Ajuga Nipponensis

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Ajuga Nipponensis?

Ajuga nipponensis ialah sejenis pokok. Ia digunakan untuk merawat:

  • Batuk
  • Pengekalan cecair
  • Sakit dan bengkak
  • Merangsang ketahanan badan
  • Mencegah penyakit hati

Ia mungkin dipreskrip untuk kegunaan lain. Sila bertanya doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Ajuga Nipponensis?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doctor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap ekstrak adrenal atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Ajuga Nipponensis selamat digunakan?

Hamil dan menyusukan bayi

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan herba ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil herba ini.

Pembedahan

Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Ajuga Nipponensis?

Apabila menggunakan herba ini, terdapat kesan sampingan seperti:

  • Cirit-birit
  • Mual
  • Muntah

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Ajuga Nipponensis?

Ajuga Nipponensis mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Ajuga Nipponensis yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Ajuga Nipponensis?

Ia boleh didapati dalam bentuk:

  • Pokok kering

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Asarum

    KegunaanApakah kegunaan Asarum? Asarum merupakan suatu tumbuhan. Akarnya digunakan untuk membuat ubat. Di sebalik masalah keselamatan yang serius, asarabacca digunakan bagi merawat bronkitis, kekejangan bronkus ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa

    Artikel lain untuk anda

    Chestal

    Chestal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Fariha Zakaria
    Diterbitkan pada 31/05/2018
    Karagenan (Carrageenan)

    Karagenan (Carrageenan)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Diterbitkan pada 25/05/2018
    Gumweed

    Gumweed

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela
    Diterbitkan pada 22/05/2018
    Quillaia

    Quillaia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin
    Diterbitkan pada 18/05/2018