5 Sebab Naik Berat Badan Semasa Berpuasa

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Bulan puasa biasanya dimanfaatkan oleh sebahagian orang untuk menurunkan berat badan,kerana aktiviti makan dalam sehari semakin berkurang. Jika di luar bulan Ramadan, kebiasaannya kita makan sebanyak tiga kali sekali, di bulan Ramadan ini, kekerapan makan hanya dua kali dalam sehari, iaitu ketika berbuka dan sahur. Namun bagi sebahagian orang, kekerapan makan yang berkurangan ini boleh membuat berat badan naik ketika berpuasa. Bagaimana? Lihat penjelasan lebih lanjut di bawah.

Punca berat badan naik ketika berpuasa

Perubahan gaya hidup selama berpuasa, sama ada pada pola makan atau aktiviti fizikal, akan memberi kesan pada perubahan fisiologi tubuh juga. Berikut adalah 5 punca berat badan naik ketika puasa yang biasa terjadi dan harus anda elakkan.

1. Makan tak ingat dunia semasa berbuka

Setelah seharian berpuasa, biasanya seseorang tidak dapat menahan godaan untuk melahap segala makanan yang ada di hadapannya selepas tiba waktu berbuka. Makanan yang mengandungi karbohidrat serta kadar gula dan garam yang tinggi kerap menjadi pilihan pertama ketika berbuka puasa. Jadi, tidak hairan jika berat badan anda bertambah di bulan Ramadan.

Oleh itu, ketika waktu berbuka tiba, buka puasa dengan makanan yang ringan dulu, contohnya buah, salad, atau sup. Ini adlaah kerana ketiga-tiga jenis makanan ini mengandungi rendah kalori dan cukup untuk membuat anda kenyang.

2. Hidangan yang lebih banyak

Sebahagian orang yang memang terbiasa makan dalam jumlah yang besar. Selera makan dan minum pada saat berbuka hingga sahur malah semakin meningkat. Hal inilah yang membuatkan orang terdedah mengalami kenaikan berat badan ketika puasa. Prinsipnya, orang menjadi gemuk kerana makanan yang dimakan lebih banyak daripada makanan yang diproses menjadi tenaga.

3. Penurunan aktiviti fizikal

Tidak dinafikan jika saat puasa badan jadi mudah letih ketika melakukan aktiviti. Tidak pelik jika kita jadi malas untuk sekadar melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam. Belum lagi, rasa mengantuk yang sering melanda membuatkan masa tidur juga bertambah di siang hari. Padahal tanpa aktiviti fizikal, badan akan lebih sukar mengawal berat badan.

Jika kita mengambil kalori yang berlebihan semasa berbuka dan sahur, maka kalori berlebihan tersebut akan disimpan dan meningkatkan berat badan. Namun, dengan aktiviti fizikal, kalori berlebihan akan dimetabolisme sehingga mengurangkan kalori yang tersimpan. Itu sebabnya, semasa puasa anda juga perlu untuk melakukan aktiviti fizikal yang membolehkan anda tetap bergerak.

4. Kurang tidur

Pelbagai kajian menyatakan bahawa orang yang kurang tidur cenderung mengalami lebih berat badan berbanding dengan orang yang tidurnya cukup. Apabila seseorang mengalami gangguan tidur, hal ini mempengaruhi hormon yang mengawal metabolisme badan dan kawalan nafsu makan, iaitu hormon leptin.

Hormon leptin ini berfungsi untuk menghasilkan rasa lapar serta membantu mengawal nafsu makan seseorang. Ketika hormon leptin seseorang terlalu tinggi, maka tubuhnya akan mengalami gangguan terhadap persepsi rasa kenyang. Badan mereka akan terus rasa lapar walaupun telah makan banyak. Akibatnya, anda jadi sering lapar, terutamanya di malam hari sebelum tidur.

5. Langsung tidur selepas sahur

Banyak orang memilih meneruskan tidurnya setelah makan sahur sebelum memulakan aktiviti. Padahal tidur selepas makan mempunyai beberapa kesan negatif bagi kesihatan badan baik jangka pendek mahupun jangka panjang. Apabila anda tidur kurang dari 2 jam selepas makan, saluran peghadaman belum sempat mengisar makanan yang kita ambil sebelum tidur.

Hal ini akan menyebabkan gangguan saluran penghadaman dan penyerapan nutrisi di dalam tubuh. Akhirnya, makanan yang kita makan tidak mampu menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh badan dan malah terkumpul di dalam tubuh sehingga menghasilkan lemak.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut