backup og meta

Perkara Tidak Patut Buat Ketika Perut Kosong, Anda Yang Akan MERANA Nanti!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/06/2023

    Perkara Tidak Patut Buat Ketika Perut Kosong, Anda Yang Akan MERANA Nanti!

    Pernahkah anda mengalami situasi di mana lewat makan perut masuk angin? Ketika perut kosong, ada beberapa perkara yang anda tidak boleh buat. Terus baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Elakkan perkara ini ketika perut kosong semasa berbuka puasa

    Lewat petang hampir waktu berbuka semua orang sudah bersedia dengan makanan masing-masing. Malah tidak sabar untuk terus menikmati hidangan.

    Namun, segera berbuka tidak semestinya anda perlu menghabiskan makanan secara terburu-buru dan bagi yang menghidap penyakit tertentu anda perlu menitikberatkan pengambilan makanan semasa berbuka.

    Berikut beberapa perkara yang tidak patut anda lakukan ketika perut penuh angin terutamanya semasa puasa.

    perut kosong

    Pengambilan ubat yang tertentu

    Sesetengah ubat perlu diambil ketika perut penuh angin, tetapi sesetengahnya tidak.

    Dan anda perlu mengelakkan daripada melakukannya kerana ia berpotensi mengakibatkan pendarahan gastrik, dan juga akan mengurangkan keberkesanan ubat.

    Perkara terbaik yang perlu dilakukan semasa mengambil ubat pada waktu pagi adalah untuk mencuci dengan banyak air.

    Jadi pada bulan Ramadan anda perlu berbincang dengan doktor waktu dan dos yang bersesuaian supaya tidak menjejaskan tahap kesihatan anda.

    Kebiasaannya anda dinasihatkan mengambil ubat-ubatan selepas berbuka atau sebelum tidur.

    Elak bersenam ketika perut kosong

    Ramai orang mendapati bahawa bersenam semasa berpuasa adalah lebih baik untuk menghilangkan lemak.

    Tetapi pada hakikatnya, dengan hanya sedikit bahan bakar dalam diri anda dapat menghasilkan output tenaga yang jauh lebih tinggi.

    Tetapi ketika berpuasa anda dinasihatkan untuk melakukan beberapa bentuk senaman aerobik seperti jogging daripada melakukan senaman yang memerlukan tenaga yang banyak.

    Minum air kopi

    perut kosong

    Berbuka puasa dengan kopi adalah sangat tidak digalakkan kerana ia membuatkan perut anda melepaskan jus gastrik pada perut penuh angin dan seterusnya menyakitkan mukosa perut.

    Tetapi sekiranya anda seorang penagih kopi yang ingin menikmatinya, sebaiknya anda meminumnya selepas 2 jam kerana badan akan menyesuaikan tahap glukosa darah ketika itu.

    Walau bagaimana pun, minum secawan pada waktu sahur akan membuatkan anda dehidrasi selama seharian berpuasa.

    Minum jus citrus

    Jus buah-buahan citrus antara pilihan utama bagi kebanyakan orang yang berpuasa bagi mendapatkan kesegarannya dan sekali gus menghilangkan rasa pahit mulut.

    Namun, asid dan serat yang terkandung dalam buah-buahan citrus boleh merengsa perut anda, yang mana sangat berbahaya bagi mereka yang mengalami gastritis.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan