungsi sebagai anti-oksida dan mampu juga mengurangkan bengkak (kerengsaan, inflammation).

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Alkanna?

Bincang dengan doktor atau ahli farmasi anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusukan anak. Ini kerana, ketika mengandung atau menyusukan, anda perlu mengambil ubat hanya atas nasihat doktor.
  • Anda mengambil ubatan lain. Ini termasuklah ubatan yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mengalami alergi dengan mana-mana bahan dari alder buckthorn atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mengalami penyakit, kecacatan, atau sebarang masalah kesihatan.
  • Anda mengalami alergi jenis lain, seperti pada makanan, pengawet makanan, atau haiwan.

Regulasi bagi supplemen herba adalah kurang ketat berbanding regulasi bagi ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil supplemen herba mestilah mengatasi risikonya sebelum penggunaan. Bincang dengan ahli herba atau doktor untuk informasi lanjut.

Adakah Alkanna selamat digunakan?

Ibu hamil atau menyusu:

Tidak ada maklumat mencukupi tentang keselamatan penggunaan herba ini semasa mengandung dan menyusu. Sila bincangkan bersama doktor untuk memastikan potensi faedah dan risiko sebelum pengambilan ubatan ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Alkanna?

Apabila mempunyai kesan sampingan seperti:

  • Kerosakan hati (liver)
  • Cirrhosis
  • Pneumonitis
  • Pulmonary hypertension
  • Kegagalan jantung

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Alkanna?

Alkana dicerna oleh hati (liver). Beberapa bahan kimia yang terbentuk ketika pencernaan alkanna dalam hati boleh membahayakan. Ubatan yang menyebabkan hati untuk mencerna alkanna mungkin menguatkan kesan toksik bahan kimia terkandung dalam alkanna. Ubatan ini termasuklah carbamazepine (Tegretol), phenobarbital, phenytoin (Dilantin), rifampin, rifabutin (Mycobutin), dan lain lagi.

Alkanna mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Alkanna yang biasa digunakan?

Ekstrak cecair alkanna:

Goncang dengan baik sebelum digunakan. 20-30 titis, 3 kali sehari atau mengikut arahan pengamal perubatan.

Dos untuk supplemen herba mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung dengan usia anda, kesihatan, dan beberapa faktor lain. Supplemen herba tidak selalu selamat. Bincang dengan ahli herba atau doktor tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Alkanna?

Alkanna boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Ekstrak cecair
  • Serbuk Akar

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Karagenan (Carrageenan)

    KegunaanApakah kegunaan Karagenan (Carrageenan)? Karagenan digunakan untuk keadaan perubatan berikut, seperti: Batuk. Bronkitis. Tuberkulosis. Masalah usus. Ulser perut. Sembelit. Karagenan boleh menurunkan kadar ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 25/05/2018 . 3 minit bacaan

    Ulfon

    Kenali apa itu Ulfon. Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Akalili Sukor
    Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z 23/05/2018 . 3 minit bacaan

    Hidrasec

    Kenali apa itu Hidrasec. Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya
    Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z 23/05/2018 . 4 minit bacaan

    Kunyit

    KegunaanApakah kegunaan Kunyit? Kunyit adalah rempah yang berasal dari tumbuhan kunyit. Akar kunyit digunakan secara meluas untuk membuat ubat. Kunyit digunakan untuk sendi tulang, pedih ulu hati (dispepsia), sakit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 22/05/2018 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Pedih Ulu Hati Nampak Normal, Tapi Ini 6 Sebab Kenapa Ia TAK BOLEH Diabai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 03/09/2018 . 2 minit bacaan
    Linden

    Linden

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Diterbitkan pada 28/05/2018 . 3 minit bacaan
    Madu Ratu Lebah

    Madu Ratu Lebah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Fariha Zakaria
    Diterbitkan pada 25/05/2018 . 3 minit bacaan
    Kacu / Kachu (Catechu)

    Kacu / Kachu (Catechu)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Diterbitkan pada 25/05/2018 . 2 minit bacaan