backup og meta

8 Tips Penjagaan Gigi Semasa Hari Raya Aidilfitri

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/09/2021

    8 Tips Penjagaan Gigi Semasa Hari Raya Aidilfitri

    Setelah sebulan berpuasa Ramadan, hari raya Aidilfitri semua orang seolah-oleh merdeka dan bebas menikmati pelbagai makanan menarik pada hari raya.. Jadi, bagaimana untuk memastikan kebersihan mulut terjaga dan boleh mengekalkan kesegaran nafas serta gigi yang bersih? Sila baca artikel ini.

    1. Kurangkan makanan bergula, senang lekat pada gigi dan berlemak

    Makanan yang tinggi gula seperti biskut atau makanan goreng, bukan saja berkandungan lemak yang tinggi, tapi ia juga akan menyebabkan pengumpulan plak yang banyak dan merosakan gigi anda jika anda tidak memberi perhatian kepada kebersihan mulut selepas makan makanan tersebut.

    Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol, kerana makanan ini akan kekal di dalam mulut, dan mudah untuk mengalami hakisan asid gigi. Makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek juga perlu dihadkan.

    2. Lebihkan pengambilan buah-buahan

    Buah-buahan segar bukan sahaja mengandungi banyak serat dan antioksidan, ia juga adalah pengganti yang baik untuk makanan bergula dan berlemak tinggi. Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut. Bila menghidangkan tetamu, hidangkan buah-buahan pada setiap waktu makan sebagai pencuci mulut.

    3. Kurangkan minuman berkarbonat

    Minuman berkarbonat atau minuman bergas sangat popular semasa hari raya kerana ia sangat mudah disediakan. Jika anda tidak dapat mengelakannya, hadkan diri anda atau anak anda supaya minum tidak melebihi daripada satu cawan. Sebaiknya gunakan penyedut minuan (straw), ini boleh mengurangkan minuman berasid terkena pada permukaan gigi dan mengurangkan kerosakan gigi.

    Namun, ia hanya boleh mengurangkan risiko kerosakan gigi, untuk melindungi gigi anda sepenuhnya, lebih baik untuk tidak mengambil minuman soda atau bergas. Selepas minum minuman berasid ini, anda tidak dinasihat memberus gigi dalam masa 30 minit. Ini kerana untuk memberi masa bagi gigi meneutralkan asid di dalam mulut dan proses membaiki kesan kehausan gigi.

    4. Minum air kosong

    Banyakkan meminum air kosong semasa hari raya Aidilfitri kerana air kosong bukan sahaja memulihkan kandungan air dalam badan, tetapi juga berfungsi mengurangkan kerosakan gigi. Air kosong membantu mencuci sisa bakteria di dalam mulut. Jika sisa bakteria ini tidak dicucikan selalu, bakteria ini akan membiak cepat dengan kehadiran gula yang dibekalkan kepadanya. Minum air kosong juga boleh menghalang kesan pigmen warna dari makanan, snek atau minuman pada gigi yang boleh menjadikan gigi berwarna kuning.  

    5. Berkumur selepas makan

    Selepas menikmati makanan atau kuih-muih, anda perlu ingat untuk berkumur dengan air biasa. Walaupun ia tidak boleh membersihkan mulut sepenuhnya, tetapi ia boleh mengurangkan sisa makanan, dan keasidan sisa makanan yang dihasilkan. Ini boleh mengelakkan hakisan gigi dan kerosakan gigi.

    6. Minum teh hijau

    Walaupun hari raya, anda boleh mencuba minuman teh hijau. Teh hijau mengandungi antioksida dan fluorida semula jadi yang merupakan mineral penting dalam proses membaiki gigi, ini membolehkan hakisan yang baru sahaja terjadi dibentuk balik semula dengan dentin-mineral.

    7. Kunyah gula-gula getah

    Anda boleh membeli gula-gula getah yang mengandungi xylitol sebagai bekalan pada hari raya. Selepas mengunjungi rumah saudara mara atau rakan, anda boleh mengunyah gula-gula getah ini kerana ia membantu membersihkan sisa makanan yang tertinggal di dalam mulut, dan juga menambahkan pengeluaran air liur yang boleh membantu membaiki gigi dan mengelakkan kerosakan gigi.

    8. Menggosok gigi

    Jangan lupa untuk menggosok gigi selepas sehari mengambil pelbagai makana dan minuman pada hari raya. Ia sangat penting supaya makanan yang terkumpul di dalam mulut khususnya celah-celah gigi dapat dibersihkan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan