Senaman bukan sahaja diperlukan oleh orang muda, tetapi juga warga emas. Mungkin golongan berumur memerlukannya lebih daripada anak muda untuk memberikan hidup yang lebih berkualiti.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Senaman bukan sahaja diperlukan oleh orang muda, tetapi juga warga emas. Mungkin golongan berumur memerlukannya lebih daripada anak muda untuk memberikan hidup yang lebih berkualiti.
Golongan berumur masih memerlukan senaman dan aktiviti fizikal tetapi sudah tentu dengan intensiti yang berbeza disebabkan kekuatan fizikal yang berbeza.
Terdapat beberapa jenis senaman yang boleh dilakukan:
Banyak aktiviti fizikal yang boleh dilakukan. Sebagai panduan umum, pilih aktiviti dengan impak rendah serta kurang melompat dan kurang tekanan ke atas sendi.
Berjalan
Mudah dan efektif, sangat sesuai bagi mereka yang berumur. Selain menambah stamina, ia menguatkan otot kaki dan sendi yang membantu mencegah penyakit osteoporosis. Tambahan pula, ia boleh dilakukan sambil bersiar-siar bersama keluarga.
Joging
Kalau ingin berpeluh lebih, joging merupakan pilihan yang baik sebagai permulaan. Selagi mana dilakukan pada kadar yang sesuai, memakai kasut yang betul, dan rehat yang cukup antara larian, ia tidak akan menjadi masalah kepada kesihatan dan sendi. Namun, berhati-hati dengan jalan yang licin dan tidak rata.
Golf
Jika mempunyai duit lebih, anda boleh cuba sukan golf. Senaman utama sukan ini sebenarnya pada berjalan kaki di samping kestabilan dan fokus semasa menghayun kayu golf. Satu permainan golf memerlukan sebanyak 10,000 langkah iaitu bersamaan sekitar 8 km.
Berbasikal
Sukan ini secara khususnya berguna jika mempunyai sendi kaku atau sakit kerana ia tidak memerlukan kaki anda untuk menyokong berat badan. Berbasikal meningkatkan peredaran darah serta menguatkan otot kaki dan paha. Ia juga meningkatkan kestabilan semasa mengayuh.
Ini ialah sebahagian daripada sukan yang boleh dilakukan. Banyak lagi pilihan lain seperti yoga, tai chi, dan berenang. Apa pun pilihan anda, yang penting ia selamat dan efektif.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen