Semasa berpuasa, banyak perubahan yang berlaku pada badan. Salah satunya adalah penurunan tahap gula darah. Sebenarnya, semua orang mengalami penurunan tahap gula darah semasa berpuasa.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Semasa berpuasa, banyak perubahan yang berlaku pada badan. Salah satunya adalah penurunan tahap gula darah. Sebenarnya, semua orang mengalami penurunan tahap gula darah semasa berpuasa.
Namun hal ini tentu menjadi masalah besar apabila berlaku pada pesakit diabetes.
Oleh kerana itu, banyak perkara yang perlu diperhatikan jika pesakit diabetes ingin berpuasa.
Berikut adalah tip untuk mengawal tahap gula darah semasa berpuasa bagi pesakit diabetes.
Jumlah gula darah yang tak terkawal saat puasa akan menyebabkan komplikasi pada pesakit diabetes seperti hiperglisemia dan hipoglisemia.
Oleh sebab itu, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan para pesakit diabetes ketika berpuasa di bulan Ramadan.
Sebenarnya hal ini bergantung kepada perancangan makan pesakit diabetes tersebut ketika berpuasa.
Tetapan makan ini tentunya sangat mempengaruhi perubahan gula darah dalam tubuhnya.
Pesakit kencing manis harus mengambil kalori sesuai dengan keperluannya.
Misalnya, anda mempunyai keperluan kalori sebanyak 1500-2000 kalori sehari, anda dapat membahaginya menjadi kalori semasa sahur, berbuka puasa, dan makanan ringan di antara dua waktu tersebut.
Anda boleh membahagikan keperluan kalori tersebut menjadi dua dan meninggalkan 100-200 kalori untuk makanan ringan.
Bukan hanya saiz hidangan yang harus diperhatikan, namun pemilihan makanan tersebut juga mempengaruhi kadar gula darah semas berpuasa. Berikut adalah panduannya.
Minum air yang cukup agar badan terhidrasi dengan baik, tapi elakkan minuman yang mengandungi rasa manis.
Perbanyakkan minum di antara waktu sahur dan berbuka puasa, jangan terlalu banyak minum semasa makan kerana ia boleh menyebabkan perut menjadi kembung.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen