backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Alga Biru-Hijau

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Alga Biru-Hijau?

Alga Biru-Hijau dikenali sebagai sumber protein pemakanan, vitamin B12, dan zat besi. Ia biasanya digunakan untuk pelbagai keadaan kesihatan, iaitu:

  • Kurang berat badan.
  • Kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan (ADHD).
  • Demam alergi.
  • Keletihan.
  • Diabetes.
  • Kolesterol tinggi.
  • Gejala menopaus.
  • Luka mulut pra-kanser (leukoplakia mulut).
  • Sindrom prahaid (PMS).
  • Masalah sistem imun.
  • Keresahan / kebimbangan.
  • Kemurungan.
  • Menguatkan memori.
  • Membekalkan tenaga.
  • Penyakit jantung.
  • Penyembuhan luka.
  • Membantu penghadaman.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa dengan komponen kimia Alga Biru-Hijau mempunyai kesan yang berpotensi terhadap sistem imun, bengkak (keradangan), dan jangkitan virus.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Alga Biru-Hijau?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor, ahli farmasi dan pakar herba anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada Alga Biru-Hijau atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Alga Biru-Hijau selamat digunakan?

Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa Alga Biru-Hijau adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan tanpa nasihat daripada doktor atau pakar herba anda.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Alga Biru-Hijau?

Alga Biru-Hijau mungkin selamat untuk kebanyakan orang. Walau bagaimanapun, Alga Biru-Hijau yang tercemar boleh menyebabkan:

  • Kerosakan hati.
  • Sakit perut.
  • Loya.
  • Muntah.
  • Kelemahan.
  • Kehausan.
  • Denyutan jantung yang pantas.
  • Kejutan.
  • Kematian.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Alga Biru-Hijau?

Alga Biru-Hijau mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Masalah / keadaan kesihatan yang mungkin bertindabalas dengan herba ini, termasuklah:

  • Penyakit autoimun, contohnya, sklerosis berbilang (multiple sclerosis – MS), lupus (systemic lupus erythematosus, SLE), artritis reumatoid (RA), pemphigus vulgaris (masalah kulit).
  • Phenylketonuria.

Ubat-ubatan yang boleh bertindakbalas dengan herba ini, termasuk:

  • Ubat yang merencatkan sistem imun (imunosupresan) termasuk azathioprine (Imuran), basiliximab (Simulect), cyclosporine (Neoral, Sandimmune), daclizumab (Zenapax), muromonab-CD3 (OKT3, Orthoclone OKT3), mycophenolate (CellCept) FK506, Prograf), sirolimus (Rapamune), prednisone (Deltasone, Orasone), kortikosteroid (glucocorticoids), dan lain-lain.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Alga Biru-Hijau yang biasa digunakan?

Dos untuk produk herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang  wajar diambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Alga Biru-Hijau?

Produk herba ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Serbuk 454 mg.
  • Tablet 500 mg.
  • Kapsul 500 mg.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan