backup og meta

Punca Pening Kepala Semasa Berpuasa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 26/06/2023

    Punca Pening Kepala Semasa Berpuasa

    Anda mungkin sering pening ketika puasa. Ini adalah perkara yang biasa berlaku. Namun sila berhati-hati. Mungkin ia boleh membahayakan kesihatan anda.

    Pening kepala saat berpuasa boleh menjadi tanda bahawa ada yang tidak kena pada badan anda. Boleh jadi anda kekurangan cecair, kekurangan darah, kekurangan tenaga, atau masalah kesihatan lain.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Saraf & Otak, sila dapatkannya di sini.

    Beberapa sebab pening ketika puasa

    Tidak makan dan tidak minum semasa berpuasa boleh membuatkan anda letih, dan bahkan pening kepala.

    Hal ini tentu membuatkan puasa anda terganggu dan tidak selesa untuk melakukan pelbagai aktiviti semasa berpuasa.

    Terdapat beberapa perkara yang mungkin menjadi penyebab mengapa kepala anda pening saat berpuasa, iaitu:

    1. Dehidrasi atau kepanasan

    Puasa tentu membuat anda dahaga, tetapi anda perlu menahannya sehingga tiba waktu berbuka puasa.

    Jika anda sangat haus dan badan tidak banyak mempunyai bekalan cecair, maka anda berisiko mengalami kekurangan cecair atau dehidrasi.

    pening ketika puasa

    Lebih-lebih lagi jika cuaca sedang panas, anda banyak melakukan aktiviti dan banyak mengeluarkan peluh.

    Dehidrasi membuatkan badan anda tidak boleh berfungsi dengan baik.

    Beberapa simptom dehidrasi adalah pening, letih, jarang buang air kecil, dan air kencing berwarna lebih gelap.

    Untuk mencegah dehidrasi, anda disyorkan minum sekurang-kurangnya 8 gelas atau lebih sehari.

    2. Gula darah rendah punca pening ketika puasa

    Selain menahan haus, anda juga perlu menahan lapar ketika puasa.

    Badan anda mungkin kekurangan glukosa sebagai tenaga, jika anda tidak cukup banyak mengambil makanan pada masa buka puasa dan sahur.

    Gula merupakan tenaga utama yang digunakan badan untuk melakukan semua fungsi normalnya.


    Kekurangan glukosa dalam badan boleh membuatkan otak kekurangan tenaga untuk melakukan fungsinya. Akibatnya, anda merasa letih dan pening kepala
    .

    Oleh itu, cara mengatasi sakit kepala ketika puasa adalah anda disyorkan untuk mengambil makanan yang boleh mengekalkan tenaga lebih lama, seperti makanan yang mengandungi serat tinggi, semasa berbuka puasa dan sahur.

    Contohnya, makanan sumber karbohidrat kompleks (nasi merah dan roti gandum, sayur-sayuran, dan buah-buahan).

    Elakkan pengambilan makanan sumber karbohidrat sederhana, seperti kuih manis, minuman manis, biskut, dan lain-lain.

    Karbohidrat sederhana boleh membuat gula darah anda naik dengan cepat, tetapi juga lebih cepat turun, sehingga boleh mencetuskan pening kepala.

    3. Tekanan darah rendah

    Anda boleh mengalamai pening kepala jika jantung anda tidak cukup mengepam darah ke otak.

    Hal ini salah satunya boleh disebabkan oleh tekanan darah anda yang rendah.

    Tekanan darah yang turun tiba-tiba boleh membuat jantung tidak mampu membawa darah yang mencukupi ke otak.

    Hal ini boleh terjadi apabila anda berdiri dari kedudukan duduk dengan sangat cepat.

    Baca juga:

    4. Keletihan

    Anda mungkin akan lebih mudah rasa letih ketika puasa, lebih-lebih ketika anda kurang minum dan kurang banyak mengambil makanan pada masa berbuka puasa dan sahur.

    Keletihan boleh disebabkan anda terlalu banyak bekerja semasa puasa atau mungkin juga kerana anda kurang tidur.

    Kurang tidur mungkin terjadi semasa berpuasa kerana jadual tidur anda berubah. Hal ini kemudian boleh membuatkan anda pening kepala.

    Sekiranya terdapat sebarang kebimbangan mengenai keadaan pening ketika puasa, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 26/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan